Ikut Belakang

Thursday, November 8, 2012

Hujan Oh Banjir

Minggu lepas semasa balik ke Kuala Selangor, kami lalu depan masjid As-Syarif Meru, Klang. Banjir ooo kat situ. Paras peha betis airnya. Kedai-kedai berdekatan dengan masjid juga dinaiki air. Alkisahnya kami nak pergi makan kat kedai pakcik tu. Kuetiow dia sedappp, tapi pakcik tak niaga sebab banjir. Takdelah peluang kami nak makan kuetiow banjir tu.

 Nampak tak masjidnya kat situ nun - sinun
 
  Nampak tak kedainya kat situ tuu, sudut selera namanya
 
 Nanti hari karnival bolehlah mancing kat sini sebab air naik. Sure banyak ikan
 



Bukannya apa, 9-11/11/2012 ni ada Karnival Halal Fest 2012 di Masjid As-Syarif Meru, Klang tersebut. Doakan semoga air surut dan tidak banjir supaya karnival tersebut berjalan lancar.

Karnival ini akan bermula pada pukul 8 pagi sehingga 12 malam pada hari tersebut.  

Tuliasan di bawah ini semuanya daripada sumber http://www.youropportunityplace.net

Aktiviti-aktiviti Halal Fest Selangor 2012
  1. Dirasmikan oleh Y.A.B Dato Menteri Besar Selangor
  2. Pameran dari agensi Kerajaan Negeri Selangor
  3. Jualan produk-produk halal sehingga jam 12.00 malam
  4. Forum Sempena Hijrah
  5. Pertandingan mewarna kanak-kanak
  6. Seminar Eksekutif Halal
  7. Kempen Derma Darah
  8. Kuliah Khas Muslimah
  9. Forum Perdana : Berkat Atau Berkarat
  10. Jom Mancing As Syarif 2012
  11. Seminar Tarikat Suffiyah
  12. Persembahan Nasyid
Forum Perdana Khas Maal Hijrah (9 Nov 2012)
Panelis yang terlibat ialah Ustaz Fauzi Mustaffa, Shah Kirit Kakulal Govindji, Ustaz Aswad Nasron dan Puan Aisyah Ariffin (Artis).  Froum diadakan bersempena Sambutan Maal Hijrah dengan tajuk "Hijrah Yang Sejati". Forum bermula pada pukul 8 malam selepas Isya'. Semua dijemput hadir.

Program Khas Muslimah (10 Nov 2012)
Program khas untuk wanita muslimah bersama dengan saudari Wan Suhaili, Ustazah Ros Izanuri dan saudari Diana Amir(Artis). Program akan diadakan pada pukul 2 hingga 4 petang. Muslimat dijemput hadir.

Forum Perdana Khas (10 Nov 2012)
Panelis yang terlibat ialah Ustaz Badlishah Alauddin, Dr Nik Salida Suhaila dan Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani. Tajuk forum ialah "Berkat Atau Berkarat". Bermula pada pukul 8 selepas Isya'. Semua dijemput hadir.

Seminar Tarekat Suffiah
Seminar akan dibawa oleh Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dan Dr Abd Manam Mohamad. Seminar akan bermula pada pukul 8 pagi sehingga 1 petang. Semua dijemput hadir.

Kuliah Maghrib UAI (11 Nov 2012)
Seperti biasa kuliah maghrib akan disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus selepas maghrib sehingga pukul 11 malam. Kepada mereka yang sentiasa mengikuti kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus hendaklah membawa kitab "Anak Kunci Syurga".





Jom pergi ramai-ramai. Aku nak pergi kuliah maghrib UAI je. Hehe
Poster ni lagi jelas, terang dan senang baca senang faham.

13 comments:

  1. soheh la pack gila sebab UAI datang :)

    area kat situ kalau hujan lebat mmg banjir kilat selalu

    ReplyDelete
  2. haha.. ketiaw banjir, mmg banjir punya tuu. hehhe

    ReplyDelete
  3. soheh - pack giler

    sah - memang selalu banjir kalo ujan

    ReplyDelete
  4. malam tadi akak lalu sepanjang jalan menghala ke Kapar air penuh kat parit tu.. kalau hujan non stop memang haru ler jawabnya..

    ReplyDelete
  5. As salam Ell comel,

    Kat sini baru kenal siapa UAI, seronok juga dgr ceramahnya tp ramai sgt peminat fanatik smp ilmu yg nak disampaikannya tu tengelam... tapi baguskan UAI ni santai je :)

    Banjir syiok main lumpur! kikikii

    ReplyDelete
  6. banjir sudah...eh..sedap ye kak kuewtiaw kat situ..lepas ni kalau lalu boleh lah try...

    ReplyDelete
  7. sian pulak kat org yg kene banjir ni kan...

    ReplyDelete
  8. kasian mereka yang kena banjir..ngungsi kemana ya

    ReplyDelete
  9. 11hb kompem banjir ngan manusia

    ReplyDelete
  10. aduhh kerap Klang nie banjir kan ..
    sini ujan je dik .. banjir x dgr cerita layie ;)

    wahhh ada UIA .. kalau dekat nak je joint dgr ;)

    ReplyDelete
  11. As salam Ell

    Sory lama k.lyn tak ziarah ell kan..ell sihat dok?Hmm dah besar bunnies yek...k.lynn pun ada sekor dua kat umah tu..nephew k.lynn la rajin sangat membela...ada sekoq tu buta tau..eh lari topik pulak..hehehee........

    ReplyDelete
  12. tiap petang hujankan..
    area akak tak banjirler...

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?