Ikut Belakang

Thursday, November 22, 2012

Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin

Kau tak nak, aku pun tak ingin. Kasar bunyinya. Tapi itulah kenyataan. Ada kawan-kawan yang menambah "aku 200x lagi tak ingin".

Alkisahnya pasal bosses-secretary (PA) sebenarnya. Ada bosses yang terlalu memilih PA. Ada bos yang nak PA grade atas (senior) sedangkan berapa kerat je PA senior, semua dah ada bos masing-masing. Yang ada cuma PA gred bawah macam aku ni je, itu pun kena tarik dari sesyen.

Sebelum aku kat tempat sekarang, 3 orang bersilih ganti dalam masa seminggu. Ada datang sehari pastu esok tak datang. Ganti orang lain pastu orang kedua MC, pastu orang ketiga datang setengah hari pastu nama aku yang naik. Dalam masa seminggu tu. Memang pecah rekod. Sebelum 3 orang ni, dah 3 orang juga yang jadi PA bos. Sorang lari, sorang dah pencen kebetulannya dan yang paling lama, pun baru pencen bulan 5 lepas. Tapi yang pencen tu bukan berhidmat dengan bos dari sampai dia pencen.

Memula aku kat sini, dia punya angin melintang memang dasyat. Caci-maki memang hari-hari. Maklumlah, bila orang baru dan gred bawahan macam aku, pulak tu dulu jaga bos (bukan pangkat dato), sebelah mata je dia pandang. Itupun kalau dia sudi pandang. Macam-macam tak kena. Arahan sepatah, sepatah. Muka kita tak dipandang pun. Kalau ada mistake, typo error contoh 'the' jadi 'teh' sebab tak tukar format, seminggu dia marah aku. Asyik duk ngungkit pasal tu je.

 Sesuai tempat ini untuk melapangkan fikiran.
gambar dari kacamata hitam sebab nak capture gambar awam. Sebab pakai kamera cap arnab

Beberapa hari lalu, melalui tukang penyampai yang boleh dipercayai 90%, tukang tu bercerita tentang cita-cita bos aku ni yang tak puas hati dengan sorang bos lain pangkat rendah daripada dia. Bos cakap, "K tu tak aci dapat PA senior sedangkan saya pangkat lagi tinggi, dapat PA yang bukan PA high court pun. Saya nak tukarlah dengan dia"

Tapi, dia tambah "tapi saya nak PA yang senior yang tak boleh buat kerja. Kalau dapat PA senior yang macam 2 orang sebelum ni takleh buat kerja, menderitalah saya".

Amboi banyak cekodok pulak ye. Bak mai cerita sini selepas PA dia yang pencen bulan 5 dulu, kenapa takde PA senior yang daripada Putrajaya yang memang sah-sah pool takde bos tak mintak nak kerja denganmu, bos?

Sebab kat sini macam win win situation. Bos boleh pilih PA dan PA boleh pilih bos. Best tak. Tapi hanya untuk orang yang ada kabel besar peha. Kalau setakat peha kurus tak banyak lapis lemak, tak layan. Lagi besar peha, lagi best. Ertinya, sebelum PA dihantar ke sesuatu tempat, dia boleh roger kawan-kawan yang dia kenal dan tanya "dato M camane ek? dato H garang ke? dato K okay tak? dato A baik tak?". Bila dah tahu bakal bos garang, mulalah PA sekian-sekian tak nak kat tempat tu. Strateginya ialah;
  • Menangis
  • Ugut nak bersara awal
  • Tunggu depan pintu EO/Pengarah/Pegawai setiap hari
  • MC/EL/Cuti dengan kerapnya
  • Buat surat keluarkan diri sendiri daripada tempat tu
  • Tak datang kerja
  • Terus lari
  • Pergi komplen kat Ketua atasan di Putrajaya
  • Dapatkan surat sokongan daripada bos lama
  • dan lain-lain yang dirasakan sesuai
Menangis tak nak pergi tu memang cliche. Memang senjata no.1. Menangis pergi jumpa pengarah/EO tanpa pergi dulu dan bekerja dulu kat tempat tu, tanpa rasa sendiri suasana kerja. Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Formulanya, senang je. Kalau tak suka, tukar jelah dengan orang lain. Kita tengok siapa yang sudi. Kalau tidak PA gred bawahan ini juga yang jadi kulimu, bos.


Mancing lagi best la...

18 comments:

  1. sabar jer la...
    dah nama bos ni mmg suka nak lepas marah kat kite kot..hu3...

    ReplyDelete
  2. Peh! Gile kentang keje kat tmpt awak ni El? Sah2 bos2 mu itu kebanyakannya bangsa kita dan sah2 PA yg ade tu pun bangsa2 kite. Ye dak? Aih! Keje sama bangsa pun mcm bangsat gak kan? igtkan keje dgn yg mate kopet tu je yg mcm bangsat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah, bangsa melayu. kat sini 80% melayu. cina 10% dan india 10%. PA 99.1% adalah melayu dan perempuan!

      Delete
  3. Replies
    1. ye kak.
      dengan kita-kita pun boleh jadi giler

      Delete
  4. manusia yg bongkak ni, makin besar jawatan, makin bongkak..."cakap tak pandang muka" tu mmg melampau...jujurnya, saya benci orang macam ni.

    Jap nak tanya, boss awak sekarang lelaki ke perempuan?

    ReplyDelete
  5. perempuan....semestinya
    tak pernah dapat bos lelaki lagi

    ReplyDelete
  6. pompuan...mcm ni kan..huhu...selalu gak feelin2 gini...

    ReplyDelete
  7. Adakah budaya sebegitu akan menjadi ‘circle’ yang tidak berkesudahan? Yang junior akan buat juga seperti yang senior sebelum ini? Lalu budaya sebegitu memang akan berterusan la juga...
    Sedih.

    ReplyDelete
  8. haha. akak belum tahu lagi kehebatan bos saya tau

    ReplyDelete
  9. wahh...macam agak complicated je..tapi ye lah, sape nak tahan dengan bos yang suka marah-marah ni kan..

    ReplyDelete
  10. salam ell..sabar banyak2 yer..itulah namanya kerenah manusia.kalo akak bos marah sebab kita buat silap & cakap direct dgn kita takpe.jangan sampai melalui org lain & memalukan kita.Manusia mana yg tak buat silap.bos pun banyak buat silap sebenarnya tapi dia kan bos, orang yg berkuasa salah sikit ke banyak ker tak kan nampak kesalahannya.

    ReplyDelete
  11. amboii sakan kak ell kerja ngn dato2 aje yeeeee :D

    ReplyDelete
  12. itu dah retak menanti belah, nasi tunggu nak basi je. sebelum basi baik buat nasi goreng guna prencah adabi..

    ReplyDelete
  13. aduhh macam2 kisah bila kita kerja nie kan
    bos punn satu hal
    dia pun x sedar dia manusia biasa
    dia ingat semua staff suke bos macam nie huhuh
    sedeyyy

    sabar yeee dik ..

    ReplyDelete
  14. eleh.. mmg mengada2 bos spesis nih.. mmg la dia dah senior.. tapi yg senior kena start dari junior.. kadang2 yg senior tu buat keje lagi hampeh dr junior.. iye dak??

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?