Ikut Belakang

Tuesday, March 19, 2013

Alkisahnya

Assalamualaikum. Sejahtera ke atas semua yang masih lagi datang jenguk-jenguk blog ni walaupun selalu diabaikan oleh tuannya sendiri. Tuannya datang kejap-kejap je, jenguk-jenguk blog kawan-kawan yang tersempat, jalan-jalan kejap dan esok lusa tulat langsung tak jengah. Senang cakap, sekali seminggu kot. Padahal duduk je atas kerusi, sambil tangan gerak-gerak mouse, pun masih penat? Hiks.

Masih berkisar entri Projek RM. Last para, ada projek besar yang menunggu kami. Eheh. Malulah pulak nak cakap. Ada ke yang peduli. Tapi, setiap entri yang saya tulis tetap ada penggemarnya, yang sangat setia tinggalkan komen.

Pertama sekali kami sekeluarga mengucapkan banyak-banyak syukur dengan apa yang kami lalui sekarang. Banyak manis dan pahit bergilir datang dalam hidup, akhirnya dengan berkat doa dan usaha serta izinNya, saya dan suami sekeluarga sedang menanti kelahiran seorang anak pada bulan Julai 2013, Insya Allah. Setahun lebih kami tunggu. Alhamdulillah. Benar setiap kata-kata Allah, diberikan setiap hamba itu dugaan kecil sebelum datangnya kesenangan yang melimpah ruah. Cuma sebagai hambaNya, kita kena banyak bersabar. Rezeki itu datang dalam pelbagai cara. Selama hidup ini, rezeki kami tak pernah putus. Hebatnya kuasa Allah. Diberikan kami rezeki melalui anak nanti, melimpah ruahlah lagi rezeki yang berganda-ganda buat kami. Alhamdulillah dan Insya Allah semoga hati kami tidak lalai.

Sekarang baby sihat, dah masuk 21 minggu. Saya tak reti nak kira berapa bulan, sebab kalau 21 minggu macam dah masuk 6 bulan kan cuma exact 6 bulan ialah pada 24 minggu. Jadi, macam 5 bulan 1 minggu is also correct? Dan, kalau nak kira 6 bulan, dari 21 minggu sampai 24 minggu ialah 6 bulan. So, orang tanya dah berapa bulan? Bagitau je 6 bulan, takkanlah orang yang sama akan tanya soalan tu tiap-tiap minggu. Kecuali short term memory loss. Aaaaaaagh. Haha. Itulah pasal selalu corot dalam Maths. Terpaksa bertarung dengan theory and hypothesis yang kadang-kadang tak berapa nak logic.

Dan Julai adalah bulan Ramadhan. Mungkin pertengahan. Bulan depannya ialah Syawal. Yang syoknya, saya boleh cuti raya lama. Tahun lepas raya berdua, tahun ni raya bertiga, tahun depan  berempat pulak ke? Errrrr. Sabar, sabar. Satu-satu dululah. Pengalaman setakat ini? Alhamdulillah, saya membesar dengan jayanya. Walaupun masih memilih makanan (tetap suka masam-masam dan sangat tak suka manis) tapi berat tetap bertambah.

Sekarang saya dah selongkar blog Munn sebab Munn ada kongsi pengalaman mengandung dia. Saya berminat pulak dengan susu badam tapi setakat ini hanya makan badamnya sahaja, belum dibuat jus (air/susu)nya lagi. Dan saya melawat klinik 2 minggu sekali sebab Hb low, Hb saya 10. Kali pertama pergi klinik je Hb ok, pastu makin turun dan sampai sekarang tak ada ciri-ciri nak naik. Nurse pulak cakap saya tak makan ubat hematinik tu. Saya makan setiap hari tanpa gagal. Munn ada kongsi jugak tips makan jambu batu, hari-hari saya makan jambu batu tapi tak sesuai dengan saya kot. Haha. Kenalah makan kerang. Kerang bukanlah kesukaan tapi kena juga makan demi masa depan yang gemilang. Tapi, kerang hanya dijumpai bila saya balik ke Kuala Selangor saje, hujung minggu. Sayur saya, bayam. Sampai satu tahap, saya muntah bayam sebab makan banyak sangat bayam.


Sambung lagi ye, nak pergi makan ni. Doakan saya dan baby sihat. Amin.


13 comments:

  1. tahniahh kak ell. patut lama menyepi. weeee. jaga baik baik tau adik saya tu. semoga comel macam saya juga. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. thnx Wadi Comel. lama menyepi tak tau nak citer pe.

      Delete
  2. Tahniah ell,semoga dua2nya sihat,take care.

    ReplyDelete
  3. moga dipermudahkan semuanyer jaga diri & kandungan yer

    ReplyDelete
  4. Salam eLL,

    Alhamdulillah... syukuran kepadaNya dengan kurniaan rezeki zuriat yang bernama Anak ada lah penyambung kasihsayang diantara dua hati... kemaafan dipinta karena sekian lama nian tidak menjengok datang diblognya eLL dan entah kenapa bagai diseru-seru untuk bertanyakan khabar darinya eLL dan terus tersenyum lembut sejurus membaca entry ini sambil berbisik sejambak Tahniah kepada ell&suami dengan berita yang indah ini... semoga eLL&kandungan senantiasa didalam kesejahteraan yang sehat hendaknya...

    Salam mesra semanis madu.

    ReplyDelete
  5. weheeee, seronotnyee ada baby

    ReplyDelete
  6. As salam ell,

    Alhamdullillah, tahniah Ell... Betullah tahun ni adalah tahun blogger bunting beramai-ramai! hikhik... Anyway tahniah ye! Take care & enjoy every beautiful moment ya! :)

    ReplyDelete
  7. Akak orang Terengganu jugak eh? Saya pun rindu nak balik kampung, nak balik Malaysia. Bulan 6 ni baru cuti. Mesir dah la pelik sekarang ni, tiap-tiap malam mesti blackout setengah jam. Kalau berjalan dekat bandar gelap gelita, memang unik dan pelik gila.

    ReplyDelete
  8. Yeayyyyyyyyy! Tahniah! Jgn lupe, sila post pic preggy mu ituhhh.....kecomelan perut ms preggy harus ditayang...heeeeeeeee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, takleh tayang, takleh. hahahaha

      Delete
  9. wah.. eLL.. tahniah.. tahniah.. tahniah..
    patutlah senyap sekejap dan akak pun lama tak singgah kat sini.. ;)

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah.. Tahniah Ell.. Seronok Ros dengar berita ni.. Ros pun sedang menanti ni..belum ada rezeki lagi.. Doakan untuk Ros jugak ye..

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?