Ikut Belakang

Friday, July 5, 2013

Persiapan

Ada seminggu lagi sebelum cuti-cuti lama. Ramai bagi tips suruh banyakkan berjalan. Harap-harap tips banyak berjalan senang melahirkan tu menjadi kenyataan. Kadang-kadang boleh berjalan laju sikit, kadang-kadang slow and steady.

Persiapan bersalin; Insya Allah semuanya dah siap. Anggaplah siap sepenuhnya, pengalaman pertama nak bersalin ni, masih confuse yang mana perlu dipersiapkan lagi. Kalau fikir nak siap, memang tak siap-siap nak fikir apa yang tak siap (?) Paling penting, siap emosi.

Persiapan bercuti lama; bos pulak dah pesan awal-awal, nak call masa berpantang. Arghhh. No, no, no. Nak sekat call bos awal-awal. Dah ada orang ganti, rely jelah kat pengganti kan. Bagilah kite rehat secukupnya. Buat apa ada pengganti kalau kita jugak yang diterjahnya. Elaun ganti dibayar kot, haha. Godek jelah komputer tu, mesti dalam tu semuanya.

Persiapan puasa; Kalau tak deliver hari puasa, nak try puasa 1/2 hari. Kalau tak larat esok sambung 1/2 hari lagi. Pastu campur complete sehari. Boleh? Macam sekolah rendah dulu-dulu kan, aku pulak pergi percaya kat budak-budak yang cakap camtu.

Persiapan raya;
(a) Cuti raya memang lamaaa... Tapi kena bertahan la, orang makan sedap-sedap. Tapi kalau fikir-fikir, juadah raya apa yang aku duk ketagih sangat sampai tak tahan tu? Rasanya takde kot. Kalau raya, juadah mak buat nasi impit je. Ermmm, macam kurang menggoda (positif). Kecuali tat nenas. Itu memang tak boleh tahannn. Sekarang ni masih takut nak makan "nenas". Jadi, sebelum bersalin, nak makan tat nenas banyak-banyak.

(b) Kesian suami dan anak. Takde baju raya untuk dorang berdua. Suami boleh pakai baju Melayu masa kahwin + sanding tahun yang errr, dah lama dulu kot. Eh.Kite pun takde baju raya tahun ni. Kain batik dan T-Shirt jela kot, dengan stokin belang-belang. Tapi ofkos la ada orang datang beraya + tengok baby~pakai jelah yang mana muat.

(c) Tak tahulah sempat shopping raya untuk mak/abah/adik-adik ke tak tahun ni. Maaf ye korang, kalau tak sempat tu, qada jelah tahun depan. T_T

Persiapan penting; suami pun harus membesarkan perut [supaya sama-sama maju ke depan]

10 comments:

  1. selamat melahirkan dan dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan segala urusan.

    Sbrnya, kan...sakit bersalin tu sekejap je. Taklah terseksa mana. Tapi, penantian tu yang lebih menyeksakan. Kan?

    ReplyDelete
  3. KA doakan moga dipermudahkan semuanyer.. relax ajelah yer

    ReplyDelete
  4. Sy yg baca ni rasa excited pulak, pengalaman pertama kan, smoga smuanya berjalan lancar

    ReplyDelete
  5. Selamat bersalin...Moga dipermudahkan...Boleh geng dgn my wife...dia Caesar di KPJ Seremban nanti...

    ReplyDelete
  6. doakan semua berjalan dengan lancar dan dipermudahkan . :D

    ReplyDelete
  7. yeayyy baby nak keluar. mudah2an semua selamat ye kak

    ReplyDelete
  8. semoga semua baik dan selamat.

    ReplyDelete
  9. As salam Ell,

    Yummy yummy yummy! Tart nenas! Lama dh tak makan... Raya kita tahun ni sama tapi tak serupa... Tahun ni tak sempat kot nak bernasi himpit & berkuah kacang... dlm pantang gamaknye... sian my hubby & Iman... takpelah sekali sekala beraya dgn nasi org berpantang! huhuhu... take care...moga Allah permudahkan segalanya buat kita semua... xoxoxo

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?