Ikut Belakang

Thursday, July 19, 2012

KOG, Kucing Oren Gemok

Aku baru tahu bahawa nama tuan blog ini ialah Kucing Oren Gemok. Mati-mati selama ini aku panggil Kucing Goreng Gemok disebabkan tagline "makanlah, apa lagi". Aku punya pikir KOG ni exotic sangat sampai meng"goreng" kucingnya untuk dibuat makan. Errrkkkk?

Memang mata aku ni takleh dipercayai, kucingorengemok jika dibaca dalam satu perkataan, memang mengelirukan.

Entri ini tribute untuk KOG sebab ada satu ayat dalam komennya untuk entri ini yang mencadangkan aku buat kucing oren gemok menggunakan krayon kulat kesayanganku.

awak, cer lukiskan gambor kucing oren gemok guna krayon kulat awak tu! ;)


Jadi, hasilnya tidaklah seperti artis-artis yang mempunyai bakat luarbiasa, cukup-cukup makan untuk pass subjek Pendidikan Seni.

memula macam ni. tapi tak nampak Gemok.
Pastu plan nak buat macam ni pulak, konon-konon la.

Fed up dengan krayon, try pulak buat sketch pakai pensil
tetiba macam ni kan? haha lari konti



Jangan makan krayon tu tawwww
 

 Aku tahu aku memang tamak gambar. Sebagai penggemar kesenian, semua gambar aku rasa cantik (muntoh). Jadi untuk memuaskan hati sendiri dan bertindak adil dan saksama, semua gambar akan masuk belog! Hahahahaha.

Tapi betul, aku memang tamak haloba.

Tuesday, July 17, 2012

Yana, Prettywrite

Akhirnya, dapat jugak publish entri setelah berperang dengan blogger ni yang wat hal sejak minggu lepas. Entri ni tribute tanda terima kasih buat Yana kerana telah mengeposkan hadiah yang comel lote macam tuannya juga, errr comel macam tuan yang bagi hadiah atau tuan yang dapat hadiah? Hehe.


Hadiah ni sempena menang bloglist contest prettywrite sedikit masa dulu, kesian Yana sebab terpaksa tunggu lama nak dapatkan alamat aku, dah emel tapi Yana tetap tak received jugak. Dah puas belek spam bagai tapi still takde.

Boleh pakai raya nanti kan. Comel tak.

Yana : Nanti wat contest lagi ye. Dorang kat opis ni pun main teka-teka apakah bendanya di dalam sampul, dibelek-belek, dipenyek-penyek. Haha.

Thursday, July 5, 2012

Gambar : My Bunnies

Gambar awalnya memang tiga ekor. Sekarang dah ada empat.  Tapi takde gambar yang baru sebab suami beli time aku kat KL ni. Yang black ni dah mati mabuk hari tu. T_T. Putih tu je laki jantan. Lain-lainnya semua betina. Nak biar cepat beranak. Tak sabarrrrr.....

 Itu rumput alfalfa. Dorang suka, yelah makanan dorang kan. Yang dua ekor, putih dan grey tu aktif kemain. Alah, rindunya dekat dorang. Tak jadi nak bawak dorang balik kampung minggu depan sebab dorang baru sebulan setengah. Nanti tak pasal-pasal kiok pulak mabuk, jalan jauh plak tu. Biar dulu besar sikit baru bawak balik, maybe time raya nanti. Hehe.

Spesis yang kitorang beli ni memang spesis pedaging, memang untuk dimakan. Jadi walaupun dorang comel tiada halangan untuk kitorang 'makan', takde kesian-kesian sebab baka dorang memang pedaging. Macam kitorang jugak, pedaging. Haha. Kalau nak setakat bela untuk main-main (pets), ada baka lain. Yang mix daging+pets pun dah ada.

Ingat nak letak nama tapi tak jadi bila suami reminds, NAK MAKAN NI, BUKAN PETS.
ALAHAI WONDER PET.



Monday, July 2, 2012

Bunnies

Hujung minggu yang suam-suam kuku. Campur gaul macam salad emosinya. Ada gembira, ada duka, ada senang dan susah seperti biasa. Minggu yang mencabar juga sifatnya.

Alkisahnya nak menternak lemak sambil meraikan besday FIL. Cadangnya di pizza. Makan free memang on. Lebih-lebih lagi birthday boy yang nak belanja jadi on manjang. So, kitorang dari rumah ke rumah FMIL. Tapi tengahari FMIL pergi kenduri jadi kami fikir makan malam best sikit, lagi-lagi ada dingin-dingin aircond.

Akhirnya setuju malam Sabtu. Kebetulan SIL pun ada sebab interview Selasa ni. SIL belanja kek indulgence memang on sangatlah. Hadiah kitorang dah bagi awal dah. Lagi on. Haha. Tiba di masa kejadian, FMIL masih on the way dari Sabak ke rumah jadi macam tak jadi je makan di piza. Kitorang sempat jengah atok nenek yang mana nenek baru sembuh dari demam, minggu lepas nenek jatuh. Alahai...

Bila dah nak balik, nenek pesan nanti nak datang lagi pakai baju lain pulak yang cantik-cantik. (Okay aku dah naik lif pergi ke langit). Atok cakap lain masa pakai tudung lain, baju lain, kain lain tau. Ehehehe. kalau dah baju ni cantik takleh pakai lagi ke lain kali? Hahaha. Okay langsung tak lawak la! Nyampah. Hahaha. Takpe biar aku gelak sendiri.


Sambung cerita lain plak. Sebelum pergi umah atok tadi, kitorang pergi beli bunnies. Tiga ekor. Sebab nak bawak balik kampung minggu depan. Sekor jantan dua betina. Arnab daging sebab kitorang suka daging arnab (makan sekali je terus suka?) Amboi sakanlah melayan masing-masing. Pulak sentap masing-masing layan bunnies lebih dari pasangan masing-masing, kedua-duanya. Ala, sentap-sentap manja. Aku cakap, "ni baru bunnies, kalau anak nanti tak tahulah macamana kecelaruannya, mesti lagi protektif kan?"

Aku tak sure samada dalam kereta nak kena ada aircond ke tak masa bawak bunnies. Kalau tak bukak aircond mesti bunnies panas kan? adoi. Bila dah sampai di rumah, maunya ditimang-timang. aktif betul dorang ni. Tapi menjelang petang, ada sekor jantan warna black tu dah cirit birit. Tuan kedai cakap dia berubah tempat jadi dia mabuk. Dia suruh tukar yang lain tapi (hari ini suami pergi tukar dan bunny tu dah mati semalam. Sebelum aku gerak ke KL pukul 11 malam semalam, dia hidup lagi) T_T

Tapi, suami dah beli lagi 2 ekor. Jadinya ada empat bunnies. Yahooo. Tak sabar nak main dengan bunnies lagi. Tapi takleh bawa ke hulu hilir nanti dorang mabuk lagi...

Sebenarnya kandungan cerita dan gambar tiada kena-mengena langsung (sekali lagi). Cuma disebabkan tak snap hadiah yang bagi FIL, jadi kongsi jelah gambar lain. Ini kad bestday Keksha (ofismet), tarikh bestday dia sama dengan tarikh FIL. Jadi, hehe lebih kurang la tu.

Bunga tu aku lukis tahun 2009. Tengah beku otak best jugak cairkan sikit. Lagipun sekarang langsung takde masa nak melukis. Cuma, gambar awek tengah kiss ni aku tambah 27hb lepas sebab nak pass kat tuannya esok (28hb). Dah backdated sebab Keksha cuti.

Sebab guna krayon, jadinya comot. Alkisah krayon ni dapat hadiah no.1 dalam kelas tingkatan 5. Aku pelik nape cikgu tak bagi buku ke, set alatulis ke apanya. Dah tua umur 17 tahun dapat hadiah krayon untuk tempat pertama dalam kelas? Member siap cakap "cikgu bagi kau krayon sebab kau suka melukis". Ada ke patut?

Krayon dah berkulat dah. Umur aku sekarang 27, kiranya 10 tahun dah krayon ni bersama dengan aku. Aku sayang dia. Hahaha. Dia berbakti time akak aku nak hantar surat cinta pada pakwe(s). Akulah tukang melukis muka 'akak' aku. Perghhh tak menahan kalau korek cerita lama...

Nanti-nantilah aku tepek gambar bunnies.