Ikut Belakang

Friday, October 19, 2012

Kenduri Mangga

Assalamualaikum dan salam hari Jumaat yang penuh suci penghulu segala hari. Setiap hari macam winter season kat Kuala Lumpur. Sejuk. Dingin. Nyaman. Daripada minggu lepas. Minggu ni juga hujan. Petang, malam. Kalau ikutkan pengalaman, sama seperti tahun sebelumnya, nak menjelang Raya Haji, hujan pun semakin kerap.

Kesan daripada hujan lebat minggu lepas, pohon mangga depan rumah MIL yang merendang tu, berenang dalam air hujan bertakung kat sekitar bawah pokok. Husben yang petik, dapat satu baldi besar penuh. Tapi dek tak larat nak bawa ke rumah sewa di KL, husben sahaja yang bawak mangga tu ke opis beliau. Aku hanya ambik empat biji, dah potong-potong buat jeruk. Wahaha.

Cer kira, berapa biji nih.
Minggu ni petik lagi. Hebat sungguh dia berbuah.
Insya Allah, minggu ni turn aku pulak yang bawak mangga ni ke opis.

10 comments:

  1. Byknya mangga,buat kerabu pun sedap.

    ReplyDelete
  2. Pokok mangga depan ruma kakcik pun masih berbuah. Tak tahulah rezeki siapa pulak lepas ni. :)

    ReplyDelete
  3. Peh! Tgk gamba je dah ngilu. Mcm ne nak mkn cicah cili ngan belacan ni?

    ReplyDelete
  4. 32 bijik....

    (tuntut hadiah di mana?)

    ReplyDelete
  5. sedapnya mangga tu..ranum jer nampak..nak jugak..siap buat jeruk lg yer..nak sikit ell..

    ReplyDelete
  6. tadi kawan saya baru bawakkan saya mangga muda seplastik..hehe..

    p/s : wahh..syok tu akak ada 1 set barang simply sity..kalau saya, mesti dah habis guna..hehe

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?