Ikut Belakang

Friday, May 3, 2013

Bukan Rezeki

Baru je snap gambar pisang nangka yang ditanam 6-7 bulan lepas. Konon-konon nak wat entri kebun plak. Tapi minggu lepas terkejut bila suami cakap pisang nangka kesayangan dia yang dihadiahkan oleh ibu mertuanya (ibuku jua), hilang dikebas orang.

Pandai orang tu, potong tandan, pagi-pagi tengok getah masih meleleh. Pokoknya masih gagah. Kalau pisang nangka tu berbuah lagi lepas ni, jadilah pisangku ini berbuah dua kali. Sayangnya, tak sempat nak merasa. Lama tunggu pisang tu besar, seminggu sekali tabur baja poo-poo arnab tapi rupanya ada orang dah berkenan...

 Tapi yang musykilnya dalam banyak-banyak pisang di kawasan kejiranan ini, yang ditanam oleh orang lain di depan sana nun, pisangku jua yang jadi mangsa.

 Harap-harap betik ni dapat masak ranum. Takkanlah ada orang nak ambik ye dak?
Dah berbakul-bakul poo-poo arnab suamiku letak demi kesuburan yang abadi. 


Ini pulak lain ceritanya. Kena suap ubat cirit birit sebab poo-poo cair. Kuat sangat minum air maklumlah cuaca panas sekarang kan. Kalau poo-poo cair takleh dibuat baja.



11 comments:

  1. kesiannya pisang tu kena kebas orang.. haih.

    Err.. arnab cirit birit? Semoga cepat sembuh. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kejap je, kadang-kadang perut dia bermasalah

      Delete
  2. Badigol punya manusia...buah pisang pun nak curi!!

    Bagi lah rabbit awak tu minum 1oo Plus...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah, curilah buah lain ye dak. buah getah ke...


      nanti nak try lah. haha

      Delete
  3. sanggup ea makan hasil curi??
    ada jugak manusia tergamak nak makan hasil haram? tertelan kah dia hasil haram tu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak terfikir akalku...

      pisang tu muda lagi kot... dia nak wat pe...

      Delete
  4. Agaknya org tu tertarik sgt kot tgk buah pisang nangka yg besar dan lebat tandannya tu.......siannya cirit birit plk.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,
    kita anggap ajelah si pencuri itu terdesak. kalau tak curi pisang nangka yg comel itu, dia akan mati kebuluran. Moga tuan tanah yang berusaha bersungguh-sungguh itu mendapat ganjarannya dengan "sedekah" setandan pisang ;)

    ReplyDelete
  6. sokonglah buah-buahan tempatan
    p[etang karan nakl cari pisang goreng.. dan nak suruh mak buat kuah kicap

    ReplyDelete
  7. ler.. mintaklah cara elok.. insyaAllah tuan tanah bagi..
    nak buat apa mencuri.. kalau makan kan jadi darah daging tu..

    ReplyDelete
  8. ada juga yg buat kerja mcm ni yer

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?