Ikut Belakang

Thursday, June 6, 2013

No Pain No Gain

32weeks, 8 bulan dah minggu ni. Lagi 4 minggu atau 6 minggu? Sungguh mencabar. Paling mencabar sekali tulang punggung sakit, hanya sebelah kiri. Bila berjalan, rasa ngilu-ngilu dan terpaksa stop kejap. Rasa bestnya dapat urut-urut atau uli-uli kat bahagian tu dengan minyak angin kan. Tapi tak boleh... usap-usap je dengan minyak zaitun.

Selera makan bertambah-tambah-tambah. Naik 2.5kgs dalam masa 2 minggu. Hb pulak turun, turun asyik turun. Erm, mungkin banyak minum teh tarik? Hoi sedap betul pagi-pagi minum teh tarik, setiap hari bekerja pulak tu. Hari minggu takde pulak rasa nak. Saje je. Apa kena mengena ngn teh dan Hb? Ikut pemahaman la, teh menghalang penyerapan zat besi, yakni daripada vitamin 4 serangkai yang diberi oleh KK tu kan. Tapi aku minum pun lepas 2 jam telan ubat. Selalunya telan ubat pukul 6pagi. So, pukul 8pagi atau 8 lebih-lebih sikit tu baru breakfast. Kehkehkeh, lepas makan ubat sebenarnya dah kenyang makan buah.

Bab sakit tulang punggung tu rilek lagi. Bab angin-angin kat bahagian bawah dada (ulu hati (?)) ni pulak tak reti nak buat macamana. Dulu pun ada angin-angin setakat sepoi-sepoi biasa je, tapi sekarang amboi kemain dia. Erm, agaknya teh jugak penyebabnya kan? Teh lagi... Yelah, teh kan sejuk. Banyak nau 'beragak'. Atau makan buah-buahan yang telah disejukkan daripada frizer? Pagi-pagi, petang-petang asal ada kat rumah je korek buah dalam frizer. Benda alah tu kan sejukkk. Aih. Mungkin la kot kan?

Persiapan ada la sikit-sikit lagi yang tak beli. Kebanyakan barang-barang sendiri, macam jamu, bengkung, losyen Mustajab dan apa lagi daaa. Barang anak syukur dah complete setakat ni. Kalau ikut nafsu memang takkan complete. Dan boleh packing barang dalam beg untuk ke hospital.

Oh, teringin nak pergi kelas antenatal. Tapi nak kena check kat mana yang ada service ni. Kelas penyusuan pun kena pergi. Kelas apa lagi yang patut pergi? Eh, perineal massage (PM) tu macam kena buat je, ada kelas gak ke PM ni? Ayok, masa kursus kahwin 3 tahun lepas pun menangis tengok video orang bersalin, ini kan pula nak laluinya sendiri. Tapi, insya allah, yes, Allah is always by my side.

 So long Stokin aka Lembek. Tak panjang umur. Disebalik ke-lembekannya, rupanya ia satu penyakit...

10 comments:

  1. Bila Allah beri bermakna kita kuat untuk laluinya. Akak doakan semuanya selamat.

    ReplyDelete
  2. Wahhhha... aku dokan yg terbaik untuk kau. :)

    ReplyDelete
  3. semoga anak akak sihat kehendaknya dan yang paling penting mestilah paling comel macam saya

    ReplyDelete
  4. teh tarik? pemakanan kena jaga, kurangkan nasi n benda manis

    ReplyDelete
  5. moga semuanya berjalan dengan lancar.. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  6. Salam Ell,

    Semoga segalanya selamat dan berjalan dengan lancar nanti.. waktu hampir nak bersalin memang makin menjadi2 sakit kat ulu hati.. sabar ya.. take care..

    ReplyDelete
  7. Uncle nak suroh aunty usap-usap ponggong uncle dengan minyak zaitun lah malam ni.. hehhehe

    ReplyDelete
  8. Salam..
    Hmm..Hai Ell..
    Lama tak dengar khabar ell..k.lyn doakan ell baik2 jer..baby pun sama ek..tumpang gembira dengan kegembiraan org lain..entah..apasal tak boleh nak komen lanjut bila dengan preggy mommy nie..hehe..tunggu emosi k.lyn stabil ek..jaga diri..

    ReplyDelete
  9. As salam Ell,

    Nnt kita bersalin together2 ek! Give me five!!! :))

    Akak pun sakit jugak bahagian2 badan especially belah kiri ni... Tp lepas hubby urut2 manja, ok dah...hikhik...

    Angin tu maybe sebab baby dh makin membesar & menghimpit perut & usus kita tu yg buat rasa loya nak muntah serta berangin kot... gas naik ke atas & buat rasa pedih je ulu hati...huhuhuu mmg rasa tak best kan...tp takpelah tak lama lagi mesti rasa berbaloi bila lalui semua ni lepas tgk baby comei! :))

    Take care & selamat berjuang bersama-sama... :)

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?