Ikut Belakang

Wednesday, November 21, 2012

Cendol Bakar Bikin Panas

Minggu lepas di tengah cuaca sejuk, aku mengidam cendol. Ish, jangan terpedaya seperti namanya cendol bakar no, no, no. Saja mengidam sesaja. Sabtu beli cendol kat pasar malam Tg. Karang. Ahad pergi cendol bakar drive thru kat Kuala Selangor. Masuk je LATAR tu kan. Sebenarnya rumah aku sebelum LATAR tapi mengenangkan cendol bakar ni, redah je.

Memula terfikir apa yang dibakar. Rupanya nama arwah atuk pengusaha Cendol Bakar tu Bakar. Dan katanya lagi gula merah tu dibakar dalam proses pencairannya. Hiuh, kena jaga api betul-betul nih, kang hangus pulak kalau terleka.
 

Pendapatan aku-
  • Aku agak hangin sebab keadaan tempat parking yang tak strategik. Drive thru idea dah best tapi lambat. Lagi lambat dari drive thru mekdi. Takpelah, abaikan je. Mungkin tengah naik taraf sebab cendol bakar ni tetiba je meletup kan. Complaining aku ni bukan untuk condemn bisnes cendol bakar, tapi untuk improve cendol bakar supaya lebih mesra pengguna. Takde niat nak tabur pasir dalam periuk cendol sebab aku peminat nombor 1 cendol tau.
  • Pastu tahu jelah attitude rakyat Malaysia yang rata-rata memang pandai bawak kereta kan. Suka-suki je fikirkan kereta sendiri, tak fikirkan kereta orang kat belakang dan tepi. Yahooo, jalan LATAR jem teruk. Penangan cendol bakar. Satu line nak masuk lorong drive thru memang lintang pukang. Dah mengganggu kereta yang nak jalan terus. Gara-gara nak beli cendol. Bukan salah kedai cendol juga, tapi masuklah kereta elok-elok. Yang mana parking kat tempat parking tu pun elok-eloklah supaya tak ganggu kereta yang beratur kat drive thru.
  • Yang customer order cendol, betul-betul la order. Sepatutnya masa sebelum keluar rumah lagi dah kena fikir nak berapa cendol. Kalau 10 cendol cakap 10. Kesian tukang ambil order nak ulang alik ke kereta semata-mata nak tambah cendol lagi.
  • Yang tukang ambil order, bawaklah note. Tulis pesanan. Kalau satu order takpe, buatnya masa ulang alik tu tersepak batu ke, dah lupa semua pesanan. Kalau 10 pesanan semuanya lain-lain boleh ke ingat semua. Masa aku order, tak nampak pulak note kat tangan dia.
  • Kena baiki dan naik taraf tempat tu segera mungkin. Ubah jadi tempat yang senang nak masuk line drive thru, senang nak parking, senang nak makan dan semua yang senang-senang lah. Jangan pulak ganggu orang lain. Kereta yang nak jalan terus menyirap je kan sebab kena bagi kereta yang nak masuk lorong drive thru belok kiri dulu. Semata-mata cendol.
 


Yang paling tak best dalam banyak-banyak kejadian, masa que untuk balik semula ke rumah ada satu kejadian paling panas. Disebabkan jalan keluar kereta adalah sempit dan muat-muat satu kereta je, dengan tiba-tiba aku dengar "bergegang". Bab-bab ni memang aku tak suka. Aku masih trauma lagi dengan bunyi dentuman masa kereta kemalangan tahun lepas, memang darah naik ke muka terus. Spontan tanya suami kenapa, kenapa.Yang aku nampak suami dah tepuk pintu kereta dan menjerit "WOI". Rupanya ada sebuah motor yang lalu tepi kereta kami. Dia dah tahu motor pun takkan muat tapi diredah jugak. Nasib baik dia tak tergolek dalam parit tepi tu. Tapi nasib buruk pula bagi kami, kereta tercalar 45cm lebih panjangnya.

Lebih menyedihkan lagi mamat yang naik motor tu langsung tak menoleh ke belakang, tak berhentikan motor dan lebih tragik tak minta maaf kat kami pun. Terkilan betul. Sedih berganda-ganda sedih sebab perangai mamat tu yang tak bertanggungjawab macam tu. Takkanlah kami nak penampor dia, takkan pulak nak mintak dia duit untuk betulkan tu. Nak dia ada rasa tanggungjawab je, mintak maaf atas ketidaksengajaan dia pergi redah jugak jalan tu walaupun dah tahu memang takleh lepas. Dua keb*d*han yang mamat tu dah buat. Melantun-lantun.

Si kawannya yang kat belakang mamat tu dah cuak. Takut nak redah. Kalau tahu mamat tu nak redah, bukak je pintu biar dia terus tercampak dalam parit. Astaghfirullah macam-macam aku fikir. Pengaruh The Expendables ni. Then suami cakap kat kawan mamat tu, "tolong 'marahkan' sikit kawan awak tu". Alahai suamiku, sopannya. Kalau aku, aku dah lepuk kepala kawan dia, biar dia rasa, then, cakap kat kawan tu "ko jangan nak jadi macam mamat tu". Pengaruh lagi. Aku dah bukak seat belt dan ready nak keluar kejar. Kononnyelah. Pengaruh movie boleh tahan ni. Pastu dah fikir kalau aku ada sniper kan bagus, tembak je kepala dia. Pulak dah pengaruh tak habis-habis. Tapi dalam hati memang membara.

So, tak berbaloi disebabkan cendol bakar RM2, kereta tercalar, hati tercakar. Disebabkan itu, sepanjang perjalanan balik aku tak minum pun cendol tu, biar je mencair kat dalam genggaman. Sensitif wooo, kalau sedut kuat-kuat cendol, nampak sangat aku macam tak kisah je dengan peristiwa cakaran maut tadi, Sentap orang kat sebelah. Ya Ampun. Sangat tak berbaloi sebab aku je yang suka cendol, suami tidak. Sentap kuasa 2. Ampun banggg. ☺

Rasa cendol bakar? Biasa-biasa sahaja. Tapi banyak variety la. Jadi, kalau nak rasa kehebatan dan alami sendiri pengalamannya (pengaruh tagline TV ke apa nih?) silalah ke cendol bakar (bukan sebab aku ada share bisnes dia tau) dan bukan juga duta cendol bakar adanya juaaaa...

29 comments:

  1. hadoi...mcm2 masalah pulak ye

    mmm...klu lagu ni, makan cendol tepi jalan lagi selesa la kot. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya yg kat pasar malam lagi syiokkk

      Delete
  2. pernah terbaca entry cendol ni kat blog ondscene.. nak pergi tak terpergi2 lagik.. pasni nak try gedik manja kat en. suamiler.. dan moga2 tak berlakulah kejadian macam yang eLL kena tu (sebab kalau kena confirm lagi hebaq akak citekan kat dalam blog..) hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la kak gedik manja, mesti dapat.

      harap takdelah perkara tak diingini

      Delete
  3. Huh! memang rasa macam tak berbaloi la pulak...

    ReplyDelete
  4. masa pergi tg karang ada nampak tapi tak singgah :-)

    ReplyDelete
  5. As salam wbt Ell,

    Pernah juga alami gini dik! Moto bangla tersangkut kat bumper... Sumpek sikit, nyaris tak tercabut! Bangla tu boleh angkat tgn je... Mmg terasa terbakar dahlah jalan jem masa tu! Tapi anggaplah bukan rezeki kita...salah silap dimana-mana... sejukkan hati ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam wbt kak marya

      huhu, lagi parah.
      tapi betul kata akak, muhasabah diri mungkin ada salah di mana-mana

      Delete
  6. gila cendol drive thru...huhuu...ini betul2 rare

    ReplyDelete
  7. Tu le namanya bisnes tiada perancangan. Pk untung je. N pk nak dpt pujian maksimum yg konon idea drive thru tu bijak sebijak cendekiawan! Puih!

    ReplyDelete
  8. dulu dia bukak kat jeram masa sy makan pastu pindah sini. memang sedap baq hang

    ReplyDelete
  9. So, rasanya biasa biasa sahaja?
    Takde yg istimewa?

    Itulah penangan 'free advertising' kan...orang bercakap dari satu mulut ke satu mulut..dalam blog, FB, twitter...hihihih

    Apa apa pun, moga pihak cendol Bakar ambil teguran membina awak ni..

    Pasal mamat motor tu, suami awak mmg penyabar.Kalau saya, memang saya dah keluar dari kereta gi ligan mamat tu.~haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa je bagi tekak saya.

      orang kaget sebab cendol 'bakar' macam best je.

      suami sy memang penyabar jugak, kalau saya memang tembak kepala dia dengan sniper wa cakap lu. haha

      Delete
  10. gara2 cendol bakar hati pun terbakar sama ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. disebabkan peristiwa yg tak terduga

      Delete
  11. Minggu lepas lepas balik kenduri di kuala selangor, akak adalah salah seorang yang menyirap-nyirap darah disebabkan terpaksa bagi kereta yang nak masuk lorong drive thru belok kiri...

    bukan setakat menyirap, tapi menoren, mensarsi dan menlaici juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. menyendol kak. haha, sesuai dengan temanya

      Delete
  12. baca entri ni buat keinginan aku untuk makan cendol makin membuak3.. ehehe

    ReplyDelete
  13. uish siap ada drive thru .. dah tu rasa dia biasa2 aje ke dik ... huhuh
    kena ke akak x puas hati loor
    nak kena beratur macam nie
    fuhhhhhh !

    ReplyDelete
  14. Cendol punya pasal? Semata-mata cendol? alahai.... Baik buat sendiri jer.

    ReplyDelete
  15. saya memang tak pernah singgah cendol bakar tu..huhu..tapi memang kawasan tu sangat sempit...tu yang selalu kitorang malas singgah tu..pernah singgah cendol borhan je kat tanjung karang tu..

    ReplyDelete
  16. salam ell..cendol bakar ni duk yg duk masuk dlm tv tu ka..byknya kete duk beratur..

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?