Ikut Belakang

Monday, August 27, 2012

Gambaraya 2012

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya yang ke 9. Sekejapan je dah 9 Syawal kan. Rindu bulan puasa... Kepada yang berpuasa sunat 6hari Syawal, selamat berpuasa. Yang mengganti puasa pun, selamat berpuasa. Aku kurang sihat, batuk-batuk dan selsema, lemah-lemah badan penangan beraya tahun ni. Cuaca di kampung panas, berbuka je meneguk ais. Time raya pun ais manjang. Balik je KL, dah demam. Nasib baik masih dalam cuti lagi. Bila dah cuti lama, nak start kerja semula memang payah betul. Liatnya macam daging mentah. Hihi. Hari ni pun tak ada orang masuk kerja lagi, sambung terus cuti merdeka.

Amboi sukanya. Seperti biasa, kami tiada gambar beraya 1 famili sebab masing-masing macam liat sungguh nak berkumpul, pemalu semuanya. Jadi, yang disnap hanya merata-rata dan dimana-mana sahaja asal boleh.
Tudung biru/kelabu tu mak aku, dia tengah kunyah daging goreng dengan jayanya. Dia jarang senyum sebab 'pagar depan' dah roboh semua dah. Sian mak, gigi palsu tak nak pakai.

Baju purple ni sepupu yang mengekor je kami ke mana saja. Yang baju hijau pun sepupu jugak. Banyak benor sepupu sepapat nih.



Hey, tak ready lagi la..... Haha. Tengok muka ketat tu. Yang tu naper? Dah fotograper suruh 'duduk situ nak ambik gambar', jadi suamiku ni raja lawak sikit, dia 'duduk' betul.

Kata baju kaler merah membara? Tak jadi sebab baju raya tu kak tailor salah jahit. Bukan salah apa, bila dipakai, mak aih punggungku nampak sangat montok, tak sesuai. Kain terketat sebab kakak tu jahit kainnya susun kipas di belakang... lain dimintak, lain dibuat... adoiii. (mintak dia buatkan kain lipat depan je, macam kita pakai kain batik kat umah tu)

Sekian untuk kali ini,  jumpa lagi di gambar akan datang... hihi.
Selamat Hari Raya.

Takziah untuk bos aku, Rumah bos kena pecah masuk

Tuesday, August 14, 2012

Selamat Hari Raya 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin,
sekiranya ada salah dan silap,
terkasar bahasa, terguris perasaan, tersumbang perlakuan,
dipinta daripada semua kawan-kawan dan kawan-kawan dan sahabat-sahabat,
minta maaf lah sebab tercuti awal dan kalau sempat saya akan pergi beraya di "rumah" kamu semua,
kalau tak sempat, minta maaf sekali lagi.

Hati-hati memandu~~

cilok dr google. Haha

Monday, August 13, 2012

Misi

Misi berjaya setakat ni, 50% jerrrr. Misi paling ditakuti - baju raya sendiri, tadi call tailor tanya dah siap ke belum dia kata malam ni dia check. Huhu.

Misi membeli kuih raya, selesai. Tak ganas langsung kuih raya beli je. Itu pun membajet habis time beli, kedekut giler rasanya. Harap-harap rakyat jelata tak makan kuih raya banyak tahun ni, biarlah dorang makan nasi impit ke, soto ke, laksa ke.

Misi baju raya famili dah selesai. Terfikir-fikir pulak nak basuh ke tak, ke nak tunggu kat kampung nanti baru basuh. Baik giler tolong basuhkan sekali. Haha.

Misi seterusnya tukar duit raya, baru nak tukar? Aish biasalah hamba ni kan last minute semuanya. Tetiba duit RM1 dah habis. Kwang-kwang-kwang. Nak kena tukar plan B, mintak suami tukar kat sinun

Misi membeli bahan mentah di Kuala Lipis nanti, nak kena buat checklist. Huih, memang mencabar.

Misi cuti pada 15hb berjaya. Yahooo.

Bos : Awak balik mana tahun ni?
Aku : Lipis, dato'.
Bos : Ala, Lipis tu kejap je tak sampai 4 jam. I yelah, balik Kedah tapi Sabtu baru I gerak.
Aku : Eh, jauh dato', lagipun orang nak balik ke Kelantan semua lalu jalan saya, mesti jem tu.
(perghhh, takleh nak wat pape dah, borang cuti dah lulus. Kalo cancel nanti buruk siku. Sape suruh dato' tak balik awal? Wakakakakak)

 Esok last! Byeeeeee.
Sebenarnya aku dah pindah ke sayap kiri sinun.
(rasanya tak salah post gambar ni sebab kalo nengok dalam FB, lagilah open dan complete serta details maklumat badan kehakiman. Mari kita depangkan tangan dan mengamalkan sistem buka pintu, aloha)

Selamat memandu dengan cermat dan patuhi had laju baru balik raya yang dikeluarkan sempena aidilfitri ini.
Apakah ayat yang berbelit tu? Faham-faham sajalah~
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin daripada Ell Emo dan keluarga.

Friday, August 10, 2012

Rojak!

Tak sempat nak buat entri. Seminggu ni kerja banyak pulak. Asyik keluar masuk bilik bos. Yay! Tapi saya sudah shopping raya, semalam balik dari kerja. Dan-dan tu jugak khennn... Tapi belikan baju untuk heroes semua (suami, abah, sulong dan adik). Yang ge-girls semua dah siap dah, awal sikit beli sebab kain ela, dorang nak tempah jahit lagi. Balik kerja pun masih sesak orang kat Jalan TAR.

Nak mencari baju melayu Johor (teluk belanga) punyalah susah nak dapat. Yang ada cuma cekak musang je. Amboi lama la pulak duk survey. Last-last ada kat Kamdar pattern teluk belanga tu. Kat booth lain ada tapi takde color yang diingini. Yang adik lelaki nak sama color ngn awek dia, purple. Baju abah pulak nak sama dengan tudung mak (mak yang suggest color) dan sulong (abang) sama dengan wife dia. Yang encik suamiku, dia taknak baju melayu sebab ada yang lama-lama (sekali pakai) setiap tahun. Jadi, takpelah, beli baju untuk jenjalan raya jelah. Untuk heroes yang lain, baju jenjalan kamu semua, cari sendiri ye, takut kang tak berkenan pulak kalau saya yang memilihnya.

Untuk diri sendiri? Aduh, tak tahulah siap ke belum yang ditempah. Haha. Tudung dah ada, bos bagi hadiah (semua orang dapat - nak mention jugak, tak kira), kasut tak payah belilah, pakai je mana ada. Handbag? Lagilah tak payah. Kalau bawak handbag, ada yang tercicir kat rumah orang kang. Tahun ni beraya dengan suami, harapnya jangan tercicir suami. Haha. Sebab aku ni jenis lupa kalau dah berjumpa geng yang posing-posing tagging-tagging masa raya nanti. Tak, gurau je.

Duit raya belum tukar lagi. Kuih raya? Tak buat dan tak beli lagi. Adoi penyakit beli last minit camnilah. Cuti raya? Paling best, start 15hb lagi. Sampai 24hb. Best tak? Raya kat mana? Mestilah kat kampung ai. Tapi kena balik awal ke Kuala Selangor sebab nak fair and lovely, oklah, bagi can beraya kat sinun jugak.

Tahun lepas, raya kedua.
OK tak beg raya ai? Tak kisah la beg apa, main taram je. Naik motor dengan memakai jubah? Gasak je. Haha. Beg raya ai tahun ni kaler pink, beli kat kedai RM2. Nak bubuh telekong, henset, beg duit, sampul angpow, kamera, kuih raya yang sedap-sedap kat umah orang dan lain-lain yang difikirkan perlu. Sesungguhnya ai seorang yang selekeh je. Pergi kerja bawak beg despatch yang sling tu. Oh man! Tak retilah nak bawak handbag yang feminin tu, takut sebenarnya, takut orang pikir banyak duit dalam tu and kena ragut ke ape ke, ishhhh ada ke pulak pikir camtu? Oh, oh ada lagi. Tahun ni ai nak pakai baju kaler merah - membara semangat waja... Jeng jeng jeng, jangan eksaited, tetiba baju kau tak siap pun. Barulah merah membara hati, perasaan, muka dan mata. Merah mata sebab nangis. Haha. OK, kata banyak baju melayu suami, kalau ai pakai baju melayu di hari raya, OK tak?

eh, eh. Jap. Maafkan saya ye, sebab tak sempat nak buat lawatan ke blog kawan-kawan. Kalo saya buat ucapan raya awal, OK tak? Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin jika ada salah dan silap terasa dan sebagainya sepanjang kita-kita kenal dalam belog ni. Oh, untuk pertama kalinya, jemputlah berkenalan di FB - group Kite-Kite Aje. Search saya Ell Suhaiella atau facebook.com/nekimura.

Tuesday, August 7, 2012

Selepas Iftar

Di rumah atok untuk sesi berbuka bersama kaum keluarga, selepas berbuka. Kak ell sibuk membasuh pinggan di dapur. Sementara Farah Atikah, 5 (sepupu suami) bersiap-siap nak mandi. Maka, sambil dia mandi sibuk pula menemuramah Kak Ell. Tanya itu ini. Ibu Kak Ell nama apa? Ayah Kak Ell nama apa? Baju Kak Ell cantik, beli kat mane. Kak Ell pun tanya dia soalan yang sama. Sangat petah dan bertih sungguh pot-pet-pot-pet macam peluru. Sementelah bilik mandi bersebelahan dengan sinki dapur.

Farah Atikah :  Kak Ell, Kak Ell tidur dengan Abang Ab (suami) kan?
Kak Ell         :  Errr... errrr........a'ah, kenapa? (dalam keadaan cemas dan menggelabah giler)
Farah Atikah :  Dah agak dah......

Apakah yang dia agak aku takleh nak agak dah. Takleh pikir pun masa tu. Pada masa sesi temuramah berlangsung, MIL masuk ke dapur dan mendengar perbualan kami. Lalu dia ketawa berdekah-dekah. Aku taktau nak sorok muka ni kat mana. Farah Atikah? Mestilah dia tak faham apa-apa, tak tahu macamana nak malu pun. Kalaulah ibu dia ada bersama, maunya pengetip singgah di peha kecik dia tu, atau jeritan amaran yang menggegar seisi rumah. Haha.

Hai adik comel. Sangat peramah. Suka ketawa.

Monday, August 6, 2012

Onde-Onde Angle Hair

Aktiviti hujung minggu lepas? Hehe, buat kuih. Amboi, kemain ye. Sejak bila rajin buat kuih? Sejak bulan pose ni, nak up sikit kan, nanti dapat nama, kerlass gitu. Nanti orang cakap rajinnya menantu dia, buat kuih bagai. Tapi, tak sedap pun. Eh, itu belakang kira. Yang penting presentation da pistot yariba!

Takdelah, saje je buat. Test market, dalam proses belajar. Yang senang-senang dulu, kuih susah-susah buat kemudian. Lagipun macam senang je kuihnya. Tapi sempat gak tepon mak confirmkan tepungnya. Kang aku bantai tepung beras maunya kejung kuih aku.

Sebenarnya kuih ni nak bawak ke rumah pakcik kat Klang, ada majlis buka pose ramai-ramai dengan sanak saudara. So, takkan nak pergi bogel-bogel (eh,) errr maksudnya pergi gonjeng je tak bawak pape. Hihi. Sampai-sampai je budak-budak kenit cakap. eh cantiknya kaler biru. Haaa, kak ell yang buat, rajin menantu Makteh. Ehem. Dapat saham seposen, tak mandi dua hari.


Memula siapkan tepungnya. Wanginya sebab aku blender daun pandan dan tapis amik airnya, pastu campor dengan pewarna epal hijau. Muhahaha.

 Gentel bulat-bulat camni. Nak lonjong pun boleh.

Eh? Kau ada warna biru. Haha. Suami la mintak kaler biru. Hai, dah nak PRU ni kan, macam-macam kaler. Eh? Haha. Yang ni jangan campor dengan nila pulak, hanya pewarna semata-mata ye.

 Ala stress betul, kelapa pun tunjuk jugak. Gaul ngan garam skit je dik...

 Ni sorang lagi, siapa nak lak tetiba upload gambar gula melaka ni?

  Buah melaka @ onde-onde
Cantik tak? Lenkali kena letak banyak sikit gula melakanya, baru manis macam gula rasa dia...yahooo.

 Buah melaka @ onde-onde
Ni kaler hijau, standard la kan. Kalo warna merah, berani tak? Muhahaha.
 
 Eh, ter-upload pulak lauk berbuka hari Ahad. Alang-alang dah ada gambarnya, mari kita letak caption : angle hair carbonara cendawan with cheese. Haaa... tu dia. Beli shitake tu hiris nipis-nipis. Jangan taktau carbonara biasanya warna putih kan? Beli je prego dalam tin, yang chef Riz duk promote dalam TV tu (sebab dalam balang kaca tu takde cop halal), aku tambah setin prego "cendawan", tu sebab jadi merah.

Nampak tak kasi tunjuk dekat-dekat shitake hiris bersama daging kisar cap Ramly.
Keji ke kejam gambar makanan tetiba x-large.

Saturday, August 4, 2012

Zaman Air Batu 4

Yahooo. Best Ice Age 4 ni. Kononnya dalam cite ni, bermulalah pembentukan benua-benua dalam sejarah peta dunia, seperti yang ada dan wujud pada masa sekarang. Scrat punya pasal la tak habis-habis duk mengejar buah oak nut atau acorn dia tu. macam-macam jadi. Lepas tu, habislah berubah bentuk muka buminya. Manny, Diego, Sid terpisah daripada Ellie dan Peaches.

Manny pulak berjanji nak jumpa Ellie dan anaknya Peaches kat tebing nanti. Bersama dorang, nenek Sid yang nyanyuk dan sempoi habis. Dalam perjalanan dengan menaiki bongkah ais tu, macam-macam yang dilalui, antaranya bertemu dengan lanun monyet nama Gutt dan kru beliau. Ada pulak Shira, si saber-toothed tiger yang brutal, Diego suka la puleks.

Kepada yang layan animasi, memang syorlah pergi tengok. Efek-efeknya macam real. Dengan jalan cerita yang kelakar habis, mengekek je kami berdua (takde orang dalam cinema tu, selain satu row family Cina) haha. Untuk kanak-kanak, mesti dorang teruja dan kagum (macam aku gak). Adoi, sakit perut sampai lembik perut. Dah la pose, lagi 45 minit nak buka, kami balik rumah dengan hati yang gumbira. Lalalalala....



Friday, August 3, 2012

Hujung Minggu Yang Terisi V


Minggu lepas, hari Ahad. Kami berdua pergi jalan-jalan di waktu pagi. Lepas buka puasa hari Sabtu dengan nasi kerabu, aku balik ke rumah FMIL dan tido kat sana. Sebab dah janji dengan suami nak tolong dia buat bumbung untuk rumah bunnies kami. Tolong hulur dan susun zink kat atas alang, tolong hulur skru, pegang tangga, dan segala kerja yang di-sub-kan. Pukul 10malam lebih start bertukang. Sampai la ke pukul 3 pagi. Lepas tu, terus masak nasi, perap ayam nak goreng, goreng sayur. Pukul 4.30 la time tu, suami terus mengulit bunnies, sayang benar dengan bunniesnya. Ayam belum goreng lagi sebab nak makan yang panas-panas sahur nanti. Pas sahur aku terlelap 15minit sebelum solat Subuh. 

Pas subuh barulah kami gerak ke rumah di Kuala Selangor. Dalam perjalanan, singgah di Taman Alam dan Taman Ikan Air Tawar. Area Bukit Melawati. Kami dah naik Bukit Melawati, yang banyak cuma kera dan lotong je. Macam-macam jenis. Benda lain takde.

Lebih kurang kol 9 pagi, kami dah terpacak depan pintu masuk Taman Ikan Air Tawar. Jaga pun belum sampai. Ikutkan kena amik pass, tak kena bayar kot. Sikit je ikannya. Takde yang menarik hati tiada memikat. Jalan-jalan tengok burung. Nyamuk la banyak sebab ke dalam hutan sikit.

Tu je pun. Nak masuk Taman Alam, tengah ada construction pulak gayanya. Pastu terfikir, mungkin yang banyak hanyalah nyamuk kot. Tak dihirau bulan pose, tetap nak nyedut jugak. Pastu tu terus balik rumah, tido. Nyenyak betul tido… kroh-kroh. Kalau kena baling mercun pun tak sedar nih. Bukak pose ngan spageti lagi. Haha.

Dan malam Ahad tu jugak kena balik KL semula, esok kerja. Adoi. Pukul 2.00 pagi sampai di rumah. Wuuuuuuu 

Tataplah gambar kat bawah, nescaya tidak batal posenyamu...





 burung Kuang


 spesis Merak

Rio kaler kuning
 
Yang boleh dikira okay pun hanya kolam teratai ni ha, memang cantik. Bawahnya pokok kiambang dah macam hamparan permaidani. Teringat lagu Permaidani, Aris Ariwatan syahdu je kalau dengar di bulan pose ni kan.

Besar bapak
 









Thursday, August 2, 2012

Nasi Kebiru

Nak menunjuk sikit rupa bentuk nasi kekamisrabu. Punyalah nekad nak buat sebab malu sey orang cakap aku tak reti buat nasi kerabu. Asal balik kampung, suami punyalah hari-hari ke kedai kopi beli nasi kerabu. Daging bakar 2 ketul dia sorang.

Tapi, disebabkan masa membontoti kami, maka dalam masa 3 jam bergegas-gegas masak nasi kerabu. Suami tolong racik ulam. Paling fail, nasinya yang amatlah biru sebab terbubuh pewarna dengan banyaknya. Haha. Daging pun tak beli. Sempat beli ayam, tu pun buat ayam goreng je. Tak sempat nak bakar. Paling hardcore nak sediakan sambal tumis (yang ala-ala kuah percik) dan sambal ikan (ikan + kelapa).

Rasanya? Haruslah sedap. Walaupun di tekak kita rasa so-so, tapi kalau suami kata sedap, sedaplah tu. Haruslah kembang semangkuk. Haruslah benar katanya. Haha. Tapi biasalah, bulan puasa takleh nak rasa-rasa. Memang tak complete masinnya.

 Siap-siap letak kat taparware, nak bawak makan buka pose kat rumah atok.




Rupa bentuk asalnya bukan kaler nih. Lagi merah... tapi disebabkan taknak sakit perut maka cili keringnya ala-ala je.. nasiblah~





Hihi, tercerah pulak flash. Pastu dah down la nak amek gambar lagi, sebab semua dah busyyyyy capai itu-ini, takkan tangan kita je asyik capai kamera? hoho. Lauk ayam goreng, rasanya takyah la bubuh gambar ayam goreng. Sama je. Haha (padahal tak amik pun gambar ayam goreng).

Okeh. Nak kena asah lagi bakat memasak...


Wednesday, August 1, 2012

Malware Detect Tu Macamana Nak Buat?

Ini ke makhluknya?

Kata-Kata Pelik 2

Aku tak habis lagi menge-check keywords hari-hari hari ni. Almaklumlah, sebab kelakar kadang-kadang. Macam-macam pulak yang ditaipnya. Nampak sangat entri dalam blog ni tak bagus kan? Bahahahhahahahahhhha.
 
Search Keywords
EntryPageviews
itik menyudu air
2

awek tendang bontot laki
1

bilik+gelap
1

gambar pembedahan hati
1

kesan pemanasan global
1

mari ayase
1

pantun selamat berbuka puase kawan kawan
1

pemanasan+global
1

senarai+selebriti+lahir+pada+25+februari
1

ucapan selamat berpuasa hari ini
1








Sekian. Selamat berbuka puasa...cin-cau. Eh, cau.