Ikut Belakang

Friday, November 2, 2012

MC, Kursus, Cuti, Yay

Jabatan dah arahkan supaya kursus mesti cukup 7 hari setahun. 7 hari dirasakan payahnya nak achieve. Susahnya nak tinggalkan kerja. Kaki bagai dirantai kat kaki meja (berapa banyak kaki daaa). Bukan bos tak kasi keluar, tapi aku yang payah melepaskan kerja. (gaya efisyen benor, nampok benor penipunyeee).

Macam jugak MC. Tahun 2010 je yang aku dapat MC dua hari, itu pun terpaksa sebab mata merah menyala. Kalau bukan ada orang yang pandang slack kat aku, boleh postponed daripada pergi klinik. Tapi semua mandang aku, takleh jadi ni. Tahun ni ada 1 hari MC sebab tak larat sangat demam panas. Tahun lepas pulak pecah rekod pergi klinik selepas seminggu demam panas-sejuk tak kebah-kebah. Pergi pulak hari Jumaat, petang. Esoknya Sabtu doc suruh pergi HKL sebab suspect dengue. Gilerrr. Sabtu Ahad pulak tu. Isnin depan elok je pergi kerja.

Sama jugak dengan cuti. Payah benor nak cuti. Dululah, masa baru-baru masuk kerja. Sekarang dah tukar department yang bos pun high class, maleh nak melayan dia lebih-lebih, Siap dia boleh cakap "sekarang I dah tak pening pasal secretary I dah". Masalah problemnya aku yang pening pasal dia. Sekarang mesti cuti. Mesti. Tidak syak lagi. Dua bulan sekali mesti cuti.

Teringat pulak tahun 2011, yang kejadian kemalangan. Cuti aku kan zero. Siap pikir nak beli MC tu. Tapi nak pergi jumpa doc (walaupun MC beli), kenalah pikir satu strategi bernas. Siap call kakak staf supply MC swasta tu. Sebab dia terer kan. So, dia cadangkan aku untuk "buat-buat sakit mata".

Ko taruk bedak dalam mata ko. Atau ko sembur perfume dalam mata.
Aku terbayang 2010 mata aku berdarah, lagi nak sembur-sembur mata. Nasib baik cadangan dia 'letak bedak @ perfume, kalau letak cili?'

Serentak itu aku teringat baru sehari sebelum perbualan, aku spray perfume kat celah ketiak, aku tak perasan corong spray hala mata, menggagau giler pedih. Aku sengih. Aku cerita kat kakak tu, "Eh, semalam baru aku terspray mata aku"

Dan aku pun tanya dia, "Nak spray dulu mata aku, ke nak spray bila dah depan pintu klinik? Kang kalau aku spray sekarang, menggagau pulak aku nak berjalan ke klinik, satu hal pulak. Dah tak nampak jalan di dunia"

Kakak tu gelak sampai 2 minit lebih. Penat aku tunggu. Aku dalam kecemasan pun dia sibuk nak gelak lagi.

OK merepek. Daripada nak tunjuk gambar kursus sampai kemana-mana dah. Aku bagi idea kat korang untuk hujung minggu ni,

Regency Hotel Tanjung Tuan, Post Dickson, N9

 Aktiviti luar. Membina castle.

 Duyung versi jantan. Kesiannn. Inilah castle kumpulan kami.

 Pemandangan dari atas bilik hotel


 Awan Ell.

 Alah, nak jugak.



 Tuan rumah mesti masukkkk.

Kursus sampai terburai kasut. Hebat sungguh


12 comments:

  1. okey..mmmg kelakar giler!!!hahahahaa...

    ReplyDelete
  2. Ell mmg cool orgnya. Suka! Muah! Err, mcm sejenis tak? Klu mcm tu, tarik balik muah.

    ReplyDelete
  3. whoaahooo... blog penuh ilmu! terima kasih... eh mana bedak tadi?

    ReplyDelete
  4. bahahaha..terburai kasut...lari 2jam tanpa henti kah?

    saya suka patient spesis macam awak...komited, bukan jenis suka membohong MC..:)

    ReplyDelete
  5. MC pegi sound derek jer..nak mc tapi xnak jmpa doc..nak lagi best tambahan tip akak tu..taruk jer bedah gatal

    ReplyDelete
  6. ada jugak orang yang terima nasib yang sama macam i...last two days..nak spray perfume ter'spray' mata sendiri..hmmm..kelam kabut menggagau cari air..pedih lak tu.

    ReplyDelete
  7. tadi bos bagitau..people in high opis kami yag kt oversea tu expect setiap staff hanya MC 4 hari setahun.situasi yang sukar dicapai di malaysia

    ReplyDelete
  8. kak ayu suka pi kursus..
    dan pernah ada kes mcm kamu.. tapak kasut ttanggal dan sebagainya. tapi best kann

    ReplyDelete
  9. haha...buakan sengaja spray kan..terspray dah..hihi..

    ReplyDelete
  10. entri yg m'beri inspirasi utk mc.. i like

    ReplyDelete
  11. uncle dah lama tak gi kursus... last sekali kursus kahwin....

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?