Ikut Belakang

Tuesday, October 30, 2012

Musim Malas dan Rajin

Minggu ni memang badan sengal-sengal ye dak? Masih lagi di musim hujan, perghhh Malaysia ada banyak musim. Musim jerebu, musim durian, musim selsema dan macam-macam lagi musimnya.

Tapi yang nyata ada musim rajin dan musim malas. Kalau rajin, mempelam yang kat atas pokok... 

jatuh ke tangan tuan, jadilah macam ni...
 Tapi kalau malas, jadilah busuk baja tanah je...
*blogspot ni kalau dia rajin, gambar yang kecik boleh jadi besar. Kalau dah malas, gambar kecik nak besarkan tak besar-besar jugak. Haih.

 Kangkung belaan sendiri ni kalau rajin jadi kangkung goreng belacan.

 Kalau tak rajin, jadi semak samun belukar kat dalam tank.

 
 Ikan tilapia kalau rajin jadi ikan goreng tomyam yang orang duk masyur-masyur kat dalam belog tu kan. Kalau malas, jadi macam sambal pulak. (sebenarnya tomyam pekat sangat, jadi sambal dah).

Blog kalau musim rajin, semenggah sikit entrinya.
Kalau musim malas, seminggu pun tak update.

(tengah buat senarai bloglist "Kite-Kite Aje")
gambate-ne!


21 comments:

  1. Depan rumah kakcik ada pokok mangga yang ramai telah merasa buahnya. Tapi mangga tu tak pernah jadi kerabu di tagan kakcik. ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, kami dah tak tahu nak buat apa dah dengan mangga tu kakcik...

      Delete
  2. Wow. .Ikan tilapia msk tomyam eh...sedap tu...kapa pun kena rajin la citenya nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. kekdahnya kena rajin ye PCL. hihihi

      Delete
  3. haha.. malas malas rajinnnnnnn :P

    ReplyDelete
  4. Uishhh..1st timne saya dengar Ikan Goreng Tomyam..

    Bela sayur kangkung paling mudah orang kata...org kata lah, saya tak pernah bela kangkung..ekekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tiru kat satu blog tu, lupa dah urlnya...

      sangat mudah. letak dalam air je...

      Delete
  5. Replies
    1. hehe, tak tahu nak ambil yang mana dulu...

      Delete
  6. sukanya kangkong parit tu.. huhu

    ReplyDelete
  7. dah lama tak makan kangkung goreng belacan.. ehehe. Oh, aku suka gmbar ikan tilapia tom yam tu.. nampk cam sedap jerk.. ekeke. =)

    ReplyDelete
  8. sedaknya kak. sy dah lamaaaa tak makan masakan kampung

    ReplyDelete
  9. kalau rajin, semua benda nak dibuat kan kak...:)

    ReplyDelete
  10. tengok tang mangga tu, kecur liur.. hujung minggu ni nak wat kerabu manggaler..

    psstt: sekurang-kurangnya ada gak berhapdet ye dak.. ;)

    ReplyDelete
  11. blog saya kalau musim malas, memang jadi sarang lipas berjaya

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?