Ikut Belakang

Monday, June 17, 2013

Bebelan Manja



Laksa makcik stesen bas.
Dulu takde anak gadis mekap kening lukis
Dulu takde anak gadis mekap kening lukis pun laksa dan sup utara tetap habis.
Aritu order laksa kat makcik
Dia pass kat anak gadis
Biasalah gadis, control ayu control manis
Sudahnya laksa aku terkulai kat situ
Diberi pada aunty sebelah tu
Aunty pulak terkejut, order karipap dapat laksa
Aku pulak buat-buat malas nak bersuara
Laksa, laksa, makcik tu cakap
Aku angkat tangan lambat-lambat
Hai, anak gadis, salah bagi satu hal
Kira duit pun terkial-kial
Apa motif makcik tu letak anak gadis dia
Makcik dengan pakcik ada pun dah okay apa
Sayang, laksa sedap tapi service dah jadi lambat
Adik manis,
Jangan terpedaya dengan abang beger sebelah
Tahulah selalu kena ngorat, kena ngejas
Tapi bisnes kena jadi dik
Kang akak merajuk kang, akak jugak yang rugi
Jadi baik adik hati-hati.

Dah jadi pantun berirama ke apa ke ni?
Cepatlah cuti, cepatlah bersalin, tak tahan dah nak melayan bos aku ni
Masuk hari ni dah 4 hari kena ganti mamat partner ni cuti.
Hari ni pulak dia cuti emergency. 
Akulah yang buat segala-galanya hari ni, daripada ambik paper kat budak pagi tadi, beli breakfast, bancuh kopi, hidang roti. Beli lunch pulak tengahari nanti, ke hulur hilir kalau ada arahan terkini, wey bengkak dah kaki.

Ada ke yang bersalin on 34 minggu ni? Kalau ada, aku nak join sekali. Cepatlahhh. Stress, stress. Lantaklah kerja, aku letak tepi dulu. Hilangkan stress kejap. Bos diam-diam je kat dalam, Kalau banyak sangat cekodok pisang dia, aku buat-buat baring atas lantai tu, biar dia rasa, stress tu macamana. Leganya dapat rest kejap ni ha...

Taktau apa motif bergambar kat sebelah bunga ni. Kononnya nak lagi attractive daripada bunga ni kot.

7 comments:

  1. Comel...

    Apa punye boss. Tak de timbang rasa dgn mak buyung ke? Adehh!

    Sabar jelah. Benti jelah keje. Jadik tokey. Kan?

    ReplyDelete
  2. Jangan emo sangat, sian kat baby tu....

    ReplyDelete
  3. Haha.. comel je aku baca bebelan kau.

    ReplyDelete
  4. kalau akak.. akak tegur dah anak gadis tu.. ;)

    part bos tu.. dia cukup beruntung dapat eLL sebagai pekerja.. tu nanti cuti bersalin.. confirm dia patah kaki sebelah.. ;)

    ReplyDelete
  5. suka dengar bebalan manja ni :)

    sabar kena ada.. hihihi

    ReplyDelete
  6. kadang kadang kalau masakan sedap, tunggu lambat skit pun takpe.

    ReplyDelete
  7. Alololooo... comeinye mcm bunny dia jugak..! Semoga selamat kita ye :))

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?