Ikut Belakang

Monday, July 8, 2013

Semoga Dikau Tenang Disana

 Hari Sabtu (6/7/13) merupakan hari yang amat menyedihkan bagi kami semua. Atok dijemput Ilahi tanpa sempat kami nak mohon maaf dan keampunan. Atok 'pergi' dengan penuh kesakitan. Atok dilanggar lari semasa balik dari 'ngeteh' dari kedai kopi kegemaran di Batu 12 Tg. Karang. Basikal tua atok dilanggar daripada belakang hinggakan terlipat "U". 

Sungguh zalim orang yang melanggar tubuh tua atok walaupun atok sudah mengayuh kat atas rumput je (kat tempat kejadian ada kesan brek atas line putih terperosok ke atas rumput). Zalim benar hinggakan sanggup lari meninggalkan tubuh atok yang kesakitan berdarah; kepala atok berdarah kerana pecah, kemungkinan leher atok patah sebab masa aku tengok mayat di hospital, leher bengkak dan halkum atok senget daripada kedudukan. Mata atok lebam. Banyak lagi luka di kepala. Petang Sabtu di bilik forensik, darah masih panas menitis daripada kepala atok sedangkan jantung atok sudah terhenti. Bantuan daripada doktor dan pegawai perubatan tidak henti-henti. Sedangkan atok selepas kemalangan terus koma hingga dibawa ke Hospital Sungai Buloh.

Berganti-ganti doktor memberikan bantuan di dada kurus atok supaya kami semua dapat melihat atok lagi. Tapi Allah sayangkan atok, menguji hati kami untuk melihat sahaja jasad kaku atok tanpa roh dan nyawa. Masya Allah.

Hati aku amat terhiris saat melihat wajah atok dalam bilik mayat. Hidung atok tersodok, kepala atok terkoyak dan pecah, kenapa atok pergi dalam keadaan begini? Seksanya atok. Dua minggu lepas, terakhir jumpa atok, atok pesan jangan lupa datang lagi, atok tunggu. Atok, sekarang saya yang tunggu atok. Tiap minggu kalau pergi rumah atok, atok dah takde. Takde lagi senyuman tua atok, senyuman yang dirindui, senyuman tanpa gigi atok yang tetap menawan hati. Puasa tanpa atok. Raya tanpa atok. Mana nak cari atok lagi?

Walaupun kita hanya berjumpa sementara, hanya sempat kenal 2 tahun sahaja, tapi aku dah anggap macam atok sendiri sebab atok aku dah pergi terlebih dahulu, tanpa sempat nak bermanja lama. Dengan kehadiran atok, atoklah penggantinya. Sekarang aku dah tak ada atok lagi. Setiap kali jumpa atok, ku cium pipi kedutnya, dahi tuanya, atok hanya sengih-sengih. Sekarang atok dah takde.

Atok yang selalu menanyakan cucu menantunya ini, setiap kali. Bila aku dan suami datang rumah atok; atok melingas mencari kami. Kalau suami yang masuk rumah dulu jumpa atok, mesti atok akan tanya tak bawak ella? Mana ella?

Atok, tenanglah di sana. Ya Allah, tempatkanlah atok dikalangan orang-orang yang beriman. Ampunkanlah dosa-dosanya. Kami akan sentiasa doakan atok.


  

9 comments:

  1. alFatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  2. moga arwah tenang di sana.. Al-Fatihah buat arwah..
    eLL pun kena jaga diri jugak..

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah buat arwah,semoga rohnya dicucuri rahmat,amin.

    ReplyDelete
  4. takziah kak ell. sabar lah. moga ada hikmah

    ReplyDelete
  5. Salam takziah untuk ELL seluruh keluarga. Begitulah kehidupan kita....

    Selamat menyambut Ramadan ELL....
    Semoga Ramadan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.

    ReplyDelete
  6. Salam Ell, إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَAlfatihah dan takziah kepada keluarganya suami juga Ell, semoga dirahmati dan ditempatkan kalangan ummat yang beriman... Amin.

    Salam mesra semanis madu.

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?