Ikut Belakang

Wednesday, December 19, 2012

Durian

Apa sudah jadi dengan saya? 2 minggu lebih tak update blog. Nak kata busy, bukanlah perdana menteri. Cuma yang ketara, malas. Kalau takde cerita pun, jika rajin menjadi juga satu entri. Tapi ini sudah malas tahap atas.

Seronoknya cuti dan balik kampung minggu lepas. Tapi yang tak seronok, cuti tak lama. Tak puas. Balik makan rambutan yang dah jarang-jarang, yang hujung-hujung dah nak habis. Dapat berapa ketul je. Durian pun dah hujung juga. Bawak balik sini dua tiga bijik, lesap berdesup semuanya. Kat kampung murah habis, RM1 sebiji. Tapi takde siapa nak beli. Kalaulah bawak balik truck, lori atau pick up, maunya aku punggah bawak ke sini dan jual. Rambutan? RM0.50 sekilo beb! Sian mak abah kite, sian orang kampung. Peraih memang beli harga tu, nak letak harga mahal sikit, kering kat situ takde sape nak beli. Bayangkan abah kite ada lebih kurang 30 lebih pokok durian, erm banyaknya durian crepe.

Aritu family kite pakat tanya macamana rupa bentuk kuih durian crepe tu. Alamak, macamana nak jawab, sebab kite tak suka durian dan durian crepe tu lagilah tak ambik tahu pun. Dorang siap tanya sedap tak rasa durian crepe? Errr, tak tahuuuu. Bagi aku, durian adalah sejenis buah yang tak sesuai dengan citarasa aku. Bukan tak makan durian, tapi tak sukakan rasanya. Setakat makan seulas pun cukup memadai. Seulas setahun. Hihi. Mungkin ada hikmah disebalik Allah menjadikan aku tidak suka durian kan. Hikmahnya? Dapat suami yang hantu durian. Pagi sarapan durian, tengahari lunch durian, malam dinner durian.

 Courtesy of google

Of course takde gambar masa balik kampung sebab saya rasa sangat malas. Hihi. Makan pun mak yang masakkan. Bestnya (sebab jarang-jarang balik, haruslah dilayan special). Ahhh perasan!

Bersalah dengan semua kawan blogger yang diabaikan hingga hari ini. Saya akan balas dendam sekarang.



16 comments:

  1. aku la ni ketagih durian crepe nih...

    ReplyDelete
  2. salam ell..bz sangat ker..demam durian crepe..

    ReplyDelete
  3. banyak betul orang jual durian kan..sampai tak larat nak beli dah...

    ReplyDelete
  4. As salam..

    K.lynn taklah hantu durian tapi bolehlah kalau nak makan..kalau durian crepe tu..fuh memang sedap..rugilah my dear u tak makan...hehehe...saje nak sakat ell..

    ReplyDelete
  5. E-eh...ini entri berlagak ke sbb durian murah? Heee~

    Sy pun teruk da skg ni. Pasif update blog. Uwaaaaa!

    ReplyDelete
  6. As salam Ell,

    Dah nak smp penhujung dah ye musim buah? Tahun ni buah2 semua murah2... Tapi kami kat sini pulak! Kalau tak dah borong dah ni....hehehe... Akak pun mood turun naik lah yang nak update...ni jln2 dulu :))

    ReplyDelete
  7. bestntya durian..memang betol ckp ell, buah-buahan kat kampung memang murah sgt, takde sape nk makan tp kat bandar2 org jual mahal, durian berat kulit jer..

    ReplyDelete
  8. ruginya xmakan durian.. hahaha.. sedap ok durian ! ritu kononnya beli sebungkus durian crepe. nk kongsi dgn hubby. gamaknya, za yg mkn lebih.. sedapnya..

    ReplyDelete
  9. rugi

    tp ari tu saya pun balik kmpg jugak.. dan tak juga nak makan buah-buahan.. malas punya pasal..

    ReplyDelete
  10. Am memang dari kecik tak makan durian. Tengok sekarang ni memang trend ek crepe durian ni. :(

    ReplyDelete
  11. eLL, bangun eLL... bangun. Ko gi mana?

    ReplyDelete
  12. As salam ell,

    Bila nak update ni yang? Pagi2 akak tetiba teringat kamu terus terjah sini... hehehe... Eh, sebut pasal durian & rambutan ni nntkan kalau akak balik Msia bgtau kg katne, nnt akak bwk lori dtg & kita deaal jual durian & buah butan! hahaha... serius ni tau! Tp kena tunggu 2-3 tahun lg ler...hikhikhik

    Take care~~

    ReplyDelete
  13. kita tak pernah rase lagi kak :(
    sedapppppp keeeeeeeeeeeeeeeeee ?

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?