Ikut Belakang

Tuesday, November 27, 2012

Isu Semasa

Kita dah di penghujung tahun kan. Musim bah dan tengkujuh memang dah menjelma. Masa dua tiga bulan lepas kalut Klang, Johor, KL dan beberapa tempat lagi banjir, Kelantan rilek je kan. Malah cuaca di Kelantan masih panas membahang sepanas cerita Apex dan Leuniey. Oppsss.

 Banjir Di Kuala Lumpur 7 Mac 2012

Semalam air Sungai Klang memang deras dan hampir nak mencecah tangga LRT Masjid Jamek. LRT Putra (yang bawah tanah tu) tenggelam dan semua perkhidmatan LRT ke Kelana Jaya dan Gombak dihentikan. Aku terkandas masa balik semalam. Gerun sungguh kalau menengok paras air sungai tu. Tapi kamera pun tak bawak, yang ada henpon cap arnab yang takde kamera diberi nama Nokia Torch-Light 1202-2. Kau ada? Orang sibuk henpon Blackberry Torch, aku ada Nokia Torch Light laaa. Kembang idung. Dah merepek dah.

Yang dikesali, pihak pengurusan Rapid KL kat stesen Masjid Jamek tu tak buat pengumuman. Sepanjang 5 minit ada duk kat situ sebelum ambil langkah alternatif untuk balik ke Kerinchi, takdo satu pun pengumuman. Yang aku tahu LRT terkandas sebab ramai wanita berkerumun kat dua orang jejaka yang berdiri kat laluan mesin. Mesin yang duk telan duit kita setiap masa kita lalu tu semuanya tak menyala. Aku nengok ramai jugak yang turun ke laluan LRT (bawah tangga) sinun, bermakna LRT tak berfungsi dorang tak tahu kot?

Aku pun menanyalah kat dua orang jejaka tuh. Dia kata LRT tak berfungsi sebab banjir. Sepatah jawab. Laluan STAR LRT (yang atas) untuk ke Ampang dan Sentul Timur berjalan seperti biasa. Kerek sangat la mamat no.1 tu. Bajet manager Rapid kot. Aku pun pergi tanya kat mamat no.2, naper LRT tak jalan, dia cakap banjir kat bawah tu (landasan). Aku tanya lagi, alternatifnya macamana? Dia tanya aku semula, nak pegi mana? Aku jawab, ke LRT Universiti. Dia dengan senyum sumbing bagitau, naik bas depan Bangkok Bank. Masa dia menyebut Bangkok Bank tu, terkial-kial nak menyebut, tersasul aku kira sebab mulut dia dah penat bagi info kat setiap orang yang bertanya. Kan mudah kalau bagi info kat speaker yang boleh didengari oleh semua pengguna LRT, takdelah orang pun nak berkerumun kau setiap kali.

Then, pikir punya pikir, aku ingat nak tunggu je kat laluan Kelana Jaya tapi hujan belum reda, lama tu air nak surut semula. Mamat no. 2 tu cakap tak guna juga awak tunggu kat bawah, LRT tak jalan. Setelah berbincang dengan suami, hihi, aku pun pergi jugak ke Bangkok Bank. Memula nak pegi Pasar Seni tapi malas nak menapak, cari jelah bas kat Bangkok Bank. Yang ada bas Metrobus je. Banyak pulak tu. Suka betul aku, boleh sampai rumah, walaupun lewat 45 minit daripada biasa.

Bagi aku, lebih selesa naik bas Rapid KL sebab basnya memang convenient. Walau banyak jugak PADI (pendatang asing dengan izin) dan PATI, tapi selesa sebab ruang Rapidbus memang luas. Metrobus ni kurang selesa sikit bagi orang perempuan. Masa aku dapat tempat duduk, memula aku duk sorang je. Pastu ada Vietnamese ke apa ntah macam indons pun ada duk sebelah aku. Padahal banyak je tempat kosong lagi sebelah mamat-mamat seangkatan dengan dia tapi memang tak reti nak berfikir agaknya. Tapi aku buat donno ye sebab selagi mamat Vietnamese ke apa ntah macam indons pun ada tu tak ambik side seat aku, dia memang bernasib baik. Kalau dia dah masuk line aku, memang nak kena banzai la.

Tapi nasib aku amat baik, bila bas sampai Brickfields, aunty cina konduktor bas tu hentak peha mamat Vietnamese ke apa ntah macam indons pun ada tu, suruh mamat tu blah ke tempat duduk mamat-mamat seangkatan dengan dia. Syukur sangat-sangat sebab mamat Vietnamese ke apa ntah macam indons pun ada tu takde buat apa-apa yang tak betul kat aku, cuma aku tabik dekat aunty cina konduktor bas memang prihatin dengan wanita yang lemah macam aku ni. Wahahaha. Sebijik senyuman kepada aunty cina konduktor bas tu aku hadiahkan. Piwit. Eh, nampak ke aku seksis? Aku tak seksis.

So, kalau kita dah nampak ada mamat-mamat duduk dalam LRT ke bus, tak payah kita nak duk sebelah dia tau, untuk keselesaaan kita sendiri. Kalau duduk seat yang single (yang kosong) better doakan sebelah kamu nanti adanya seorang wanita juga. Nak selamat, duduk sebelah wanita juga ye. Bukan apa, ramai sangat PADI dan PATI sekarang ni kan. Urghhh, seksis ke aku nih? Takkkkkkkkkkkkkkkk.

Ada dengar-dengar pagi ini, 2 jam juga LRT terkandas semalam ye?

18 comments:

  1. Namanya je kakcik bekerja di KL, tapi langsung tak tahu tentang apa yang terjadi dengan LRT petang semalam. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, saya ni memang naik LRT dan bas kakcik,

      Delete
  2. Sy fobia naik bas. Takut x sempat tekan loceng bas. Takut nanti bas terbabas. Scary ohhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur sy memang turun di kawasan yg ramai org turun jd tak risau sangat.

      Delete
  3. saya pun scary kalau naik bas macam tu, tetiba ada mat-mat asing duduk sebelah..

    ReplyDelete
  4. Cerita pengalaman yang best. Dah lama saya tak naik kenderaan awam, zaman2 study dulu itulah pengangkutan utama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, kenderaan awam memang pengangkutan utama saya sejak duk KL ni

      Delete
  5. As salam ell,

    Tulahkan sekarang ni musim ujan! Dulu akak naik bas dari Seremban ke KL... KL ke Seremban... Tp naik bas express yg khas ke Jln duta la... Time ujan adalah saat yg paling akak rindui kini tau! hehehe... apa kaitannye dgn cite ni! Tetiba aku pun confius...kikikikiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak marya,

      hehe, ada kaitannya. sekarang saya pergi dan balik kerja dalam hujan. hihi

      Delete
  6. Salam ell..kat utara ni pun masih panas lagi..hujan petang2 jer..belum banjir lagi lah cam tahun2 seblm ni..akak takde sangat pengalaman naik bas camtu..takut juga kan..itulah nak menjadi negara kena terpaksa rela terima PATI & PADI

    ReplyDelete
  7. Ι loved aѕ much as yоu'll receive carried out right here. The sketch is attractive, your authored subject matter stylish. nonetheless, you command get got an shakiness over that you wish be delivering the following. unwell unquestionably come more formerly again since exactly the same nearly a lot often inside case you shield this increase.
    My webpage - pikavippi

    ReplyDelete
  8. bahaya kan sekarang nih.. kesian wanita2.. herm. hati2 la. merisaukan cmne la kalau L posting disana. haha. agak2 L kene ggu dgn pati x. haha

    Jom singgah baca sebentar.. =)
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/11/7x-umur-dunia.html

    ReplyDelete
  9. Heyа i'm for the primary time here. I came across this board and I in finding It really useful & it helped me out a lot. I am hoping to give something back and aid others such as you helped me.
    Have a look at my web blog : samsung galaxy s3

    ReplyDelete
  10. hp cap apa pun xpe dik... asalkan memberi manfaat..

    ReplyDelete
  11. kamu hari2 naik kat masjed jamek, eh..?

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?