Ikut Belakang

Friday, June 7, 2013

Hormones


Duhhh. Tak pasal-pasal emo sejak dua menjak disebabkan sedikit keletihan. Macam biasa berjalan balik rumah, lalu kat laluan pejalan kaki. Macam biasa jugak ada budak-budak jual nasi kerabu/nasi kukus/nasi lemak/nasi minyak dan nasi lain-lain kat kaki lima pejalan kaki berbumbung tu.

(i)
Macam biasa jugak, ramainya manusia pada peak hour kat lorong tu, yang balik kerja, balik kelas, keluar makan, pegi stesen bas, stesen LRT, tunggu teksi. Campur-campur orang Malaysia, Indonesia, ahhh ramai lagi foreigner lain yang time tu aku nak je terbang, kalau boleh.

Sebab tolonglah bagi laluan kat ehem aku yang berbadan besar ni. Eh marah sangat aku kat gerai budak ni, menjadikan lorong tu semakin sempit dengan pelanggan yang que, dengan orang yang tengah nak ke hulu hilir ke sana sini lagi, yang sesaja gatal kaki dan mulut berborak kat tengah jalan lagi, yang jalan lenggang kangkung macamlah masuk Pavi. Hoih. Sekali dunggg!

Aku terhantuk kat besi iklan tepi lorong pejalan kaki oleh kerana situ je space yang aku boleh lalu tanpa lihat apekebendamakneneknya ada kat depan. Mata duk melilau nengok orang a.k.a menepis orang supaya aku tak tersengaja tersiku etc, tapi tak perasan pulak besi iklan tu paras-paras mata (eye level). Nasib baik la pulak bucu tak tersepuk dalam mata, cuma terhentam kat kepala.

Spontan dan sakit hati plus sakit terhantuk tu dah hilang, aku cakap "adoiii". Tuje. Lega sebab berjaya marah semua orang kat situ secara halus (kalau dorang fahamla~) hanya dengan satu ayat. Ada dorang kesah mak buyung terhantuk?

(ii)
Dah banyak kali jugak lepas turun LRT, aku skip first trip of elevator. Mak aihhh ramainya manusia kurus kering naik dan turun lif. Then aku yang memboyot ni pandang terkelip-kelip putih mata, biarkan mereka-mereka yang kurus-murus tu loading masuk lif dan berjaya turun akhirnya. Tinggallah aku terkulat-kulat tunggu trip kedua, yay exclusive untuk aku sorang-sorang~Ada dorang kesah mak buyung tak muat masuk lif?

(iii)
Then, malas ahhhh nak cakap pasal priority seat untuk golongan kami (boleh rujuk gambar-gambar yang ditampal kat cermin coach). Ada dorang kesah mak buyung tak dapat duduk? Nay. Kau akan sakit hati sendiri. Lebih baik sakit kaki berdiri daripada sakit hati tengok hipokritnya mereka yang duduk dengan purak-purak tak nampak perut I yang tersondol di muka dorang. Mostly, dorang yang ignore golongan kami ni ialah perempuan.

"Boleh saya nak mintak duduk?" Tak ke malu aku kalau dorang berkeras tak nak bangun? Thanks a lot kepada mereka yang offer seat kat aku. Yang offer tu pun mostly perempuan. Yang pria-pria gagah tu erm, dorang belum jadi ayah lagi so tak tahu pasal oedema or leg cramping etc, so buat donno je, tak malu pulak dengan awek yang bangun offer seat tadi.

Yah, pastu kau berjaya dapat seat. Cuba tengok mereka-mereka tadi, terus angkat kepala, no more slide or belek-belek smartphone atau pejam mata tidur, terus mata dorang melilau cari aku. Nak tahu kat mana aku duduk. Btw, korang akan lalui jugak pengalaman ini. Honestly, aku orang aktif semasa aku tak pregnant dulu, tak duduk pun walaupun tempuh 7 stesen. Orang lain lebih memerlukan. Tapi sekarang aku lebih memerlukan untuk beberapa minggu akan datang ini sahaja. Erm, mungkin aku kurang bernasib baik untuk dapat priority itu.


No offense, blame the hormones. Flushhh. Dah lama tak emo. Ahhh lega.

Macam tupai terbang tu kan.

20 comments:

  1. kan..selalu yg preggy kene berdiri T_T

    ReplyDelete
  2. normal senario.

    org kita ramai yg selfish.

    ReplyDelete
  3. Mak dah pernah melalui pengalaman itu. Terboyot2 dalam bas mini yang sesak sampai hampir pitam - tapi ada yang kesah? :(

    ReplyDelete
  4. memang akan rasa sakit hati.. tapi dalam masa yang sama pujuk hati.. tunggulah turn dorang pulak nanti.. mesti dorang jugak akan rasa sakit hati macam mana kita rasa.. :(
    moga Ell kuat dan tabah sehingga selamat melahirkan bb yang comel.. ;)

    ReplyDelete
  5. macam2 pengalaman kan ..
    lucu dan semuanyalah ;)

    ReplyDelete
  6. biasalah manusia.. huuu. jangan emo sangat. Tak elok untuk baby tu.. ehee. :)

    ReplyDelete
  7. bila tgh preggie ni kena sabar byk2 yer !

    ReplyDelete
  8. Sabar je lah ye..dpt mgajar baby dlm perut supaya tahan cabaran insyallah..kalau ibu kuat pasti dis menjadi insan yg kuat..insyallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat mengajar baby sikap tersebut tidak bagus. :P

      Delete
  9. tujalkan je perut akak ke muka derang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh jangan, nanti baby sakit. tunggu baby keluar, suh baby kick

      Delete
    2. berapa hari lg kak? hehe

      Delete
  10. Itulah realiti masyarakat malaysia yg dikatakan peramah, penyanyang...

    ReplyDelete
  11. nasib baik tak boleh nak hamil..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila kesian kat org hamil, hehe

      Delete
  12. As salam ell sayang,

    Mmg org mengandung mcm kita ni over sensitif kan... doa tiap hari semoga kita dipertemukan dgn orang yg baik2... kalau jumpa yg tak baik tu, masa utk muhasabah diri... pernah naik komuter, kaki cramp sb berdiri ber 'heel' dari Bank Negara smp ke Nilai... tp masa tu tak preggy lagi... setakat mengandung ni tak pernah lagi org buat tak nampak & tak tahu... cuma, adalah sekali dua naik teksi kat Lima, peru ni driver bwk mcm nak race F1... maybe die lupa kot penumpang dia ni pregnant...huhuhuu

    ReplyDelete
  13. lamanya tak singgah sini sampai tak tau yg ko dah sarat dik... huhuhu.

    esok-esok cuba Ell bawak kerusi sendiri naik LRT... amacam?

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?