Ikut Belakang

Thursday, May 31, 2012

Apa Makna Pemberian

Kebelakangan ini, ada menghadapi masalah mencari saiz pakaian sesuai. Bukan nyanyuk sebab lupa saiz badan sendiri tetapi atas sebab badan kembang dan kembung maka susah betei nak cari pakaian yang sesuai. Kalau beli baju sepasang, baju saiz lain kain pulak kena saiz lain. Boleh ke mix and match macam tu. Kalaulah boleh. Lepas tu mulut tak tahu nak diam, kalau bawak baju pergi tailor, mesti ngomel-ngomel itu tak kena, ini tak kena (padahal badan kena pam tiap-tiap hari). Jadi, yang kena balik aku jugak, kena tazkirah dengan suami.

Okay, back to the title, aku dah salah beli blaus dekat Muaz, saiz L. Bajet muat saiz L, L kan untuk Labuh. Masa kat Muaz, aku try-try kat bahu macam padan. Okaylah aku beli. Sampai di rumah terus pakai. Tergezut ginjalku bahawa blaus tersebut hanya muat-muat sahaja. Aku pulak spesis yang suka pakai loose jadinya bila dah ala-ala, terus macam seribu kali menyesal beli blaus tu.

Aku pun terus teringatkan sorang kakak ni yang badannya kecik-kecik comel. Jadi sebelum aku bagi dia, aku telefon dulu. Aku nak bagi dia terus blaus tu, bukan nak harapkan bayaran atau apa-apa. Macam hadiah la. Then, dia tanya beli kat mana, harga berapa, kaler apa, cantik ke tak, potongan macamana, labuh atau tidak. Dan dia sambung, "akak ni jenis yang cerewet sikit bab baju-baju, yelah kita kan ada ciri-ciri yang kita suka". "Kau ada bawak tak blaus tu, akak nak tengok dulu. Kalau akak berkenan baru akak ambik. Kalau tak, akak bagi jelah dekat si polan atau si polan, atau si polan. Kau dah tanya ke opismet kau muat tak baju ni?"
Aku pun terlopong dan ternganga. Ngaaaaa?

Oh, okay. Takpelah kak. Saya kena kuruskan badan la kalau gitu. Sobs sobs. Untuk entri ini aku bagi ruang untuk kawan-kawan fikir. Aku tak nak komen lebih, takut dicop sebagai tidak bersyukur. Nanti aku kena masuk kelas tazkirah suami. Terima kasih suami sebab banyak usaha membawa aku ke pangkal jalan.

Muka masa kurus. Sebelum kahwin.


Tweet : Blaus tersebut telah selamat dibawah pemakaian seorang hosmet yang sanggup nak bayarkan bil api bahagian aku punya sebab tak sampai hati nak ambil macam itu je. (Tapi niat aku sama, memang nak bagi je kat dia, dia pun tak habis lagi sampai sekarang asik cakap TQ all the time). Kak Anne ada cakap, "baik kau bagi dekat orang yang boleh terima blaus tersebut dengan gembiranya", gitulah lebih kurang ayat.

Wednesday, May 30, 2012

PMS (2)

Berguna untuk kegiatan sakit perut yang mengerutkan dahi.

- Busy hari ni. Biasalah, orang glemer.
- Sorry ye, nanti senang-senang aku bukan sahaja akan blog walking (blog kamu semua) malah blog jogging terus. Muhahahahahahahahahahahhaaaaa.

Tweet : Alamak, bos dah jerit.

Tuesday, May 29, 2012

Akhirnya Bom Meletops

Akhirnya aku tidak teragak-agak memusnahkan prestasiku sebagai staf yang cemerlang (cemerlang la sangat). Akibat berita emo kena cover atas arahan orang atas - dikeluarkan Jumaat lepas, akhirnya seorang bos atas menelefon aku maklumkan sendiri berita tersebut. Eleh. Disebabkan aku emo, aku telah mengamuk dan asyik repeat lagu Yuna "ini tidak adil, tidak adil bagiku". Aku petik nama-nama orang yang tidak pernah naik untuk cover. Aku comparekan orang-orang yang asyik merungut tak ada kerja, jadi choicenya aku jugak? Memang staf terpintar la aku. Calon anugerah staf cemerlang kot.

Jadi, akibat keemolan tersebut, aku melawan cakap dengan mengeluarkan ayat-ayat comparative (yeke?), bukan mencarut atau lucah atau kasar atau lain-lain. Aku cakap "tidak adil, asyikkkkkkkkkkkk saya je?", jadi bos tersebut juga taknak kalah, tetap warning aku untuk keluarkan surat sokongan Datuk R dan tandatangan pengarah untuk aku release (lepaskan) cover tempat hi-court (Datuk H). Dia kata aku bagi alasan? Ayat dia "Disebabkan kamu bagi alasan, blah blah blah yada yada yada, sign Datuk R, sign pengarah dan hantar kepada saya hari ini juga, faham", eh? Aku ke bagi alasan? Bukan ke aku cover Datuk R sebab surat yang ditandatangan oleh kau ke? Jadi, itu sebenarnya alasan semata-mata? Rugilah selama ini aku hambakan diri dekat sana. Kalau itu alasan lapuk, kenapa sibuk hantar nama aku.

Berani kerana benar, bukan setakat tak puas hati kena cover kau boleh kebudakan pergi MC, ambil EL, cuti 1/2 day, cuti balik kampung, cuti kucing meninggal, lari daripada tanggungjawab. Haha, kepada bos yang telefon aku tadi, kalau nak blacklist nama aku, tak kisah pun sebab aku ada alasan, pergi cover Datuk R. Jadi, kalau selepas ini kamu dendam dengan aku dan nak downkan kerjayaku dengan petik nama aku untuk kesemua kerja ibaratnya dah tak ada orang kerja disini, tak apa. Orang teraniaya do'anya makbul.

Semoga sukses bos kecik. Pasni kalau aku mintak sign borang cuti, jangan tak luluskan pulak. Muhahahahaha. Ala, emo tanja-tanja pun takleh. Puas hati sebab boleh hamburkan ketidaktenangan kepad bos kecik, lega. Kepada kawan-kawan, jangan penakut sangat nak tegakkan hak, kecuali kalau kamu memang mengelat. Muhahahaha. Hesy, sulit dan menyulitkan. Tak sukaaa.





 Mata sharingan

Monday, May 28, 2012

Hati Tidak Tenang

Hari ini sungguh tidak tenang hati nan sekeping. Cewahhh. Sebenarnya dari Hari Jumaat lepas lagi hati ini berdentam-dentum. Semuanya pasal kes cover-cover ni ha. Dulu semua setuju akan menurut segala perintah mak nenek, sekarang tengok apa jadi.

Lepas sorang-sorang ingkar arahan, orang lain jadi mangsa. Sampai masa tak nak cover mulalah ambil cuti, emergency leave, MC etc. Last-last anak panah kena kat aku balik. Yang menjadi masalah sekarang kan, hari tu kes jenayah yang aku kena cover tu belum settle lagi. Dah dapat arahan aku kena cover kes hi-court sampai ada pengganti. Sampai ada pengganti. Cuba anda fikir, berapa banyakkah kerja aku di opis asal (sekarang), di mahkamah jenayah dan hi-court? Termasuk kerja update blog. Cuba kira? Aku kantoi maths jadi aku surrender.

Korang ingat senang ke taip nota prosiding kes? Senang? OK amat senang sahaja, cuba darab dengan 12 kes rayuan setiap bulan. Maunya berdarah telinga dan krem jari nkau! Demi mengejar dateline kau bertungkus lumus tetiba fail no 10 tak setel, masuk lagi beratur-atur macam buku latih tubi SPM. Bukan Demi Moore atau Demi Lovato.

Demi mengejar dateline, bos kau akan quiry kalau kau nak cuti satu atau dua hari menjaga suami kat hospital. Masa tu bos quiry berapa banyak lagi cuti kau, berapa banyak lagi kerja kau tak siap, berapa banyak yang dah siap? Sambil kena sedas 'pastikan fail rayuan semua on track'. Sambil suruh aku listing kes-kes tersebut. Nak berdarah kornea mata aku sekali lagi?

Kau ingat senang ke nak cover kes jenayah? Taip prosiding real time dalam bilik yang kena captured setiap patah perkataan yang loyer dan saksi cakap (kena pulak cakap laju macam bertih jagung dan M16), campur pulak ginjal dan usus kau krem time tu nak kencing nak berak sebab biasa kes jalan sehingga 1-2 jam non stop (kadang-kadang sampai soalan pada hari itu setel).

Dan senang ke nak cover hi-court? Namanya pun hi (high) jadi semua expectation very the hi dari A sampai Z, kecik zarah sampai besar gajah. Dari staf kecik sampai bos besar, semua hi. Amboi kau bercakap macam aku ni tak bersyukur ada kerja. Dah la aku emo tarikh aku cover kena hari Sabtu dan Ahad (gila suruh aku OT ke? Ada orang datang jugak Sabtu Ahad?) rupanya salah teknikal orang yang buat surat tak tengok kalendar Masihi. Huh.

Sekarang dalam pala otak ni dah menggambarkan kampung halaman, wajah-wajah orang tua kesayangan, cuti sekolah dengan anak-anak buah yang comel sedang main bola bermula dinihari. Uwaaa... Akukah yang tidak bersyukur? Akukah yang tidak bernasib baik? Semua aku? Aku yang kena cover semua? Belahlah badan aku ini, klonlah kromosom-kromosom aku. Aku tak tahan lagi. Kapilari darah tersumbat. Wajah sendu hari ini tidak bergaya.

Bukan aku canang kerja aku best, tapi kalau tak nak aku mati muda, anak pun tak ada lagi ni janganlah buli aku macam ni. Ingat nama Suhaiella ni best dan glemer sangat ke? Dah la orang semua ingat mak aku bagi nama time ni salah spelling. No, it is on purpose. Mensengajakan sehingga cikgu-cikgu sekolah dan kawan-kawan berbelit nak sebut sehinggakan eja pun main taram masing-masing. Puas sijil aku tayang tapi semuanya tak laku disebabkan nama salah eja. Emo. Kira ok lagi bukan Shyakyrra Mhyrra OK?

 Klik tumbesaran
Muka aku sekarang dah tak ___, dari dulu pun tak ___, kenalah terima. Tanda pentuaan menjelma dengan cepat. Muka sememeh tak ada darah, kalau toreh sekarang keluar darah putih sebab hati suci dan kudus.


Tweet : Tumpang lalu taip entri emo. Kalau tak ada blog ni, 99.9% kemungkinan aku akan tulis surat layang kat admin.

Friday, May 25, 2012

Barang Free Berbaloi

Orang kata alah membeli menang memakai. Maksudnya kau beli barang sampai pokai dah orang tetap nampak barang dibeli macam beli kat pasar malam. Eh. Bukan barang pasar malam tak berkualiti cuma yelah, siapalah pandai-pandai cakap barang pasar malam tak best kan? Alah tu bukannya alahan membeli, tapi aku memang alah membeli sebab rambang mata macam-macam barang nak dibeli.

Kalau pergi soping, aku suka cari barang yang boleh dapat hadiah. Mak aku kata barang 'FOC'. Aku memang boleh meroyan kalau tengok perkataan percuma atau free atau promosi atau apa sahaja yang buat adrenalin tersembur keluar. Kiranya beli satey dapat sekali batang satey. Batang satey tu mak aku boleh buat tangkai bunga pahar. Eh?

 Beli Kit-Kat dapat mug. Sengal pulak patutnya beli banyak Kit-Kat supaya dapat banyak mug. Tapi sila darab harga Kit-Kat dengan amaun, tak ke rasa pokai jugak akhirnya? (Alamak ada kesan lipstik)

 Beli Kit-Kat dapat taparwer (Tupperware). Yang ni pergi beli dua pulak. Sebab dah belajar dari kesilapan yang pertama dulu.

Siap letak dan advertise secara kreatif supaya kesan berbaloi-baloi telah menyerlah. Membeli belah secara kreatif

Aku memang hantu hadiah. Senang kata beli tu dapat ni. Buat stok banyak-banyak. Guna sampai 2 tahun tak habis-habis. Eh. Kedekut betul. Haha

Tengok. Bayangkan harga perfume Enchanteur ni RM21.90 untuk yang single atau yang ada free gift. Yang mana pilihan korang?

 Free lagi. Cita-cita nak beli yang kaler biru pulak

 Pek kembar dengan free 4 keping. Walaupun 4 je, takpe janji free.

Berbaloi-baloi. Harga tetap tapi dapat free sebungkus. 

Pendeknyakata, aku memang suka beli barang yang dapat hadiah. Lagi-lagi kalau dapat cawan, pinggan, taparwer, beg, kasut, iPOD, ipad, TV dan sebagainya.

Tweet : Aku rasa semua perempuan ada penyakit sama macam aku ni kot. Silalah mebeli di Mydin sebab murah dan bila duit habis kenalah pasrah.

Thursday, May 24, 2012

At Own Risk

Ini cerita benar lagi sahih. Pagi semalam (flash back) semasa berjalan naik ke opis sambil baca paper. Punya kusyuk aku baca sambil mata lekat kat muka surat paper setiap helai-helainya. Ha, ngeri tak sebab mata melekat kat paper.

Duk kusyuk-kusyuk tu tetiba, berdebam... Rupanya aku langgar divider. Nasib baik divider batu kalau tidak aku dah melantun ke bawah. Serentak dengan bunyi berdebam tersebut, aku terpana dan adoi, menjerit perlahan sebab nak menjerit kuat aku malu. Pada masa yang sama ada suara mamat menegur 'eh, hati-hati nanti jatuh'. Giler betei ada orang menyaksikan dengan mata kepala dia yang aku ni cuai campur sengal sikit-sikit. Pastu nak cover malu, terus melekat kat divider tu dan buat belek-belek baca paper sehingga ke helaian terakhir. Pandai tak aku cover?

Mesti la tak logik kalau aku sengaja langgar sebab maybe divider tu lurus kan? Tapi tahukah disebalik pemikiran yang telus itu sebenarnya engineer telah mereka bentuk koridor/divider opis aku ni secara amat unik.


 Lebih kurang ginila. Respek la dengan semangat, siap lukis lagi floor plan opis. Nasib baik tak lukis guna Google sketch je. Nasib baik tak riak. Tapi semalam nasib tak baik sebab boleh terlanggar depan mata orang plak. Malu wei malu betei. Tapi malu tanggung sendiri. Tanggung sorang-sorang.

Tweet : Happy birthday buat adik perempuan bongsu kesayanganku Solehatunnisa yang menyambut ulang tahunnya hari ini. Berkongsi tarikh dengan Makdik (mak sedara). Happy Birthday to both of you. Didoakan semoga panjang umur murah rezeki bahagia berjaya di dunia dan akhirat. Aminnn.

Wednesday, May 23, 2012

Mengisi Masa Lapang di Tempat Bosan


"Hai boringnya asyiklah cerita suami kau je keluar dalam belog nih. Tukar teruslah jadi belog suami kau pulak. Suami orang lain pun ada jugak yang sakit masuk sepital, bosan ah baca"

 


 Ada aku kisah ke. Muhahahahahaha. Jangan dilayan orang yang tak nak baca belog kita, janji kita bahagia.
  (agak-agak sepital ni marah tak aku post gambar sepital dia?)


Ada la jugak games menajamkan minda sebab aku ni tumpul giler kalau bab-bab nombor. Konon-kononlah tu nak bagi soalan yang susah-susah. Tengok FIL yang tertidur keletihan. Bila penat tidur, boleh tengok panorama tempat parking dari atas pulak, terisi masa kosong.



Ini part yang aku paling suka. Memborong buku dan majalah kat gerai-gerai dikawasan hospital. Majalah Anis RM2 je tapi semua tu keluaran lama-lama punya la. Tak kisah, janji boleh baca. Entah berapa kali khatam dah. Ada juga majalah lawak. Suatu pagi sekitar 1.00 pagi, aku terkujat sebab suami gelak kuat giler. Esoknya aku tanya kenasampukapa gelak dekah-dekah? Dia kata dia gelak baca 'Bedtime Story Majalah APO?' (Kartunis Lambok). Sambil-sambil tu bacalah Quran ke, Yasin ke, buat solat Hajat, Tahajjud etc (sebelum orang kata lagi aku macam tu, baik aku sendiri yang cakap dulu).

Tuesday, May 22, 2012

Dijamin Sampai Esok


Kakcik dah lama poskan aku pengetip cute ni. tapi aku pulak asyik menangguh je nak masuk dalam entri. Punyala cepat, Kakcik pos 7/5/2012, aku dapat pukul 11.00 pagi 8/5/2012. Terima kasih Kakcik. Kalau ada contest lagi nak masuk lagi la. Teruja sungguh saat abang surat tepon mintak pergi amik kurier. Senang sikit kalau terus pos kat pejabat sebab kat rumah takde orang nak terima.

 
 Cutenya. Baru guna sekali. Terima kasih Kakcik. ♥

Tak kira, nak letak jugak sebagai bukti.

Tweet : Baca paper tak hari ni? Hebat sungguh penangan B3.0, hinggakan DSAI dan AA nak datang Mahkamah hari ini, trak-trak polis sampai 10+ buah, reporter berpuluh-puluh orang, anggota beratus-ratus, siap ada K-9 lagi. Ada siapa-siapa yang datang beri sokongan ke? Haha, kidding je. Kalau ada, meh la jumpa sebab kes tersebut kat sebelah opis aku je. Nak autograph pun boleh sebab dah ada meja, kah kah kah. Hamboih, takutnya, takut-takut blog ni bagi pautan carian B3.0, gelemer I, #dalamkurungannahas... cuakkk

Tweet2 : Aku ada masalah harini nak komen blog orang. Bila klik link 'add comment' mesti kotak komen tak keluar. Sampaikan aku dah restart semula komputer pun tetap tak jalan gak. Hanya blog Kakcik je aku sempat komen, yang lain dah tak boleh. Tengok la petang2 nanti kot baru BW and komen.
 

Monday, May 21, 2012

Benda Yang Tidak Kelakar

Dah masuk ward tapi OP still tak jalan lagi. Mati kutu je dekat wad, makan tidur bangun, pegi kantin beli makan, tidur lagi. Tak ada makanan best kat kantin, pegi Hospimart. Beli benda-benda merepek pulak. Habis duit macamni. Kejap-kejap milo ais, pastu milo panas. Nasi ayam goreng hari-hari, ngantuk tido. Naik pening pulak, padahal penjaga je. Haha. Yang orang sakit memang tak boleh gerak lagi mati kutu, mak kutu, ayah kutu dan semua orang yang suka main kutu.

Asyik tangguh dari hari Selasa lepas, aku cuti 2 hari ingatkan OP jalan tapi lepas esok, esok pulak, esok lagi. Semalam aku dah naik KTM ke KL, suami sms dia dah dipakai baju OP yang kaler putih tu, siap telan ubat penenang sebelum masuk OT. Aku yang ondaway ke KL ralat pulak tinggalkan dia sorang-sorang.

Bila dah sampai di rumah, melayan perasaan, melayan sms saudara mara sahabat handai yang bertanya. Aku tertido pukul berapa pun aku tak ingat. Bangun-bangun dah pukul 11.30 malam, kendian masuk sms dari suami rupanya dia tak jadi operate. Doc batalkan setibanya di depan OT. Masalahnya suami dah kena ubat penenang, dah tak sedar, pukul 11.30malam dia sedar dia dah di katil wad. Alih-alih tengok tak ada apa-apa efek kat tangan, nurse bagitahu OP cancel tadi. Aih cuak betul sebabkan dia tak sedar kitorang ingat OP berjalan la. Padahal yilek.

Doc kata pagi tadi kena pose, OP petang atau malam. Dah 6 hari asyik pose, batal, pose batal, pose, batal lagi. Suruh makan kol 12pm, kol 2.00pm pose balik. Pastu terbatal pose curi-curi makan chipsmore sebab lapar sangat. Ada ke satu hari pose start 12 malam, pukul 7 malam baru boleh makan. Tak ke lemau? Pose ramadhan pun berapa jam je.

Entahla. Aku yang pening. Kang tak pasal-pasal kalau aku cuti tapi OP masih tak jalan, rugilaaa... Cuti bukan banyak nih, nak simpan untuk raya, nak balik kampung...

Tweet : Langsung tidak kelakar. Ngantuknye (terus ukur meja...zzzzzzz)

Wednesday, May 16, 2012

Selamat

Hari ni last bekerja. Yey. Cuti dua hari.
Selamat Hari Guru untuk bekas guru-guruku sekalian. Makcik aku ada dua orang yang jadi guru. Pakcik dua orang juga. Sebenarnya tak terlewat wish kat mak aku dan kesemua mak-mak di dunia, Selamat Hari Ibu.

Tweet : Sebenarnya nak buat auto publish tapi ada sejarah disebalik auto publish yang dahulu kala, maka dikuburkan niat tersebut.
*Doakan suamiku semoga pembedahan berjalan lancar dan selamat semuanya. Amin. Doa kalian iaitu kawan-kawan yang tersayang yang sedang membaca setiap baris kata ini sesungguhnya amat bermakna sebagai suntikan semangat untuk aku. Terima kasih atas sokongan dan doa-doa selama ini. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa.

Monday, May 14, 2012

2nd OP

Second OPeration dijangka minggu ini. Tujuannya untuk buang semula besi yang dipasang kat tulang lengan. Sebab salah satu skru kat lengan dah terpeleot. Masa nak pasang besi kat lengan, lengan tak surut lagi. Lagipun kemungkinan tulang tumbuh tak sekata, itu yang tulang membesar, skru pun melonggar. Bila longgar, infected kat skru. Kalau daging dah selaputi tulang, maka rumit sikitlah nak pisahkan skru dari tulang. Nak-nak pulak skru dah infected. Maksudnya, daging dah ganggu skru besi, atau tulang dah besar. Nampak tak berbelit-belit disitu.

Kalau OP kat lengan, bius full (seluruh badan). Time ini salur oksigen dimasukkan ke separuh kerongkong untuk bantu pernafasan selepas OP, kot-kot kita terlupa hendak bernafas setelah habis OP. Time ini jugak bantuan methadone atau morphine amat diperlukan untuk mengurangkan kesakitan. Jangan kerap guna, nanti badan akan menggigil tanpa kedua-duanya. Tahan sakit sikit tak mengapa.

1st OP. Jadi, tempat ini akan ditoreh sekali lagi untuk buka semula besi. Insya Allah, 4bulan selepas patah, Doc dah yakin tulang terbentuk dan kuat tanpa sokongan besi kot. Insya Allah, doakan pembedahan berjalan lancar. Aminnn.

Friday, May 11, 2012

Komunikasi Dua Hala

Hala tuju komunikasi memang penting. Sebab itu dipanggil komunikasi dua hala. Kalau tiga hala bermakna ada tiga orang dan so on. Tapi tahukah kamu ada binatang bernama 'hala'? Ia seakan-akan harimau/rimau. Kalau mak kamu garang macam harimau, mak kamu itu bukan hala tau. Mak aku yang bagitau sebab yelah, kitorang stail kampung-kampung ulu jadi still guna perkataan itu lagi. Walaupun masa kecik dulu mak aku garang, tidak sama sekali beliau itu 'hala'. Kalau kamu bertanya pada mak kamu sama ada wujud atau tidak, pernah nampak atau tidak binatang 'hala' dan kalau dia tidak tahu bermakna binatang tersebut telah pupus. Case closed. Pasal komunikasi yang betul-betul nanti la aku borak lagi.

Tweet1 : Saja je cerita pasal ni. Nak tenangkan hati yang gundah selepas dapat berita mengenai rombakan kabinet (bukan kabinet/almari) aku yang roboh dirombak anai-anai tetapi rombakan tatacara atau lebih senang dipanggil penempatan semula PA-PA yang ada dalam Mahkamah nih. Sedih sebab kitorang semua tidak attach dengan bos, melainkan kami ni semua free of charge. Hehe, bukan, kami ni semua pool. Bukan kacang pool atau pool tempat swimming tapi pool tiada kaitan dengan siapa-siapa. Siapa nak aku, silakan hello, sms tak dilayan. Jadi beban kerja meningkat berganda-ganda. Pastu pulak kami ni dinamakan sebagai menumpang duduk untuk buat kerja di meja kami yang asal ini.

Tweet2 : Dan nak tenangkan hati sebab selepas appointment suami pagi tadi dengan Dr. Ortho, suami akan masuk Hospital Klang Isnin depan sebab nak keluarkan set besinya yang kat lengan atas sebab-sebab infected dah. Perghhh. Macamane ni, hati sungguh tidak tenteram. Satu, pasal cuti. Bos aku dahla tak open pasal cuti-cuti nih. Dua, berapa lama suami dalam ward aku tidak tahu. Prosedur biasa, 3 hari lepas operate dah boleh balik. Kalau boleh balik. Nak tunggu time operate lagi? Tiga, aku dah blank. Kosong, kosong, kosong. Nangis, nangis, nangis.

Additional : Okay, cakap pasal bos pulak tadi dia kirim makan. Dia cakap nasi putih dan ayam goreng. Aku beli. Tetiba dia cakap aku tak logik belikan dia nasi putih dan ayam goreng je. (Maksudnya takkan nak makan kering-kering macam tu). Dia cakap tadi dia order kat aku nasi kukus, bukan nasi yang macam aku belikan. Aku nak terpengsan kejap. Rasanya ada lagi note aku tulis nasi putih dan ayam goreng. Tapi bila aku offer nak pergi belikan lauk lain atau sayur, dia cakap takpe dia makan je yang mana ada. Tapi aku tahu dia marah aku. Hoi, lagi la buat aku susah hati.

Lagi susah  hati, minggu depan ada edit audit 5's dan seminar wajib. Bingung. Kalau aku tercuti macamana ni....

Thursday, May 10, 2012

Cita-Cita Semalam

Akhirnya berjaya capai cita-cita melipat baju untuk beberapa trip selepas balik kerja semalam. Muhahaha. Cuma, bilik je nak kena rajin sapu banyak sikit sebab banyak giler rambut keguguran. Maunya kalau kumpul boleh dapat sekepala rambut, terus buat rambut palsu. Seminggu ni kerap pulak tidur tak tutup lampu. Tidur disimbahi cahaya lampu pun nyenyak sampai ke pagi sekarang ni. Kalau dulu, sape-sape buat onar tak tutup lampu, maunya aku berkelip-kelip mengira anak kambing lagi. Sekarang kalau tertanjat bangun time tido pun still boleh sambung mimpi lagi. Tapi, walaupun todi tido banyak, tetap kantuk gak kan. Zzzzzzz

Wednesday, May 9, 2012

Rekod Terpecah

Balik kerja semalam tak lapar sangat tapi sengaja mahu memenuhkan keinginan hawa nafsu, aku beli laksa Makcik Stesen Bas Universiti.
Pastu sampai rumah terus mandi, do the laundry. Sebenarnya rendam je dan cita-cita nak basuh la lepas mandi. Tapi cita-cita memang tak kesampaian sejak dari Darjah 1 lagi nak jadi babysitter kan. Jadi aku pulun baca novel, memang apesal pecah rekod tak habis novel dalam satu malam. Iye, biasa pulun novel 500+ pages pun aku boleh habiskan ini pulak 400+ je. Haha.

Pecah rekod jugak sebab bangun 5.15 pagi sambung basuh baju dan spin. Berpeluh-peluh even lepas mandi nak rendam softener lagi, spin, iron baju, pakai baju, pakai bedak sikit dan siap terus sidai. Kan tak pernah-pernah aku basuh baju time pagi.

6.30 pagi tepat baru keluar pergi kejar LRT. Adoi, sengaja tempah kelambatan dan kehuru-haraan. 6.30 pagi sekarang macam pukul 8.00 pagi, terang-benderang. Dalam hati terus berdoa semoga Pakcik bas tak tinggalkan aku. Boleh pulak dalam LRT dan bas continue baca novel. Gila. Pastu sendiri pening-pening kepala. Cita-cita nak sarapan kuih tapi terus terbeli nasi goreng sebab tak tahan angin dalam perut dah macam tsunami.

Harap-harap hari ini pas balik kerja boleh lipat baju yang bertimbun-timbun sejak beberapa minggu yang lepas. Macam gunung Everest dah gayanya. Yang bersangkut dekat rail pun banyak jugak. Cita-cita jelah, sape yang cita-cita dia tercapai memang respek habis la... Urghhh


Tuesday, May 8, 2012

Cakap-Cakap Biasa

Keh keh keh. Banyak hari tak update konon-konon macam busy la kan. Tetiba terkekeh pulak awal-awal kenapa entah. Hari ini terkekeh sebab terlebih gula kot. Sebenarnya menahan perut yang tengah cramp. Pastu kaki seram sejuk. Haippp, bukan hamil tapi PMS. Tengah mengalami sindrom. Baca-baca blog blogger yang baru kawin pastu dah mengandung (tengah mengandung) memang kagum dengan dorang la. Aku niha mengandung jugak tapi mengandungi lemak yang berlebihan. Bila orang tengok lagaknya macam aku preknen anak kembar tapi itu ilusi optik sahaja. Badan kembang, semuanya kembang sampai suami ceria dan kagum gila dengan perubahan wujudnya banyak lipatan-lipatan lemak. Dia sangka aku mengandung tapi kesian, rezeki belum ada. Tiap-tiap hari tanya ada perubahan ke tak, ada loya-loya muntah-muntah ke? Belum lagi, alalalala janganla nangis.

Kadang bila tak sangkut, sedih jugak la, ofkos pas kahwin memang nak baby kan. Tapi sekarang lagi sedih sebab aku tergemuk kot. Gemuk yang tiada hasil melainkan lemak semata-mata. Suami cakap okaylah gemuk sebab body bersedia nak alami perubahan (hamil), kot. Kadang-kadang aku alami perubahan macam orang mengandung, asik lapar, pening-pening sikit, moody takyah kira la, pastu cepat mengah sebab perut buncit kot jadi aku selalu imagine macam penat-penat ada baby kat dalam. Haha. Itu itu cara berkesan mintak simpati suami sebab aku akan cakap "Lapar sebab baby nak makan".  

Mak aku pulak awal-awal dulu asyik menanya pasal cucu tapi disebabkan kami terliwat terlewat dan belum ada rezeki, alih-alih kakak ipar pulak yang confirm preggy, mak aku pun stop tanya kitorang lagi dah sebab cucu sulong ondaway. Sian kitorang. Takpe, aku anak no. 3 jadi cucu delivery nanti pun lambat sikit la, bagi peluang abang dan kakak beratur ikut seniority.

Bulan 9 ni Insya Allah capai setahun la umur perkahwinan kami. Agak-agak la, kalau situasi aku yang lambat (sekarang) belum lagi preggy, aku nak kena pergi berurut ke apa? Ke/atau "ala baru lagi kahwin, tunggu la 3-4 tahun kalau belum mengandung baru pergi usaha?"

Cemane? Cemane? Ada idea tak?

Tweet : Emosi

Thursday, May 3, 2012

Aku Nak Pindah

Ah tak kisah la aku janji memula kalau dorang campak aku kat mana sekalipun time tu aku terima sebab terdesak nak kerja kan? Tapi kali ni aku nak sangat-sangat pindah tempat kerja. Susah wei nak ulang alik, lagipun suami masih sakit, sekarang aku abaikan appointment 2x sebulan dia jumpa pakar ortho dan physiotherapist.

Dukacita dimaklumkan permohonan pindah aku ke Kuala Selangor tidak disokong Ketua Jabatan. Sobs sobs sobs. Wuhuhuhuhu. Nangis ni. Ada ke sape-sape yang terbaca blog aku ni nak tukar suka sama suka ngan aku? Huhuhuhu kalau ada boleh la emel. Ada ke... Desperate nihhh