Ikut Belakang

Wednesday, April 17, 2013

Bila Nak Update Blog?

Salam. Ada someone yang asik tanya bila nak update blog. Erm, yes my silent reader. Tapi tak silent sangat, tetiba sangat dia mengeluarkan idea-idea dan komen-komen yang bernas untuk setiap entri blog nih. Lately, dia amat suka skodeng blog ni, dulu tak kisah pun dia. Dia tu suamiku. Bila suami tanya bila nak update blog, saya jawab "tak ada cerita, sekarang cerita/idea limited sangat". Nak taip entri pikir dua tiga kali. Takut tak sesuai. Jadinya, entri yang paling sesuai sampai bila-bila ialah tentang our bunnies.

So, ini pernah keluar cerita yang dia sekor-sekor dia je.


 Jadi, dah sebesar ni
 Then macam ni. Muka mengantuk je.

 Bila angkat/pegang dia ni, lembut je. Bulu je yang lebat. Tapi jenis dia ni manja dan lembik sikit, yelah anak tunggal. Makan tak berebut, susu tak berebut. Cepat je besar. Melepet je dengan mak dia.

 Satu lagi, dia ni pelik sikit perangai. Ada ke patut tido macam ni. Mana ada bunny saya yang lain tido macam dia, dia sorang je. Sebenarnya bunny takleh tido macam kucing sebab tulang belakang dorang kan melengkung. Tapi dia ni lain sikit. Tengah syok tido ni.

Suddenly dia terbangun tapi tak tukar posisi pun. Tengok mata dia dah celik. Kitorang yang risau nengoknyeeeee.

Dah ada orang order nak beli. Tapi semua saya sayang. Saya akan jual jugak supaya mak-mak bunny dapat beranak lagi dan lagi dan lagi.