Ikut Belakang

Friday, June 29, 2012

Empat Ekor Haiwan Comel



Entah pada tarikh bila, tapi yang pasti hari Sabtu. Aku mengidam nak tengok citer Madagascar 3. Sebab kami berdua suka kartun. Takmolah layan citer yang sedih-sedih kan. Kalau romantic comedy memang tak juga sebab lucunya berbeza, kalau animasi kelucuan dan kecomelannya pun berganda-ganda.

Memang enjoy dan best giler. 1juta bintang untuk Madagascar 3. Ada 2 siri sebelum ni, yang kedua macam tak menarik sangat sebab banyak citer pasal Alex je (sebab dia lead) tapi macam boring pulak. Berbeza dengan siri ketiga yang memang bagus. Disamping mereka 4 ekor, Gloria si Hyppo, Alex si Singa, Marty si Zebra dan Melman si Zirafah adanya penambahan watak-watak baru. Aku tak kenal pun nama anjing laut, cheetah girl dan harimau tu. Pilihan aku? Tentulah Melman sebab aku suka zirafah. Muhahaha.

Kami gelak paling over di dunia. Memula servey di JJ Bukit Raja tapi takde yang awal. Suami pujuk tengok je dekat 1 Plaza di Kuala Selangor. Mulanya bimbang takut takde tiket dah tapi rupanya tak ramai orang. Memang best dan terbaik (okey over, tahu).

Suami memang gelak paling kuat. Sampai ada time dia kesat air mata dengan tangan aku. Ai, itu air mata ke hingus? Gelak sampai terkeluar air mata, memang naya la kan. Apa pun, enjoy. Tak tahulah still ada ke tak tayangan untuk Madagascar 3 nih. Berita ni pulak memang suka backdated. Nasib, nasib.

Afro, afro, polka dot, polka dot - lagu Marty nanyi dalam Madagascar 3
I live to move it, move it - lagu tema biasa Madagascar

Tweet  :Yahoo, nak tengok citer Brave dan Ice Age 4. Yahoo. Paling tak sabar Ice Age 4 yang keluar 12 Julai nih (kalau tak silap)

Thursday, June 28, 2012

Selamat Hari Bapa, Heroes

Sempena Hari Abah Sedunia. Entri ini tribute untuk Abah-abahku yang disayangi. Aku ada abah. Seorang makhluk yang memang best. Jarang nak marah-marah. Selalu belikan cekedis. Sehingga sampai tingkatan 5, abah selalu tidak pernah gagal belikan kami cekedis. Hebat kan?

Abah selalu pesan jangan jadi lembik, kalau ada orang buli mesti fight balik. Tendang je bontot dia, terutama kalau lelaki yang buli. Abah juga selalu pesan selalu bawa sapu tangan, mana tahu tetiba hingus terkeluar masa tengah makan? Muntoh pulak.

Abah kadang-kadang membebel suruh sapu rumah atau laman supaya nanti aku tak jadi orang yang pemalas terhadap landskap rumah tangga. Abah biasanya pendiam tetapi sekali dia cerita, aku mendengar dengan ceria sebab mahal tau harganya nak mintak abah buka mulut.

Kami selalu gelak ketawa dan mengusik abah sebab abah biasanya akan buat memek muka yang lucu. Selalu senyum dan ketawa (tapi ketawa takde bunyi. Kau ada?) Abah setia mengambil dan menghantar kami ke sekolah dengan motorsikal Honda Bulat yang sekarang ni dah uzur benar. Terasa perjalanan yang biasanya hanya 20 minit ke sekolah, dengan Honda Bulat lebih kurang 30 minit lebih.

Abah juga menemankan aku berjalan kaki ke umah nenek untuk belajar ngaji. Abah memang tak kisah. Kalau bagi abah hadiah (terutama baju), mak kata abah akan pakai baju tu sampai lebam. Kalau basuh pun, abah tunggu kering dan terus pakai lagi. Dalam seminggu, hari-hari pakai pun takpe. Abah rindu saya ke?

Menginjak dewasa, aku menyuarakan untuk meminta izin abah nak bawak pakwe datang ke rumah. Abah izin dan kata 'bawaklah'. Abah senyum. Abah tanya apa nama dia? 'Amir,' aku jawab. Aku hulur gambar pakwe (suami sekarang) dalam persalinan baju konvo, abah senyum. 'Orang mana,' abah tanya lagi. 'Orang Selangor, abah,' ah hatiku gundah sebab Kelantan bukan bergaduh dengan Selangor ke? Thehehe.

Kalau aku balik kampung, abah akan tanya mana pakwe? Hehe, abah ni bikin malu pulak. Sekarang abah dah boleh tersenyum dan bangga sebab anak-anak dah besar dan bahagia. Abah rawk sebab suka ajak aku pergi berburu sambil dia bawak senapang patah.

Selamat Hari Abah buat abahku sayang. Sayang abah ketat-ketat sampai syurga. Tak boleh cakap banyak sebab air mata sama banyak nak keluar. Lagi banyak nak taip, lagi banyak bendalir nak keluar.

 Gambar gelap
Gambar cerah - Abah selalu buat muka lucu kalau dia dah bosan, macam ni.

Selepas kahwin, aku dapat lagi sorang abah. Abah mentua yang sangat baik hati. Sepanjang mengenali beliau, abah sangat tenang dan soft spoken. Untungnya jadi menantu dia. Haha. Sangat particular dalam bab-bab mengingati tarikh hinggakan abah wish 'selamat ulangtahun pertunangan pada 26.03.2011' yang aku pun memang tak pernah ingat (sebab gigih ingat tarikh ijab qabul).

Abah juga menjadi yang pertama akan wish pada tarikh-tarikh keramat seperti contoh bestday atau anniversary. Terharunya. Sangat tidak kedekut membagi pinjam broadband dan suka berkongsi pendapat sebab kata abah, tak kira pendapat kita relevan atau tidak yang penting kita menyuarakan pendapat melalui suara kita yang dianugerahkan Allah SWT. Yang penting suara. Tapi kena agaklah jangan bercakap 24jam pulak.

Abah ni kelakar juga tau. Abah umpama arkib bergerak sebab kalau tanya abah pasal pekeliling atau apa-apa berkaitan kerja, abahlah master. Jadi, kalau nak mintak abah betulkan surat pindah, no hal je. Haha.

Disebabkan hidup aku sekarang attach dengan family in laws maka masa dan tumpuan lebih terarah kepada FMIL. Jadi, dapat ubati rindu aku dengan family aku yang jauh nun di Lipis, Pahang. Huhu. Aku bangga dan bahagia sebab ada dua abah yang mendamping dan insya Allah akan terus mempastikan anak dia ni bahagia dunia dan akhirat. Amin.

 
Ini la abah mentua. Selamat Hari Abah buat abah mentuaku sayang. Sayang abah ketat-ketat sampai syurga jugak. Plus, happy birthday abah 26/6. Minggu ni selebret!

Tweet : Mintak maaf sebab takde masa lagi nak jalan-jalan/jogging/lari ke blog kawan-kawan. Busy benor. SELAMAT HARI BAPA SEDUNIA KEPADA SEMUA BAPA DAN BAKAL BAPA, KECUALI BAPA AYAM. 

ADDITIONAL : ABANG, NANTI BILA KITA DAH JADI IBU-BAPA BARULAH KITA BOLEH WISH SATU SAMA LAIN, MASING-MASING YE. INSYA ALLAH. SOON TO BE

Monday, June 25, 2012

Master Chef & Selebriti

Arghhh, takde cerita la hujung minggu. Hanya masak spageti bolognaise dan makan sampai tak cukup satu plastik? Ye, makan berdua macam setahun tak jumpa. Itu maknanya (a) masakan aku sedap *Pengsan (b) tengah ada selera (c) memang feveret (d) buang tebiat (e) pelahap dan gelojoh.

Aku masak pun ala-ala camping, lebur semua bahan dalam rice cooker. Kau ada? Hahahaha, sebab rice cooker je ada. Malas nak beli gas. Mak aih perangai malas memang takleh blah.

Selepas habis menshopping di Carrefour yang nyata lebih murah daripada Tesco(?) perut lapar, singgah makan di Tat Nasi Ayam di area Carrefour tu. Pergh ramai orang area situ ye. Siap ada yang selebret bestday bawa kek lagi. First time makan kat situ, biasa je makanannya. Kesedapan ni berbeza-beza kan.

Pas makan, barulah memandu ke rumah. Haha, ntah kenapa pecah rekod tak tidur dalam kereta plak malam tu. Teruja nak masak spageti kot? Sesampai di rumah terus acara memasak. Suami kata dia nak rasa je, masa tu dah pukul 12 malam. Rasa punya rasa, herm dua tiga kali tambah. Sambil borak sambil suap tak sedar berapa kali suap sampai perut masing-masing sebu dah.

Esoknya sambung lagi makan spageti. Amboi, western habis. Pulaktu hujan merenyai-renyai tidur memang best. Azam senaman memang tinggal azam. Haha. Malam Sabtu tu pulak pergi beli lauk nak masak nasi beriyani. Suami paling teruja. Dia paling suka tayang muka kat tepi periuk, godek-godek, sambil mulut muncung-muncung mintak pass kan itu ini. Sebab tangan dah pegang sudip maka, mulut je la main peranan, hebat betul.

Kami makan nasi beriyani perisa kari (rempah beriyani Maggi) sebab tak jumpa yang lain-lain. Haha, akhirnya, hanya kutip ayam jela. Esoknya Ahad, untuk makan malam kami menyerang kedai Ayamas bersama kupon Ayamas 25%. Kami beli ayam sekor. Nasi masak sendiri ala-ala ayamas jugak *pengsan. Hahaha.

Dulu masa kecik-kecik, aku main masak-masak siap kutip benda ni buat keropok atau kuih. Kutip sekeping-sekeping. Masa kecik, pemikiran tanpa sempadan kan? Minggu lepas ter-jumpa Siti Sarah & Shuib serta anaknya yang comel lote sangat tembam Uwais kat Tesco Kuala Selangor. Tapi tak tegur sebab segan. T_T

Friday, June 22, 2012

Gaya Hidup Sihat

Penatnya pergi kursus kecergasan dan kesihatan gaya hidup sihat mak aih panjangnya tajuk kursus. Erm, patutlah menghilang dua hari ye dak. Ada orang kisah kau nak hilang banyak hari pun? Haha. Balik dah penat, malam memang mintak maaf banyak-banyak memang tak kan online punya. Takleh campur gaul urusan keluargawi dengan blogawi, nanti tak cukup time tidur mulalah nak emo-rasuk orang lain. Takdelah gurau je.

Apa impak kursus pada aku? Haha, banyak. Mulanya memang sebab dah lama tak bersenam. Sebelum kahwin setiap minggu pergi joging amboi yeke? Ye. Pusing tasik UM dua kali dah terjelir. Balik joging terus macam nak muntah (serius, aku tercongok depan longkang). Hoi, mungkin angin kot. Tapi, yang salahnya ialah kita mencari alasan dan menyalahkan perkahwinan. Contoh macam tadilah, sebelum kahwin fit, boleh jog, senam bla bla bla. Jangan sesekali macam tu ye adik-adik.

Impaknya juga baru ku tahu kandungan lemak dalam badan terlebih. Haha. 31% lemak pergh kemain boleh buat stok cheesdale. Pastu, pastu berat badan meningkat 10kgs. Sebelum ni 56kg kan. Tetiba 3 bulan cuti duk rumah, amekau naik 7kgs. Lepas cuti, tambah lagi 3kgs. Senangnya hati. Pastu encik tu cakap kena turun berat badan sebab dah tak padan dengan ketinggian yang cuma 162cm. BMI pun highest normal, 25.7.

Nasib baiklah paras gula dalam darah 5.2 je. Yang sadisnya kena cucuk 2x sebab kali pertama jarum kecik, darah segan nak keluar, adik nurse tu siap perah-perah dan tonggeng-tonggeng jari aku lagi. Pastu dia cakap, kena tukar jarum tebal ye kak. Huhu. Yela dik.

Kalau ikutkan blood pressure adalah normal, alhamdulillah sebab takut jugak penyakit keturunan darah tinggi ni kan. Bacaan tekanan darah 127/72 (87). Cuak jugak sebab kebelakangan ni kan stress, takut je darah naik. Bila cek heart beat pun ok lagi, alhamdulillah.

Pastu buat aktiviti pulak. Yang ini tak tahan. Bangun tubi bervariasi, tekan tubi tanpa henti, duduk lunjur jangkau, lompat jauh berdiri, lari ulang alik 10 meter dan lari 2.4 km. Alamak sakit segala sendi. Resultnya? Sangatlah sederhana. Hanya acara lari je boleh dibanggakan. 10km ulang alik tu 12saat. Lari 2.4km tu 18minit 20 saat. Itu je, yang lain-lain hampeh. Sentap tau.

Sedapnya kalau boleh cuti dan tidur puas-puas melegakan sakit urat dan otot ni kan. Tanamlah azam lepas ni nak kawal makan sebaik mungkin demi kesihatan tubuh yang optimum. Sayangi tubuh badan sendiri, jangan badan lebih tua dari usia. Muhahahaha. Sekian. Majulah sukan untuk negara. Jangan tanam tebu di pinggir bibir je.
 
senaman macam ni boleh tak?
Tweet : Sebenarnya, nak kawal makan bukan semata-mata nak cergas dan yakin diri tapi demi elakkan penyakit. Jangan diet-diet yang boleh membahayakan diri, jangan berlapar. Kawan-kawan sekeliling jangan sinis kalau member sebelah amik nasi sesenduk. Biarlah dia, asalkan dia sihat bahagia

Tuesday, June 19, 2012

Flora dan Fauna

Hari ini mari kita buat lawatan sambil belajar. Belajar mengenali flora dan fauna serta tumbuhan hijau. Lokasi kali ini ialah di perkarangan rumah FMIL. Nampak benor menantunya ini takde kerja lain selain merayap cek kawasan.

Ini anak pokok rambutan. Entah kenapa dimakan ulat pulak. Kes ini dinamakan ulat naik daun. Kesian ulat sebab dituduh menggatal sebab takde kena mengena dengan naik daun dan gatal. Kebetulan ulat merembes kegatalan kalau terkena pada kulit manusia.


Ini pokok cili menantu (ehem) yang tanam. Alahai sebiji je. Lihat daunnya, sungguh berpenyakit kan. Ini kes suami yang menyiram beliau dengan air keli. Aku dah merayu jangan siram dengan air keli lagi. Kalau nak siram jugak siram terus di pangkal pokoknya. Kalau tak, jadi macam ni lah. Berkulapuk.

 Pokok bendi suami yang tanam. Nak tunggu beliau berbuah (lama lagi)

 Anak pokok jagung. Ada lima pokok yang baru ditunaskan. Suami jugak yang tanam.

 Lihat embun di hujun daun. Bukan embun sebenarnya tapi air siraman.

Pokok letup-letup. Tahukah anda aku mengelentong adik lelaki aku dengan mengatakan pokok ini pokok maple sebab dia pun tak tahu nama. Kebetulan masa itu aku terpengaruh dengan novel "Di Bawah Pohon Maple". Errr, bukan nama sebenar tapi ada la perkataan "maple" tu. Itu kes masa aku sekolah rendah.

 Ini tak tahu pokok pe. Pokok liar kot.

Belimbing. Belimbing buluh? Belimbing batu? Hiks. Tak tahu. Tapi ini kan kat belakang rumah Cikgu Ali. Cikgu dah berpindah. Lebatnya bergayut-gayutan. Kalau buat sambal hitam sedap nih

 Bunga belimbing. Cantik pulak.

 Pokok mengkudu

 Pokok pelam. Masa ni kerengga dah mengetip kaki aku. Buah punyala banyak sampai dah buat jeruk, kerabu, cicah. Subur betul dia kan.

 Anak pokok betik. Mintak-mintakla berbuah lebat. Suami tanam.

 Ha, nampak tak? Biar-la-awak

 Kenal? Buah saga. Merah betul. Aku tak tahu apa kegunaan buah saga. Adakah boleh dimakan? Sebab banyak betul kat sini

 Ini anak-anak pokok saga.

Ini baru pertama kali aku kenal. (Kat umah nenek). Pokok pucuk meranti. Boleh dibuat ulam pucuknya. Buahnya tidak dimakan. Buah yang masak warna purple. Kalau sekali imbas macam buah terung pipit kan.

Monday, June 18, 2012

Cerita Jerebu

Dari Level 14, Vista Angkasa, KL
Jumaat, 15/06/2012

 Jerebu, Tanjung Karang, Selangor.
16/06/2012
bukan Jelebu, Negeri Sembilan


Sekarang ni musim bakar jerami/sawah sebab dah habis musim menuai. Jadi, puncanya dari negara kita juga. Mungkin negara jiran pun menyumbang kepada kualiti udara tercemar yang dialami sekarang. Daripada kita tuding-tuding jari, apa salahnya kita fikir satu solusi untuk setelkan pembakaran secara terbuka. No heart feelings ok.

Tiba-tiba saya jadi formal. Mungkin otak banyak asap~Mungkin sebab hari ni Isnin~
Cuba cek dalam hidung masing-masing, kot-kot la ada jelaga?




Thursday, June 14, 2012

Super Spontan

 

Terspontan dan ternampak Datuk A. Samad Said dan isteri keluar dari stesen LRT KL Sentral, terus grab dia. Muhahahaha. Bukan senang nak bergambar dengan Datuk A. Samad Said ni. Selalu jugak nampak Datuk lepak kat cafe di KL Sentral tu tapi tak berani nak ganggu. Time ni Datuk terkejut sebab kitorang kejar dia dan meloncat depan dia. Muhahahaha.

Tweet : Entri tergantung ke ni?

Wednesday, June 13, 2012

Ronyok-Ronyok

Gara-gara nerves nak masuk kerja di tempat baru, tengah pakai tudung tetiba nampak *keronyok dekat dua-dua lengan baju kurung. Pehal pulak keronyok ni, kataku dalam hati. Puas la mencari jawapan disebalik kekeronyokan lengan baju tersebut.

Rupanya lengan baju tak gosok (iron). Keh keh keh. Apalah yang difikirkan sampai tak gosok dua-dua belah lengan. Otak tersumbat lagi kot. Susah-susah je, memang susah pun. Kena bukak balik tudung, bukak baju (jangan imagine) gosok bahagian keronyok.

Mula-mula nak juga gamble pergi kerja tapi bahagian keronyok kelihatan sangat macam kena mamah dengan lembu pulak. Hai, sejak bila pulak ambil berat hal-hal baju, selama ni pun gosok ala-ala je. Sebelum ni pun *kempro habis. (Takut orang label pemalas sebab bukan zaman anak dara lagi, dah jadi bini orang pun).
 

 Sangat suggest untuk baca novel Doktor Cinta ni. Kelakar. Macam kita dibawa masuk ke watak utama, Mazliana Hj Nordin. Iklan pulak tetiba, jangan marahhh (Nak tunjuk novel tu dah keronyok).

Ada orang cakap gambar ni macam *peraih, dengan gaya dan beg bagai dah ghupe ngambil order. Sakai tak sakai. Baju ni dah beberapa kali keluar blog.

Glosari
Ronyok - Kedut Yang Amat
(Jadi kalau ke-ronyok maksudnya ke-kedut)
Kempro - Bahasa Jawa bermaksud selekeh, sakai.
Peraih - Pemborong/Orang Tengah

Tuesday, June 12, 2012

Amanat

Minta maaf kepada kawan-kawan sekalian. Hamba tak sempat nak masuk blogging atas sebab-sebab internet macam kura-kura kat tempat baru. Pastu blog hamba takleh bukak, cuma nampak header gambar hamba yang comel tu je, blog orang lain pun hamba takleh nak masuk jugak, hanya header je separuh menunjukkan muka.

Ini entri tersepit kiranya sebab hamba berlari-lari anak antara dua benua demi menyiapkan tugasan. (Tetiba kat luar opis bunyi siren, siren apakah?). Biarlah, takkanlah ada fire? Aku jap lagi nak kena fire, baik lari ke tempat baru kejap. Bye bye. Ada masa hamba masuk dan jalan-jalan ye. Kalau nak borak, YM ye. Hehe. (Amboi sempat pulak kau YM).

Da, da.

Monday, June 11, 2012

Nah, Senarai Penuh

Ketahui pasangan anda melalui TARIKH LAHIR ( BETUL ATAU KEBETULAN)

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24

Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.


2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30

Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.


3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29

Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.


4. Tarikh Lahir pada 4, & 13


Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.


5. Tarikh Lahir pada 5 &17

Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.


6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27

Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.


7. Tarikh Lahir pada 7, 28 &; 31

Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.


8. Tarikh Lahir pada 8 & 23

Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman- teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.


9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21

Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.


10. Tarikh Lahir pada 12 & 19

Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.


11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26

Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.


12. Tarikh Lahir pada 22 & 25

Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara

Saturday, June 9, 2012

5hb?

Tarikh Lahir pada 5 & 17

Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.


Keh-keh-keh. 

keras - Watak keras tu ada sikit tapi mungkin pengaruh persekitaran atau didikan masa kecik. Mak seorang yang garang asyik kena ketil je. Jadi, tiada masa nak manja-manja. Dah tua ni pulak buang tebiat manja-manja dengan mak abah. 

berprestasi - Aku suka kerja. Suka buat kerja dan kadang-kadang sibuk cari kerja. Tapi kuat ngomel kalau kerja banyak pulak. Hai, banyak songeh.


tukar-tukar pasangan - Tak pernah kot. Saya jenis setia. Dari awal hingga akhir Insya Allah hanya suami saya sorang je, dialah cinta pertama dan akhir. Baik tak saya sebab tak bercinta masa sekolah? Hehe. Sebenarnya takde orang yang ngorat sebab dorang cakap saya garang sangat + tak cantik.


Friday, June 8, 2012

Bossy

Mulai Isnin depan aku mencari rezeki di tempat baru. Itu pun kalau bos di sana sudi mengambilku jadi kuli dia. Kalau tidak, dia kick jela, pastu merempat la kat mana-mana tempat selagi khidmat diperlukan sambil pakai sandwich suit 'please hire me'. Sedih.

Doa-doalah semoga lembut hati bos tu. Sebenarnya aku mengidam nak try berkhidmat dengan bos lelaki, yelah asyik dapat 2 orang bos perempuan sebelum ni kan. Dengar-dengar bos lelaki tak banyak ragam. Entahla, dia pun manusia macam kita jugak kan. Ada angin monsun barat daya dan tsunami kadang-kadang. PMS dan menopause, kadang-kadang. Lelaki takde men-no-pause.

Aku lebih senang dapat bos yang berumur sikit, jadi dia macam mak-mak. Kalau muda-muda dah jadi bos ni payah, angin melintang satu hal. Kena pulak yang banyak itu ini, 2x payahnya. Tapi kita cari rezeki dengan halal dan nak keberkatan. Jadi, kite mesti redhooooooooooooooooooooooooooo.

Teka gambar : - Ell tengah buat apa? Gambar belakang tu bukan yang depan ni.
a) Main bowling
b) Sapu sampah
c) Saja je menonggeng
d) Sakit pinggang

*Sori kakak yang tetiba keluar interframe ni, tak sempat nak edit la.

Thursday, June 7, 2012

Sekitar Laman Atok Nenek

Kita tengok gambar je ye, sebab nak tulis panjang-panjang tak sempat. Bos dah tanya, takde kerja nak disemak ke? Ye bos, ada dua fail ni ha, nanti saya bawa masuk. Hehe, jangan risau, saya rajin buat kerja.

 Sawah padi menguning. Musim 'mengerat'. Kayo, kayo

 Nenas Mahkota Pajeri.
(Cikgu selalu bagi teka-teki buah apa ada Mahkota)
yang nenek selalu buat Pajeri

 Daun Salom. Selalu buat ulam. Cicah budu.
Tapi selalunya tak makan, skip. Haha

Lemon-ade.
Beribu-ribu Lemon. Menipu, ada sebiji je.
Yang lagi 2 bijik hijau lagi, takleh panggil Lemonade
Haha.
Dah bertuan dah.

 Pisang tomey, kecik je pokok macam tuan punya.

 Misai Kucing. Rebus air buat ubat kencing manis (kan?) Ke darah tinggi?

 Kedondong Sayang Si Amrah

 Buah Durian Netherland (Belanda)


 Limau Calamansi Si Kasturi

 Limau Ole-Ole Bali, Indonesia

 Buah cermai errr nama scientific tak tahu.
Dah google tapi tak jumpa. Hehe

 Itik. Tinggal sekor je sebab semuanya kena makan dengan anjing liar.
Ye, anjing. anjing liar kurap yang dilempar oleh tuannya.
Kalau anak itik, selalu kena makan dengan Gagak Hitam.

 Padi selepas dikerat oleh mesin pengerat

Buah Sukun. Breadfruit. 
Jakun tak jakun, aku kenal masa tingkatan 5. 
Ada skulmet kenalkan sebab ditanam di rumah dia. 
Jadi, jakun ke tak?

 Kami bawa ikan keli 12 ekor (siap kira) untuk nenek, atok dan paklang sekeluarga.
Ini sahajalah buah tangan untuk dorang, senang sebab keli ini kami yang bela.
Nak bawa ikan tilapia tak besar-besar pulak ikan tilapia tu.

 Haha, paklang bagi suami ikan haruan,
memang pucuk dicicah ulam diratah (peribahasa tak berapa nak kena)
Besar bapak kan ikan ni.


Ada lagi 3 ekor bersemayam dalam kolah ni.
Nyum nyum nampaknya suami jela boleh rasa sebab dia paling priority

Tweet : Cakap tadi gambar je, tak tulis panjang. Sekarang apa sudah jadi? Pantang dapat kebod, mulalah lupa daratan.
^_^


Wednesday, June 6, 2012

Brutal Solo Molo

Entri ini tiada kena mengena dengan blog Brutal Solo.

Sungguh brutal anak-anak dara kat rumah tu. Macamana entah dorang ni guna spinner ye. Terkejut aku bila benda ni patah. Boleh patah? Tapi yang tukang seletep tu aku la sebab nak spin baju tak boleh, asyik bunyi gedung-gedung-gedung. Dengan benda ni patah-patah macamana dorang guna? Lepas aku seletep nampaknya tempat lain pulak patah. Adeh, takleh jadi ni. Walaupun kongsi mesin basuh ni tapi kalau sama-sama guna, kenalah sama-sama tanggungjawab kan? Sumpah bukan aku yang buat.


Ada jual ke benda ni kat kedai? Kedai mana?
-mestilah kedai barangan elektrik kan?
-mestilah bukan kedai barangan dapur kan?

Tuesday, June 5, 2012

Hoi Hoi Hoyahoi

Apabila kepala tersumbat semua kerja jadi rojak.
Kesalahan tertonggeng-tonggeng, makin menjadi-jadi;

Sentul - Sental
Royal - Royak
Universiti - Universitu
Buy and Sell - buy ensel  

Apabila ada kes berkenaan future market CPO (crude palm oil), salah tulis pasal satu perkataan dia sebut buy ensel tapi otak aku dah serabut jadi puas aku google apebenda buy ensel. Beli ensel pintu takkan terbabit dalam CPO kot? Orang buy palm oil je takde kena mengena ngan ensel. Haha. Padahal ayat betulnya buy and sell. Beli dan jual. Hampeh.

Maksudnya dah kena cuti tu kan?
Hehe, alasan. (HOI, CERITA CAMNI PUN NAK BUAT ENTRI KE)

Monday, June 4, 2012

Perjalanan Semalam

Entah kenapa bila teringat pasal blog zaman remaja dulu, aku tersenyum sendiri. Tahun 2009 kot. Haha. Dengan ayat, alignment, bahasa, main taram je takde perenggan, maunya sakit otak nak baca. Aku tak tahu apa aku tulis daaa. Kadang, itulah tulisan paling kudus dan terus terang dari aku. Kalau nak baca bahan bacaan lawak ala-ala, suam-suam tu boleh la khatam blog lama aku tu. http://neki.blogdrive.com Bukan aku buat lawak tapi blog tu yang akan melawakkan diri sendiri. Haha. Ada lagi satu blog, srianggerik.blogspot tapi dah tak wujud dah. Aku lupa aku delete atau terdelete sendiri. Hiks. Tapi dalam tu ada cintan-cintun sikit la.

Yang password blogdrive ni pun aku lupa, tapi puas perah keringat nak ingat balik. Bukan apa, sejarah silam memang manis untuk dikenang. Bila review semula, tak ingat dah semua tu.

Maaf ye tak dapat BW/BR/BJ dengan jayanya hari ini, biasalah hari Monday kan. Nak siapkan banyak kerja. dalam otak ni fikir nak bercuti je tapi tak sempat nak arrange cuti. Nangis kang. Entri ini dari pagi aku taip sangkut-sangkut sampai la ni dah dekat lunch.

Hujung minggu aku cuma lepak tonton movie je, pergi Mini MAHA Tg. Karang tapi takde yang best pun, setakat luang masa petang Sabtu, tukar betri jam dan odw ke rumah in laws, tumpang Asar. Pastu gerak ke rumah nenek in laws, lama tak jenguk dorang dekat 3 minggu. Atok lak takde, kitorang nak balik dekat 7malam baru atok balik dari ngayuh (beli lauk), dia tak nampak aku lagi memula. Dah turun basikal baru dia sengih.

Dia tepuk-tepuk bahu dan cakap 'lama atok tunggu, tak datang-datang'. Alahai atok, jangan buat saya sedih tau. Aku cium pipi atuk bertalu-talu tandanya aku bukan sengaja tak datang. Last aku datang sebelum suami operet buang besi minggu lepas. Baru sekarang dah boleh drive, then terus menuju ke rumah atok. Kadang suami tak datang sendiri sebab bila dia pergi sorang ke rumah atok, atok dan nenek (especially atok) akan tanya-tanya-tanya-tanya lagi mana 'ella'.

Pernah suami cerita masa dia pergi hantar anak ikan keli untuk dilepaskan dalam bendang, atok dan nenek tak puas hati dengan jawapan 'ella takde, tak datang, dia kerja' (lebih kurang la ayat), atok siap pergi ke kereta dan jenguk-jenguk kot-kot la aku sengaja ngusik atok dengan menyembunyikan diri. Haha, nenek hanya tinjau dari jauh je. Bila aku takde dalam kereta atok cakap, 'ella mana'. Hehe, atok comel.

Rindu tau, mungkin aku lebih sensitif bab-bab atok nenek sebab atok dan nenek aku dah lama dijemput Ilahi. Jadinya, sebaik mungkin aku jaga atok nenek in laws supaya rindu aku dengan arwah atok nenek aku terubat. Kadang, rindu sangat sampai termimpi-mimpi dibuatnya. aku hanya mampu mengirim do'a dan ayat-ayat Quran bekalan untuk mereka.

Atok ni tetap cergas ngayuh basikal pergi beli lauk dan ngeteh. Walaupun kitorang dah banyak kali tegah tapi atok tetap berpuas hati sekiranya dia sendiri yang pergi beli. Jauh tu dia ngayuh.


Apa yang nenek tengok? Nenek tengok dulu atau aku yang tengok dulu? Apesal atok jadi gelap neh?

 Nenek melatah tau. Entah apa nenek cakap aku pun tak tahu. Haha


Tweet : Ada link daripada Kak Aza pasal majlis kahwin kitorang tahun lepas. Hehe, lama benor punya cerita. BTW, seram dan ngeri aku tengok Final Destination 5. Asyik tunjuk badan terputus je, tension plak. Nasib baik tengok berdua, kalau tak mau termuntah aku sorang-sorang. Tengah dok google nama suami (sebab dia pun ada blog dulu-dulu), tak jumpa blog dia. Baru nak jadi stalker. Tapi ada link nama dia dekat blog Affnan Aquaponics (masa dia design DWC (cerita sistem aquaponic - aku tak reti nak describe).

Tweet 2 : Say hi to suami. Sebab dia dah rajin selongkar blog aku ni. Dia cakap riben dekat gambar header tu tak comel. Haha, comel apa. Comel la. Riben la comel. Ada ke dia suruh buang. Ermm, kena buang ke? Kena ke? Kan comel tu. Haha. He said that ribbon shows me not matured at all. 'Blog emo tapi ada riben' -dia yang cakap. Haha, i knew ramai yang dalam hati cakap camtu kan. Haha. For the whatsoever sake, no more personal stories to be told. No more, no more no more (ayat Adlin Aman Ramli dalam MLM) Ala, yang terlalu personal kot. Contoh? Entah, rasanya tak personal sangat. Ermmm, apa ye?