Ikut Belakang

Thursday, November 1, 2012

Semanis Kurma

Assalamualaikum.

Semasa kami ditimpa musibah, suami kemalangan pada Disember 2011, aku cuba untuk kuat. Kuatkan diri, kuatkan semangat. Menangis di depan kawan hanya sekali iaitu selepas dapat panggilan dari suami semasa kejadian. Selepas itu aku langsung tidak menangis lagi depan mereka. Depan ibu bapa pun. Dan depan sesiapa sahaja, kecuali depan suami (kerana tidak sengaja).

Pada fikirku, tangis dan air mata aku hanya untuk aku sendiri. Keruntunan hati yang tiada perkataan diterjemah. Selama 20 hari di hospital, perhubungan aku dengan bos (bekas bos) amat dingin. Permohonan untuk bercuti 3 bulan dengan 1/2 gaji ditarik-tali. Nyaris aku di 'show cause' ketika itu. Aku dimarah, ditengking dan dijerit melalui telefon depan suami yang terlantar sakit. Hai, itulah terkeluarnya air mata tanpa sengaja tu.

Bayangkan apa rasa perasaan ketika kita dapat tahu berita sedih? Tahu untuk berfikir jauh dan ke depan dengan rancangan-rancangan kritis? Aku, diri aku ketika itu tidak terkutis. Kosong bak kata Najwa Latif. Blank bak kata Uncle Sam. Black bak nama Protoge Mas Idayu.

Malang juga ketika itu cuti aku tidak berbaki. Telur ayam. Sebab aku dah isi dengan cuti kerana kemalangan kereta yang disodok orang dari depan. Seminggu cuti rehat menghilangkan lebam di kiri dan kanan pinggang, di bahu dan lain-lain tempat. Juga hilang kereta masuk workshop 3 bulan baru siap.

Rentetan itu, hubungan aku dengan bekas bos tergoyah sedikit. Bukanlah sebelum itu bertepuk tampar laga-laga perut tapi cukuplah untuk kami menjaga kebajikan sesama sendiri. Justeru, dengan kemalangan kedua (suami), hubungan dengan bekas bos hancur lebur. Patah. Patah seperti patahnya tulang peha, lengan, jari kaki si suami.

Aku dipaksa hadir ke pejabat untuk melunaskan surat yang dikatakan kontroversi. Dipaksa untuk berada di pejabat selama mana surat permohonan belum diluluskan. Dipaksa untuk meninggalkan suami yang tidak berdaya di katil hospital dengan tiada upaya untuk menegakkan badan walau sedikit. Walaupun ada nurse yang boleh menolong tapi hanya sedikit ihsan yang ada dalam diri mereka walau mereka dilatih memang untuk 'nurse' pesakit sekalian.

Dan aku disambut oleh wajah bekas bos yang mendatar. Masam. Berkerut. Selain intonasi yang tidak sedap didengar. Aku menyelesaikan surat permohonan. Dihujung pertemuan aku dititip, "orang lelaki memang manja, jangan layan sangat". Dah sakit, siapa yang tak manja? Aku kalau demam masa bujang dulu pun nak mak mandikan, mak suapkan. #dang.

Pada hemat aku, budi bicara yang dicanang-canang tidak lagi relevan untuk isu ini. Untuk apa aku mohon cuti? Untuk menjaga suami yang sakit. Untuk menjaga suami yang sakit memerlukan semangat yang kuat. Tapi aku tidaklah sekuat mana. Untuk menjaga suami yang sakit, aku tidak boleh datang bekerja. Prestasi kerja aku zero. Kalau aku pergi kerja, suami di hospital, setiap pagi aku lambat, setiap petang aku balik awal. Esok datang, lusa tak datang. Datang kerja tidur kat meja, datang kerja bergayut dengan suami, datang kerja tak buat kerja, datang kerja tapi kerja tak siap. Aku marah dengan ketua jabatan, aku marah dengan pengurusan. #stupido.


Tiga bulan masa berlalu, cuti dah habis dengan jayanya. Surat kelulusan cuti separuh gaji yang aku mohon, baru aku dapat 3 hari selepas masuk bekerja. Bayangkan.

Dua bulan selepas aku masuk kerja, hubungan aku dengan bos aku pilih jalan selamat. Hangat-hangat tahi ayam je. Aku yang menjauh. Sebab sedar gap, sedar pangkat, sedar taraf, sedar kufu. Sedar diri. Sebenarnya masih sentap. Parut tak hilang. Pakai bio oil pun tak hilang. #akutaknakhilangkan.

Dua bulan selepas aku masuk kerja, aku dipinjamkan ke department lain. High court (mahkamah tinggi). Sehingga hari ini aku masih dipinjamkan di sini. Jadi, aku bertukar bos.

Dua bulan lepas, aku dapat berita bekas bos kemalangan bersama anak kecilnya dan juga kereta barunya. Alhamdulillah, semuanya selamat. Hanya kereta yang parah. Tapi emosi bekas bos bercelaru. Dimarahi oleh suaminya, kerana kereta mewah baru rosak teruk. Bekas bos hilang pengangkutan. Tumpang orang datang ke pejabat, suami dia tak mahu hantar. Usai dari pertemuan aku dengan bekas bos, dia menitipkan, "sekurang-kurangnya saya tahu siapa yang sayang saya". Aku jawab yakin, "takpe puan, saya sayangkan puan".

Semasa aidiladha lepas, bekas bos dan suami kemalangan lagi. Nauzubillah. Kereta parah.

Allah berfirman,

'ALLAH tidak memberi kesusahan kepada seorang hamba melainkan yang terdaya olehnya ( Al-Baqarah : 286)'

'Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala yang menimpa. Dan sesungguhnya ALLAH itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka mereka akan diberi dugaan. Oleh sebab itu, barang siapa yang redha dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan ALLAH dan barangsiapa yang tidak padanya kemurkaan ALLAH. (Hadis riwayat Al-Tarmidzi)'

Tulis nama atas batu, eh pasir. 
Eh, tengah cari remis ni.

13 comments:

  1. Tuhan sedang mendidik.
    memberitahu...

    kdg2.
    bila kita tidak merasai... kita tak akan memahami..



    .

    ReplyDelete
  2. banyak juga dengar cerita bos-kurma-manis macam ni, huhu

    ReplyDelete
  3. sebab tu 'human touch' tu penting....

    bukan kontrek antara pekerja dan boss sahaja....

    T_T

    ReplyDelete
  4. kadang2 hilang pertimbangan ingin marah dengan ujian...tapi bila kenangkan alangkah rasa berdosanya diri memarahi ujian yg tuhan bagi..ini aku yg alami...aku di sarawak ni kerja tempat baru..mental aku kacau sgt kala ini xdapat terima hakikat lagi...

    ReplyDelete
  5. kasihannye, menimpa-nimpa ujian yang datang. semoga di jauhkan musibah..Doa banyak-banyak.

    ReplyDelete
  6. setiap org ada pengajarannya ..
    kalau kita x cuba dan x mahu memahami keadaan org , semua org xsuke berlebih allah yg maha kuasa .. dia didik kita pula .. didik kita agar sedar , allah beri balasan atas setiap apa kita buat walau ia adalah ehsan ..
    kita punn akan sentiasa belajar , kerana allah itu tidak pernah tidur .. ;)

    ReplyDelete
  7. Perempuan bila jadi big boss, ramai yg bersikap sedemikian. Ego, bongkak, tak boleh dibawa berunding..Bukan semua, tapi ramai. Saya faham keadaannya. Saya pernah ada big boss perempuan masa kerja di hospital dulu.

    ReplyDelete
  8. Ya Allah!......

    Terkedu. Sbnrnya, sy menghrpkan sesuatu utk bos2 bangsa $%$#@^ di sini. Kenapa karma tak menimpa mereka eh? #geramtahapcipan

    ReplyDelete
  9. hati orang kan.. kdg2 kita sendiri tak sangka ada manusia yg ada sikap tidak peduli sebegitu.. langsung taknak faham keadaan org lain... akak yg membaca turut terasa sedihnya.. semoga kehidupan dia dan keluarganya terus diberkati..

    ReplyDelete
  10. Hidup ibarat roda. Kejap di bawah, kejap di atas...

    ReplyDelete
  11. pengalaman menarik utk dikongsi bersama. apapun belajar lah reda & manjadi pemaaf, Allah jua yg lebih tahu kan! salute ketabahan u dear!

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?