Ikut Belakang

Monday, October 22, 2012

Kekacauan

Sewaktu petang yang nyaman dan tenteram, adrenalin melonjak-lonjak keriangan. Sudah tiba masanya waktu pulang ke rumah. Setelah penat mengais rezeki di pejabat. Aduh, sungguh sastera. Aku salah seorang yang bersama gerombolan orang menunggu untuk masuk ke perut LRT. Sedang cool je masuk tak payah berebut-rebut. Lapan jam lebih di pejabat petakkan punggung duduknya, takkan la 20 minit dalam LRT tak biasa berdiri atas kaki sendiri ye dak? Sungguh berlagak. Cuma, hari tersebut tidak senggugut jadi bolehlah berdiri kan. (sebenarnya apa motif cerita ini?).

Berdiri tengah ramai orang waktu puncak memang mendebarkan. Tangan dah lenguh bergayut, sedang kaki dah layu dah. Tetiba ada pulak sorang awek yang kat depan aku ni tenung-tenung, jeling-jeling. Pandang-pandang. Agaknya wajah aku masih cantik walaupun selepas pulang dari pejabat kan. Ehem. Aku senyum. Dalam hati gembira. Ya Allah perasannya.

Awek tu tenung lagi. Ish, takkanlah dia berminat dengan kaum sejenis kot? Agaknya muka aku ni ada iras mak dia tak? Atau iras kakak dia, atau lebih tepat lagi iras perempuan yang nak ngorat boifren/suami dia. Agaknyalah, sebab tu pandangan dia membara-bara. Jelingan maut untuk aku.

Aku dah panas ni, pehal tak pasal-pasal nak pandang orang macamtu. Kotye pun aku ni comel takkan la jeles kot. Ya Allah sabar jelah. Susah betul dapat tuan punya blog a.k.a penulis cerita yang perasan macam ni.

Awek tu pandang lagi. Aku berdoa je yang dia akan turun kat stesen lepas ni. Tak payah tunggu 7 stesen macam aku lah, rimas pulak aih. Aku pandang dia, mendidih la pulak dalam hati sebab tak pasal-pasal jadi mangsa main mata dia nih. Dia pandang lagi. Pandangan mata kami bertaut. Aku tenung tajam mata dia. Dia pun tak nak mengalah jugak.

Aku pun apa lagi, terus spontan aku tunjal kepala dia. "Apehal ko pandang-pandang? Ada hutang?" Aku dah macam orang kerasukan. "Ko ingat aku selekeh sangat ke sampai nak kena tenung macam tu?" Awek tu tak layan pun, dia mencebik je. Aku nak je cucuk mata dia. Memang panas nih. Aku nak je sepak kaki dia. Nak je tembak kepala dia. Atau pancung. Atau apa-apa jelah yang boleh puaskan hati masa itu.

Tapi apa kan daya, semua itu adalah mustahil. Itu hanyalah imaginasi sahaja. Hanya fiksyen semata-mata. Takdelah sampai aku nak cucuk mata atau tunjal. Atau bunuh. Atau sepak. Itu hanyalah sekadar angan-angan sahaja.

Aku pun selalu jugak tenung orang depan, tapi pandai-pandai la cover line. Rasanya apa sebab kita/orang selalu pandang kita/orang?


Ibu nama Abu








5 comments:

  1. Eiii, tak suke tau. Tak suke org pandang2 kite. Kite pun rs mcm nak poke2 je mate org tu. Mencik i...mencik!!!

    ReplyDelete
  2. Haih.. tak puas hati kalo jd pd Akak.. Beraninya manusia tu.. cer bgtau apa masalah.. kan settle..

    ReplyDelete
  3. ciss berani die usha2 akak gua. puii

    ReplyDelete
  4. As salam Ell,

    Cite tak abis...ala.... sebab apa sebenarnye die tenung? Ntah2 mata die juling tak? :p
    Kenapa ibu nama Abu? Abu tu bukan nama lelaki ke....hiks

    ReplyDelete
  5. nak pandang jeling-jeling pun cover ler sikit supaya orang yang direnung tu rasa tak selesa.. ;)

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?