Ikut Belakang

Thursday, February 7, 2013

Projek RM

Salam Tahun Baru 2013. Kemana hilang eLL? Ada, saya tengah sibuk habiskan projek besar untuk tahun 2013. Projek Ratus-Ratus namanya (bukan juta-juta). Amboihhh.

Apa projek? Projek Running Man uolls. Saya tengah ketagih Running Man (RM) setelah diperkenalkan oleh my BFF, Dayah. Misinya untuk habiskan episod RM yang sekarang telah cecah 100++ episod. Saya tengah fokus untuk tengok dari 1st epi dan sekarang baru berapa epi je yang sempat tengok. Kahkahkah. Saya memang slow dan out to date. Orang dah berzaman tengok, saya baru nak hegeh-hegeh.

Gila betul sanggup tu. Sama macam saya ketagih tengok drama series Prison Break dan berangan-angan nak jadi genius macam Micheal Scofield. Apa la takde keja yang lagi berpekdah daripada itu ke? RM sebenarnya menghilangkan tensen dan sakit kepala. Saya akan tergelak terbahak-bahak sambil tutup mulut bimbang air liur tersembur meliputi seluruh skrin monitor.

Eleh, RM tu bukan 24jam saya tengok. Bila rasa tensen je, terus tengok RM. Ada lagi penting daripada tu kan? Dah emo tetibe kenapa kau.

Sebab saya tak update blog? Salah satunya sebab RM. Salah keduanya sebab kurang rajin. Salah ketiganya macam takde modal. Salah keempat, memang salah saya. Bila umur dah tua setahun daripada tahun lepas, rasanya macam nak duduk rumah senyap-senyap tak nak sosial.

Sambung projek RM,

Dari kiri cepat jalan, Gwang Soo, Kim Joong Kook, Jae Suk, Ji Hyo, Joong Ki, Suk Jin, HaHa, Kang Gary.

Semua dorang ni kelakar habis. Kim Joong Kook tu paling terer la, semua game dia cool je. Pastu dia yang ditakuti semua orang time game Hide & Seek sebab kelajuan mengejar dan betapa garangnya dia. Kalau game yang melibatkan keupayaan fizikal, memang dia menang la.

Satu je saya respek RM ni, artis yang join RM ni semua popular kat Korea. Pelakon, penyanyi, entertainer, MC dan lain-lain. Pastu games yang dorang buat semua macam merepek dan childish sikit tapi betapa dorang sangat sporting walau kadang-kadang macam sengal sangat. Bezanya dengan artis Malaysia kita yang kalaulah dorang join games seumpama ini, atau mungkin ada RM Malaysia (contohnya), maunya bergaduh saman menyaman semua dah. Asyik bergaduh dekat twitter, belum lagi apa-apa.

Satu lagi projek besar yang akan saya dapat, dan ini sangat sahih dan benar. Cuma saya tunggu masa yang sesuai. Projek yang ditunggu selama ini. Alhamdulillah. Bila keadaan mengizinkan, saya akan kongsi dengan kawan-kawan saya yang setia, yang bertanya dan risau dengan ke-senyapan saya dalam blogsfera (pinjam ayat orang glemer).

Hwaiting! (Fighting).




12 comments:

  1. Ramai yang 'terpengaruh' dengan Running Man ini. Tapi kakcik tak tahu pun apa bendanya... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. rancangan hiburan semata-mata kakcik...

      Delete
  2. ada ura² dia orang ni nak mari ke sini (kakak ipar saya cakap) ps: saya tak pernah tengok tapi, hehe

    eh. saya? lama sangat tak komen, dah lupa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aritu ada Kang Gary nak datang di KLCC tapi tak dapat kebenaran, dan mungkin dorang semua takkan datang Malaysia

      Delete
  3. ooo, baru le tau yg RM tu rupanya game show, ingatkan movie... hihihi, nampak beno ketinggalan zaman.

    ReplyDelete
  4. Layan 1 jam slot AKASIA je.. lain?.. dh x bole.. Anak dh conquered sume.. dvd kartun memanjang

    ReplyDelete
  5. ada pon kamu ell..hehehe...ct pon suka dengan cter ni...artis2 dorg sume sporting...dah tua2 pon prangai cm budk2...comey2 je..hehe..ct dh brjaye tgk smpai latest episod..cuti punye psl..haha

    ReplyDelete
  6. Anak dara Kak Azie ada 4 orang, semua hafal setiap pemain Running Man, even yg kecik age 11 tahun tu pun hafal semua nama player.

    Depa download semua siri, tengok reramai dalam bilik sambil gelak mengekeh tak ingat makan. Geram nyaaaa...

    ReplyDelete
  7. Hmm patutlah senyap je..dirasuk rasukan abrasa la pulak...hehe....k.lyn dahlame tak berkecimpung dengan dunia tu...hehehe

    ReplyDelete
  8. Ooohhhh..igtkan RM tu Ringgit Malaysia! hahaha

    ReplyDelete
  9. Salam kenal.. Dulu pon ada tebiat tgk RM dari 1st episode sampai yang latest ni.. tapi rasanya episode yg awal2 lagi best dr yang terbaru.. Sbb skarang dah jarang ada Hide & Seek..

    ReplyDelete
  10. sometime best jugak layan RM ni sbb boleh hlgkan stress...byk gelak...

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?