Ikut Belakang

Wednesday, January 11, 2012

Thank You

Alhamdulillah, thank you.
Thank You Allah.
Thank You Family
Thank You Friends
Thank You All


Suami dah discharge dari hospital. Operation masukkan plating dah selesai. Hari-hari ulang-alik pergi dressing pulak. Satu benda je, kenapa nurse dan doctor kasar-kasar eh? Suami dah boleh naik wilcha (wheel chair). Kesian dia, pucat lesi tak cukup darah. Perut yang boroi dah kempes.

Isu di pejabat tak settle lagi, kenapa bos taknak faham keadaan aku sekarang? Nak cuti pun tak dapat, bukannya sengaja, bukan diminta benda-benda ni berlaku, kemana pula "budi bicara"? Aku tengah resah, gelisah, down, tidak tenteram, dia lagi nak tambah tekanan. Mana hati perutnya?
Dia nak bagi tindakan tatatertib? Bagilah, berhentikan kerja terus pun tak apa. Sekarang ini, semuanya tak penting, yang penting suami terjaga, rezeki dimana-mana sahaja, dia tak tahu dan tak boleh fikir kalau tinggalkan suami seorangan, berak kencing sapa nak cebok, makan minum sapa nak suap? Memang ada ibu bapa, mereka sudah tua, nak angkat dari katil ke wilcha, manalah dorang larat. Cukuplah membebankan mereka dengan  berita dan keadaan anak menantu yang ditimpa musibah ini. Mereka ibu dan bapa yang melahirkan dan membesarkan, mereka tengok suami yang terlantar pun dah cukup memeritkan. Sekarang ni nak cepat sembuh je.

Tenang jugak dapat luahkan perasaan kat blog. Luahkan pada manusia, siapa yang mahu dengar? Katanya minta simpati pulak. Hermmm.

Ya Allah, tabahkanlah hati hambamu ini.