Ikut Belakang

Tuesday, June 18, 2013

Disebalik Kebebelan

Baca elok-elok naaa... bukan kebebalan atau kekebalan atau lain-lain ayat. Kebebelan yang benar. Sebenarnya kan, bebel-bebel tu bukan nak menunjukkan kita ni jenis yang emo giler, sikit-sikit emo, sikit-sikit ngadu, sikit-sikit komplen. Bukan camtu. Adala sikit, sikit. Tapi kan, setengah orang dia mentafsir kita ni memang jenis emo sangat-sangat, lorat yang amat. Tak, tak.

Kadang-kadang apa yang kita rasa, kita tulis bukan untuk diterjemah atau diberi penghakiman atau solusi. Bukan. Kadang-kadang hanya untuk meluahkan apa yang terbuku dan terbeku dihati je. Saja nak melepaskan apa yang dirasa. Macam pepatah pepatih; diluah mati mak ditelan mati bapak. Kasar sungguh pepatah ke bedalan bedilan bidalan (eh? tembakan). 

Setiap yang terjadi bukan semua untuk diberikan keputusan. Saya ni sejenis perempuan yang suka nak show off emosi. Kalau berlaku apa-apa, mesti tak sabar nak cerita. Contohnya kan, kejadian dipinggirkan dalam LRT, sakit hati sangat. Tapi hanya untuk mengadu sahaja. Tapi saya tak perasan saya dah wujudkan empati kepada sebahagian kawan-kawan saya.

Jarang-jarang pula, apa yang kita luahkan dah reverse. Orang terfaham lain. Termaksudkan lain.

Tapi tengok gak situasi dan cerita, bukan semua boleh dicerita, ada yang off record. Kadang-kadang saya jenis yang introvert (jenis tutup pintu), sampaikan sesetengah perkara waima BFF pun tak tahu.

Kebanyakan cerita saya telah di overshadow oleh nama blog ni. Mesti apa-apa cerita emo je manjang ye dak. Benar, tak nafikan pun kesahihannya. Tapi itulah realiti dan ikhlasnya, apa-apa cerita pun sebenarnya hanya untuk perkongsian sahaja. Bukan niat untuk tunjukkan apa-apa yang negatif, apatah lagi mempalitkan polan-polan yang tiada kena mengena dalam kehidupan ini.

Sebahagian blog ni memang merupakan true color saya sendiri jugak. Tapi nak tekankan, [emphasis added] bebelan-bebelan tu hanya sekadar melepaskan satu beban yang terhempap sampaikan nak pusing kepala pun tak larat; ibarat senang faham ayatnya macam ni, hanya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Kadangnya, hanya nak cerita biasa-biasa je, tapi orang selalu cakap saya ni tak habis-habis nak komplen semua benda. Whaaaattt? Ya, disebabkan saya Ell Emo maka orang akan go thru to the cover. Senyum jelah.

Haruslah ada bunny~

10 comments:

  1. huuuu.. setuju. Normal la kot bagi perempuan tuk emo. Aku pun pernah emo sampai aku rasa menyesal.. hahaha. :)


    jgn emo sgt tak elok tu baby... huhuhu

    ReplyDelete
  2. Alamak, heavy lak entri hari ni. Hehehehe....tp sy suke emo awak. Emo awak bt sy gelak sorang2 dpn pc. Ade org klu emo, kain dalam seme cite. Tp awak klu emo, rs mcm comel pulak.

    ReplyDelete
  3. hehehe, blog kita kan so ikut car akitalah.. KA no hal

    ReplyDelete
  4. tak kisahlah orang nak kata apa.. bukan dorang kenal sepenuhnya tentang diri kita pun. ;)

    ReplyDelete
  5. ehhh bagus what emo di blog, sesambil bleter. tak ada yang sakit hati. lau ada yg nak terasa. sila amek sorang sikit.

    dari kita emo tak tentu pasal. marah orang, maki orang, update status perli orang, baik tulis di belog. general katanya!

    ReplyDelete
  6. As salam Ell,

    Orang perempuan dgn emo mmg tak boleh dipisahkan... namapun kaum hawa kan :)) Lagipun kita bukan robot atau bidadari yg sgt sempurna... Orang tak kenal kita mmg akan buat assumption mcm2... just ignore je... what others think of us is none of our business... Suka je baca & kwn dgn Ell... Kalau dekat boleh gossip2 sambil gelak2 kan :))

    ReplyDelete
  7. insan yg paling baik adalah insan yg paling mampu menguruskan emosinya..sabarlah

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?