Ikut Belakang

Tuesday, July 9, 2013

Counting

Selamat Berpuasa semua kawan-kawan. Malam ni dah start terawih dan sahur. Konfem kat pasaraya kemain ramai dan sesak penuh orang (lepas terawih) sebab semua pakat sibuk nak beli barang untuk masak sahur.

Bulan puasa tahun ni, bulan kedua kami berdua tapi masing-masing macam orang bujang, sama macam tahun lepas. Sorang kat sinun, sorang kat sini. Hujung minggu baru sempat makan sahur dan berbuka sama-sama. Tahun ni paling bahagia, lagi 3 hari aku kerja dan belen-belen counting days sebelum bersalin, boleh masak sahur dan berbuka berdua pula. Walaupun tak dapat nak masak tapi at least ada di rumah. Terbalik pulak pasni, suami yang masak untuk isteri, masak pulak lauk berpantang. Ngeh3. Alhamdulillah. Doakan kami terus dapat bersama sebumbung hingga selama-lamanya.

Pasal thalassemia trait tu, Insya Allah takde pape kot, sebab Dr. hanya buat reason untuk cuti bersalin je. Kalau betul ada, mesti Dr. akan buat ujian, screening bagai dan apa-apa lagi prosedur yang Dr. lebih tahu.

Counting untuk puasa dan bersalin, doakan saya ye...

Owh, nak tengok citer ni sebelum bercuti;

Despicable Me 2
Eh. Poster ni macam untuk suami-to-be je

Monday, July 8, 2013

Semoga Dikau Tenang Disana

 Hari Sabtu (6/7/13) merupakan hari yang amat menyedihkan bagi kami semua. Atok dijemput Ilahi tanpa sempat kami nak mohon maaf dan keampunan. Atok 'pergi' dengan penuh kesakitan. Atok dilanggar lari semasa balik dari 'ngeteh' dari kedai kopi kegemaran di Batu 12 Tg. Karang. Basikal tua atok dilanggar daripada belakang hinggakan terlipat "U". 

Sungguh zalim orang yang melanggar tubuh tua atok walaupun atok sudah mengayuh kat atas rumput je (kat tempat kejadian ada kesan brek atas line putih terperosok ke atas rumput). Zalim benar hinggakan sanggup lari meninggalkan tubuh atok yang kesakitan berdarah; kepala atok berdarah kerana pecah, kemungkinan leher atok patah sebab masa aku tengok mayat di hospital, leher bengkak dan halkum atok senget daripada kedudukan. Mata atok lebam. Banyak lagi luka di kepala. Petang Sabtu di bilik forensik, darah masih panas menitis daripada kepala atok sedangkan jantung atok sudah terhenti. Bantuan daripada doktor dan pegawai perubatan tidak henti-henti. Sedangkan atok selepas kemalangan terus koma hingga dibawa ke Hospital Sungai Buloh.

Berganti-ganti doktor memberikan bantuan di dada kurus atok supaya kami semua dapat melihat atok lagi. Tapi Allah sayangkan atok, menguji hati kami untuk melihat sahaja jasad kaku atok tanpa roh dan nyawa. Masya Allah.

Hati aku amat terhiris saat melihat wajah atok dalam bilik mayat. Hidung atok tersodok, kepala atok terkoyak dan pecah, kenapa atok pergi dalam keadaan begini? Seksanya atok. Dua minggu lepas, terakhir jumpa atok, atok pesan jangan lupa datang lagi, atok tunggu. Atok, sekarang saya yang tunggu atok. Tiap minggu kalau pergi rumah atok, atok dah takde. Takde lagi senyuman tua atok, senyuman yang dirindui, senyuman tanpa gigi atok yang tetap menawan hati. Puasa tanpa atok. Raya tanpa atok. Mana nak cari atok lagi?

Walaupun kita hanya berjumpa sementara, hanya sempat kenal 2 tahun sahaja, tapi aku dah anggap macam atok sendiri sebab atok aku dah pergi terlebih dahulu, tanpa sempat nak bermanja lama. Dengan kehadiran atok, atoklah penggantinya. Sekarang aku dah tak ada atok lagi. Setiap kali jumpa atok, ku cium pipi kedutnya, dahi tuanya, atok hanya sengih-sengih. Sekarang atok dah takde.

Atok yang selalu menanyakan cucu menantunya ini, setiap kali. Bila aku dan suami datang rumah atok; atok melingas mencari kami. Kalau suami yang masuk rumah dulu jumpa atok, mesti atok akan tanya tak bawak ella? Mana ella?

Atok, tenanglah di sana. Ya Allah, tempatkanlah atok dikalangan orang-orang yang beriman. Ampunkanlah dosa-dosanya. Kami akan sentiasa doakan atok.


  

Friday, July 5, 2013

Persiapan

Ada seminggu lagi sebelum cuti-cuti lama. Ramai bagi tips suruh banyakkan berjalan. Harap-harap tips banyak berjalan senang melahirkan tu menjadi kenyataan. Kadang-kadang boleh berjalan laju sikit, kadang-kadang slow and steady.

Persiapan bersalin; Insya Allah semuanya dah siap. Anggaplah siap sepenuhnya, pengalaman pertama nak bersalin ni, masih confuse yang mana perlu dipersiapkan lagi. Kalau fikir nak siap, memang tak siap-siap nak fikir apa yang tak siap (?) Paling penting, siap emosi.

Persiapan bercuti lama; bos pulak dah pesan awal-awal, nak call masa berpantang. Arghhh. No, no, no. Nak sekat call bos awal-awal. Dah ada orang ganti, rely jelah kat pengganti kan. Bagilah kite rehat secukupnya. Buat apa ada pengganti kalau kita jugak yang diterjahnya. Elaun ganti dibayar kot, haha. Godek jelah komputer tu, mesti dalam tu semuanya.

Persiapan puasa; Kalau tak deliver hari puasa, nak try puasa 1/2 hari. Kalau tak larat esok sambung 1/2 hari lagi. Pastu campur complete sehari. Boleh? Macam sekolah rendah dulu-dulu kan, aku pulak pergi percaya kat budak-budak yang cakap camtu.

Persiapan raya;
(a) Cuti raya memang lamaaa... Tapi kena bertahan la, orang makan sedap-sedap. Tapi kalau fikir-fikir, juadah raya apa yang aku duk ketagih sangat sampai tak tahan tu? Rasanya takde kot. Kalau raya, juadah mak buat nasi impit je. Ermmm, macam kurang menggoda (positif). Kecuali tat nenas. Itu memang tak boleh tahannn. Sekarang ni masih takut nak makan "nenas". Jadi, sebelum bersalin, nak makan tat nenas banyak-banyak.

(b) Kesian suami dan anak. Takde baju raya untuk dorang berdua. Suami boleh pakai baju Melayu masa kahwin + sanding tahun yang errr, dah lama dulu kot. Eh.Kite pun takde baju raya tahun ni. Kain batik dan T-Shirt jela kot, dengan stokin belang-belang. Tapi ofkos la ada orang datang beraya + tengok baby~pakai jelah yang mana muat.

(c) Tak tahulah sempat shopping raya untuk mak/abah/adik-adik ke tak tahun ni. Maaf ye korang, kalau tak sempat tu, qada jelah tahun depan. T_T

Persiapan penting; suami pun harus membesarkan perut [supaya sama-sama maju ke depan]

Tuesday, July 2, 2013

Cuti Awal Kerana...

Apa itu thalassemia trait?
Anemia jugak kan adik beradiknya~
Mild. Minor.
Bahaya ke.
Dan
Dapat early leave sebab itu.
Seminggu je pun dari EDD.
Nanti lepas bersalin, kalau tak cukup darah, dorang akan masukkan darah orang lain ke?


....



Friday, June 7, 2013

Hormones


Duhhh. Tak pasal-pasal emo sejak dua menjak disebabkan sedikit keletihan. Macam biasa berjalan balik rumah, lalu kat laluan pejalan kaki. Macam biasa jugak ada budak-budak jual nasi kerabu/nasi kukus/nasi lemak/nasi minyak dan nasi lain-lain kat kaki lima pejalan kaki berbumbung tu.

(i)
Macam biasa jugak, ramainya manusia pada peak hour kat lorong tu, yang balik kerja, balik kelas, keluar makan, pegi stesen bas, stesen LRT, tunggu teksi. Campur-campur orang Malaysia, Indonesia, ahhh ramai lagi foreigner lain yang time tu aku nak je terbang, kalau boleh.

Sebab tolonglah bagi laluan kat ehem aku yang berbadan besar ni. Eh marah sangat aku kat gerai budak ni, menjadikan lorong tu semakin sempit dengan pelanggan yang que, dengan orang yang tengah nak ke hulu hilir ke sana sini lagi, yang sesaja gatal kaki dan mulut berborak kat tengah jalan lagi, yang jalan lenggang kangkung macamlah masuk Pavi. Hoih. Sekali dunggg!

Aku terhantuk kat besi iklan tepi lorong pejalan kaki oleh kerana situ je space yang aku boleh lalu tanpa lihat apekebendamakneneknya ada kat depan. Mata duk melilau nengok orang a.k.a menepis orang supaya aku tak tersengaja tersiku etc, tapi tak perasan pulak besi iklan tu paras-paras mata (eye level). Nasib baik la pulak bucu tak tersepuk dalam mata, cuma terhentam kat kepala.

Spontan dan sakit hati plus sakit terhantuk tu dah hilang, aku cakap "adoiii". Tuje. Lega sebab berjaya marah semua orang kat situ secara halus (kalau dorang fahamla~) hanya dengan satu ayat. Ada dorang kesah mak buyung terhantuk?

(ii)
Dah banyak kali jugak lepas turun LRT, aku skip first trip of elevator. Mak aihhh ramainya manusia kurus kering naik dan turun lif. Then aku yang memboyot ni pandang terkelip-kelip putih mata, biarkan mereka-mereka yang kurus-murus tu loading masuk lif dan berjaya turun akhirnya. Tinggallah aku terkulat-kulat tunggu trip kedua, yay exclusive untuk aku sorang-sorang~Ada dorang kesah mak buyung tak muat masuk lif?

(iii)
Then, malas ahhhh nak cakap pasal priority seat untuk golongan kami (boleh rujuk gambar-gambar yang ditampal kat cermin coach). Ada dorang kesah mak buyung tak dapat duduk? Nay. Kau akan sakit hati sendiri. Lebih baik sakit kaki berdiri daripada sakit hati tengok hipokritnya mereka yang duduk dengan purak-purak tak nampak perut I yang tersondol di muka dorang. Mostly, dorang yang ignore golongan kami ni ialah perempuan.

"Boleh saya nak mintak duduk?" Tak ke malu aku kalau dorang berkeras tak nak bangun? Thanks a lot kepada mereka yang offer seat kat aku. Yang offer tu pun mostly perempuan. Yang pria-pria gagah tu erm, dorang belum jadi ayah lagi so tak tahu pasal oedema or leg cramping etc, so buat donno je, tak malu pulak dengan awek yang bangun offer seat tadi.

Yah, pastu kau berjaya dapat seat. Cuba tengok mereka-mereka tadi, terus angkat kepala, no more slide or belek-belek smartphone atau pejam mata tidur, terus mata dorang melilau cari aku. Nak tahu kat mana aku duduk. Btw, korang akan lalui jugak pengalaman ini. Honestly, aku orang aktif semasa aku tak pregnant dulu, tak duduk pun walaupun tempuh 7 stesen. Orang lain lebih memerlukan. Tapi sekarang aku lebih memerlukan untuk beberapa minggu akan datang ini sahaja. Erm, mungkin aku kurang bernasib baik untuk dapat priority itu.


No offense, blame the hormones. Flushhh. Dah lama tak emo. Ahhh lega.

Macam tupai terbang tu kan.

Thursday, June 6, 2013

No Pain No Gain

32weeks, 8 bulan dah minggu ni. Lagi 4 minggu atau 6 minggu? Sungguh mencabar. Paling mencabar sekali tulang punggung sakit, hanya sebelah kiri. Bila berjalan, rasa ngilu-ngilu dan terpaksa stop kejap. Rasa bestnya dapat urut-urut atau uli-uli kat bahagian tu dengan minyak angin kan. Tapi tak boleh... usap-usap je dengan minyak zaitun.

Selera makan bertambah-tambah-tambah. Naik 2.5kgs dalam masa 2 minggu. Hb pulak turun, turun asyik turun. Erm, mungkin banyak minum teh tarik? Hoi sedap betul pagi-pagi minum teh tarik, setiap hari bekerja pulak tu. Hari minggu takde pulak rasa nak. Saje je. Apa kena mengena ngn teh dan Hb? Ikut pemahaman la, teh menghalang penyerapan zat besi, yakni daripada vitamin 4 serangkai yang diberi oleh KK tu kan. Tapi aku minum pun lepas 2 jam telan ubat. Selalunya telan ubat pukul 6pagi. So, pukul 8pagi atau 8 lebih-lebih sikit tu baru breakfast. Kehkehkeh, lepas makan ubat sebenarnya dah kenyang makan buah.

Bab sakit tulang punggung tu rilek lagi. Bab angin-angin kat bahagian bawah dada (ulu hati (?)) ni pulak tak reti nak buat macamana. Dulu pun ada angin-angin setakat sepoi-sepoi biasa je, tapi sekarang amboi kemain dia. Erm, agaknya teh jugak penyebabnya kan? Teh lagi... Yelah, teh kan sejuk. Banyak nau 'beragak'. Atau makan buah-buahan yang telah disejukkan daripada frizer? Pagi-pagi, petang-petang asal ada kat rumah je korek buah dalam frizer. Benda alah tu kan sejukkk. Aih. Mungkin la kot kan?

Persiapan ada la sikit-sikit lagi yang tak beli. Kebanyakan barang-barang sendiri, macam jamu, bengkung, losyen Mustajab dan apa lagi daaa. Barang anak syukur dah complete setakat ni. Kalau ikut nafsu memang takkan complete. Dan boleh packing barang dalam beg untuk ke hospital.

Oh, teringin nak pergi kelas antenatal. Tapi nak kena check kat mana yang ada service ni. Kelas penyusuan pun kena pergi. Kelas apa lagi yang patut pergi? Eh, perineal massage (PM) tu macam kena buat je, ada kelas gak ke PM ni? Ayok, masa kursus kahwin 3 tahun lepas pun menangis tengok video orang bersalin, ini kan pula nak laluinya sendiri. Tapi, insya allah, yes, Allah is always by my side.

 So long Stokin aka Lembek. Tak panjang umur. Disebalik ke-lembekannya, rupanya ia satu penyakit...

Monday, May 20, 2013

Bukan Salah Ibu Mengandung

Bangun tido hari ni tetiba sakit leher pulak.
Salah leher @ salah urat @ salah bantal?
Leher siapa, urat siapa, bantal siapa pulak yang aku guna untuk tido semalam?
Rasanya tak salah ambil 'barang' siapa-siapa pun. Semuanya hak sendiri. Haha.
Pagi-pagi dah bau minyak angin, selain bau minyak zaitun, errr minyak zaitun ada bau ke.



 Disebabkan hb low.
#Doktor kata tak bagus ambil banyak kerang.
Lagi bagus kalau makan banyak bayam-boleh jadi kuat macam Popeye.
 
Tapi pernah terbaca, kalau hb low di awalnya, dah masuk T3 nanti insya allah semuanya akan OK. Dan yang bagusnya, memang hb dah naik. Yeay.
Baby juga sihat, 28w = 1.6kg. Doktor menjerit sebab errr dia cakap baby tembam~

Friday, May 10, 2013

Selamat Hari Ibu-Ibu

Hari ni hari ibu. Selamat Menyambut Hari Ibu untuk semua Ibu-Ibu yang dikasihi di seluruh dunia. Selamat Hari Ibu juga untuk saya tahun ni dapat sambut Hari Ibu. Nak makan kek banyak-banyak, boleh? Makan selagi boleh sebab nanti masa berpantang terkebil-kebil nengok je. Haha.

 idung yang sentiasa kembang lagi mengembangkan

 dengan tak malunya beratur nak amek cotton candy free

Selamat Hari Ibu untuk ibuku tersayang. Segala pengorbanan yang telah diberikan selama ini cukup-cukup dihargai dan sampai bila-bila pun jasa itu tidak akan dilupakan.
Peluk2 dan cium2 mak saya dari kejauhan.

Friday, May 3, 2013

Bukan Rezeki

Baru je snap gambar pisang nangka yang ditanam 6-7 bulan lepas. Konon-konon nak wat entri kebun plak. Tapi minggu lepas terkejut bila suami cakap pisang nangka kesayangan dia yang dihadiahkan oleh ibu mertuanya (ibuku jua), hilang dikebas orang.

Pandai orang tu, potong tandan, pagi-pagi tengok getah masih meleleh. Pokoknya masih gagah. Kalau pisang nangka tu berbuah lagi lepas ni, jadilah pisangku ini berbuah dua kali. Sayangnya, tak sempat nak merasa. Lama tunggu pisang tu besar, seminggu sekali tabur baja poo-poo arnab tapi rupanya ada orang dah berkenan...

 Tapi yang musykilnya dalam banyak-banyak pisang di kawasan kejiranan ini, yang ditanam oleh orang lain di depan sana nun, pisangku jua yang jadi mangsa.

 Harap-harap betik ni dapat masak ranum. Takkanlah ada orang nak ambik ye dak?
Dah berbakul-bakul poo-poo arnab suamiku letak demi kesuburan yang abadi. 


Ini pulak lain ceritanya. Kena suap ubat cirit birit sebab poo-poo cair. Kuat sangat minum air maklumlah cuaca panas sekarang kan. Kalau poo-poo cair takleh dibuat baja.



Thursday, May 2, 2013

More Bunnies~



Kami dapat anak bunnies lagi. Takdelah baru sangat pun, bulan 3 hari tu. Sekarang pun dah besar dan dah ada anak bunnies yang lagiiiiii baru.

 Time ni tukar bakul kepada yang lebih tinggi supaya dorang tak merayap keluar. Tapi dah namanya pun arnab... Walaupun dengan mata tertutup gitu boleh aje dorang ni keluar. Orang takut dia tersepit celah sangkar kang nanya je.


Dah besar kan. Teruja betul bila dapat baka New Zealand White (NZW) (kaler putih snowy mata merah) sebab dah lama kami tunggu asyik-asyik kaler lain walaupun bapak dorang sebenarnya NZW yang gagah. Wakakak. Note : Californian White pun kaler putih tapi mata dorang hitam. Macam gambar kat bawah ni,


 

Setiap kelahiran bunnies, dorang ada surat beranak sendiri. Kami memang jaga baka. Sebab nak sembelih dan makan daging, mestilah jaga, insya allah.

Ada lagi ibu bunny yang baru beranak 2minggu lepas, boleh stop pemberanakan buat sementara ni sebab dah banyak sangat dah pulak.

 

Tuesday, March 19, 2013

Alkisahnya

Assalamualaikum. Sejahtera ke atas semua yang masih lagi datang jenguk-jenguk blog ni walaupun selalu diabaikan oleh tuannya sendiri. Tuannya datang kejap-kejap je, jenguk-jenguk blog kawan-kawan yang tersempat, jalan-jalan kejap dan esok lusa tulat langsung tak jengah. Senang cakap, sekali seminggu kot. Padahal duduk je atas kerusi, sambil tangan gerak-gerak mouse, pun masih penat? Hiks.

Masih berkisar entri Projek RM. Last para, ada projek besar yang menunggu kami. Eheh. Malulah pulak nak cakap. Ada ke yang peduli. Tapi, setiap entri yang saya tulis tetap ada penggemarnya, yang sangat setia tinggalkan komen.

Pertama sekali kami sekeluarga mengucapkan banyak-banyak syukur dengan apa yang kami lalui sekarang. Banyak manis dan pahit bergilir datang dalam hidup, akhirnya dengan berkat doa dan usaha serta izinNya, saya dan suami sekeluarga sedang menanti kelahiran seorang anak pada bulan Julai 2013, Insya Allah. Setahun lebih kami tunggu. Alhamdulillah. Benar setiap kata-kata Allah, diberikan setiap hamba itu dugaan kecil sebelum datangnya kesenangan yang melimpah ruah. Cuma sebagai hambaNya, kita kena banyak bersabar. Rezeki itu datang dalam pelbagai cara. Selama hidup ini, rezeki kami tak pernah putus. Hebatnya kuasa Allah. Diberikan kami rezeki melalui anak nanti, melimpah ruahlah lagi rezeki yang berganda-ganda buat kami. Alhamdulillah dan Insya Allah semoga hati kami tidak lalai.

Sekarang baby sihat, dah masuk 21 minggu. Saya tak reti nak kira berapa bulan, sebab kalau 21 minggu macam dah masuk 6 bulan kan cuma exact 6 bulan ialah pada 24 minggu. Jadi, macam 5 bulan 1 minggu is also correct? Dan, kalau nak kira 6 bulan, dari 21 minggu sampai 24 minggu ialah 6 bulan. So, orang tanya dah berapa bulan? Bagitau je 6 bulan, takkanlah orang yang sama akan tanya soalan tu tiap-tiap minggu. Kecuali short term memory loss. Aaaaaaagh. Haha. Itulah pasal selalu corot dalam Maths. Terpaksa bertarung dengan theory and hypothesis yang kadang-kadang tak berapa nak logic.

Dan Julai adalah bulan Ramadhan. Mungkin pertengahan. Bulan depannya ialah Syawal. Yang syoknya, saya boleh cuti raya lama. Tahun lepas raya berdua, tahun ni raya bertiga, tahun depan  berempat pulak ke? Errrrr. Sabar, sabar. Satu-satu dululah. Pengalaman setakat ini? Alhamdulillah, saya membesar dengan jayanya. Walaupun masih memilih makanan (tetap suka masam-masam dan sangat tak suka manis) tapi berat tetap bertambah.

Sekarang saya dah selongkar blog Munn sebab Munn ada kongsi pengalaman mengandung dia. Saya berminat pulak dengan susu badam tapi setakat ini hanya makan badamnya sahaja, belum dibuat jus (air/susu)nya lagi. Dan saya melawat klinik 2 minggu sekali sebab Hb low, Hb saya 10. Kali pertama pergi klinik je Hb ok, pastu makin turun dan sampai sekarang tak ada ciri-ciri nak naik. Nurse pulak cakap saya tak makan ubat hematinik tu. Saya makan setiap hari tanpa gagal. Munn ada kongsi jugak tips makan jambu batu, hari-hari saya makan jambu batu tapi tak sesuai dengan saya kot. Haha. Kenalah makan kerang. Kerang bukanlah kesukaan tapi kena juga makan demi masa depan yang gemilang. Tapi, kerang hanya dijumpai bila saya balik ke Kuala Selangor saje, hujung minggu. Sayur saya, bayam. Sampai satu tahap, saya muntah bayam sebab makan banyak sangat bayam.


Sambung lagi ye, nak pergi makan ni. Doakan saya dan baby sihat. Amin.


Friday, March 1, 2013

Lagi Newborn

From Jeri the Brownish. Telah memberanakkan seekor anak. Dua ekor sebenarnya tapi mati sekor, tinggallah sekor je. Tak tau kaler apa, kalau ikut Jeri, kaler coklat. Rasanya tak ikut bapak (Puteh) sebab kulit badan memang hitam legam. Nanti true color akan reveal bila seminggu lebih umurnya. Baru diberanakkan pada 20/2/13.

 Tak lemas ke oiiiii

 Tak alergik dengan bulu ke oiiiii

Arnab ni akan cabut bulu dia bila dah rasa nak beranak. Tujuannya untuk panaskan dan selesakan anak-anak dia nanti, plus mengelakkan anak-anak kesejukan. Jadi kalau mak arnab akan start cabut bulu, tuannya akan tahu dah tiba masa untuk dapat anak arnab lagi.


Tapi Jeri ni cabut bulu macamlah anak dia 13 ekor, banyak sangat bulunya. Boleh collect untuk buat baju sejuk.


Thursday, February 28, 2013

Footage


 Day 2

  Lepas seminggu

 Seminggu lepas tu
 
Dua tiga minggu lepas tu

Kejap je dah besar dah semuanya.

Friday, February 15, 2013

New Year, Newborn

Semakin bertambah ahli keluarga bunny kitorang. Tahun lepas, Abu beranak 3 ekor tapi semuanya mati. Kali ini, Dutch telah beranak sebanyak 7 ekor, sekor mati tinggallah 6 ekor sahaja. Semuanya comel-comel. Bapaknya ialah induk jantan yang gagah iaitu Puteh. Tetiba terselit baby warna hitam pekat sekor. Teruja jugak nak tengok kot-kot ada warna putih macam bapaknya tapi takde pulak. Third batch nanti mungkin ada. Hehe.



Sangkar dah tak muat. Nanti usia baby bunnies ni 2 bulan lebih, boleh pisahkan susu dan alih ke sangkar yang lebih selesa untuk dorang.


Yang mati tu nombor 3 dari atas. Kalau dia hidup, mesti comel sangat-sangat sebab kitorang belum ada warna macam Sylvester the Cat tuuuu. Ni dah beberapa hari diberanakkan. Sekarang dorang dah melompat-lompat, panjat-panjat feeder, dah pandai makan pelet, dah pandai berdiri minum air dari nipple drinker yang agak tinggi jugak. Cepat betul dorang membesar. Kalau boleh dicium-cium, dah lama dah dorang tu penyek. Tapi ish, kuman la plak.

Macam ni ke perasaan jadi ibu sebenarnya? Walaupun hanya kepada anak-anak bunny. Hiks. And, aku dah ada nama untuk dorang. Kyaaaaa!

Thursday, February 7, 2013

Projek RM

Salam Tahun Baru 2013. Kemana hilang eLL? Ada, saya tengah sibuk habiskan projek besar untuk tahun 2013. Projek Ratus-Ratus namanya (bukan juta-juta). Amboihhh.

Apa projek? Projek Running Man uolls. Saya tengah ketagih Running Man (RM) setelah diperkenalkan oleh my BFF, Dayah. Misinya untuk habiskan episod RM yang sekarang telah cecah 100++ episod. Saya tengah fokus untuk tengok dari 1st epi dan sekarang baru berapa epi je yang sempat tengok. Kahkahkah. Saya memang slow dan out to date. Orang dah berzaman tengok, saya baru nak hegeh-hegeh.

Gila betul sanggup tu. Sama macam saya ketagih tengok drama series Prison Break dan berangan-angan nak jadi genius macam Micheal Scofield. Apa la takde keja yang lagi berpekdah daripada itu ke? RM sebenarnya menghilangkan tensen dan sakit kepala. Saya akan tergelak terbahak-bahak sambil tutup mulut bimbang air liur tersembur meliputi seluruh skrin monitor.

Eleh, RM tu bukan 24jam saya tengok. Bila rasa tensen je, terus tengok RM. Ada lagi penting daripada tu kan? Dah emo tetibe kenapa kau.

Sebab saya tak update blog? Salah satunya sebab RM. Salah keduanya sebab kurang rajin. Salah ketiganya macam takde modal. Salah keempat, memang salah saya. Bila umur dah tua setahun daripada tahun lepas, rasanya macam nak duduk rumah senyap-senyap tak nak sosial.

Sambung projek RM,

Dari kiri cepat jalan, Gwang Soo, Kim Joong Kook, Jae Suk, Ji Hyo, Joong Ki, Suk Jin, HaHa, Kang Gary.

Semua dorang ni kelakar habis. Kim Joong Kook tu paling terer la, semua game dia cool je. Pastu dia yang ditakuti semua orang time game Hide & Seek sebab kelajuan mengejar dan betapa garangnya dia. Kalau game yang melibatkan keupayaan fizikal, memang dia menang la.

Satu je saya respek RM ni, artis yang join RM ni semua popular kat Korea. Pelakon, penyanyi, entertainer, MC dan lain-lain. Pastu games yang dorang buat semua macam merepek dan childish sikit tapi betapa dorang sangat sporting walau kadang-kadang macam sengal sangat. Bezanya dengan artis Malaysia kita yang kalaulah dorang join games seumpama ini, atau mungkin ada RM Malaysia (contohnya), maunya bergaduh saman menyaman semua dah. Asyik bergaduh dekat twitter, belum lagi apa-apa.

Satu lagi projek besar yang akan saya dapat, dan ini sangat sahih dan benar. Cuma saya tunggu masa yang sesuai. Projek yang ditunggu selama ini. Alhamdulillah. Bila keadaan mengizinkan, saya akan kongsi dengan kawan-kawan saya yang setia, yang bertanya dan risau dengan ke-senyapan saya dalam blogsfera (pinjam ayat orang glemer).

Hwaiting! (Fighting).