Ikut Belakang

Monday, June 24, 2013

Oksigen

Koih koih. Ada batuk-batuk tak kawan-kawan?
Sakit kepala dah ni.
Jerebu sampai masuk dalam opis.
Dari opis biasanya boleh nampak "Segambut", sekarang tiada lagi.
Lemas dah.
Tadi ekon kat opis mati secara tiba-tiba,
tunggu jugak pengumuman kot-kot boleh balik awal.
Hampeh la.
Kat tempat tinggal aku dua hari kakak cleaner duk bakor sampah.
Saje dia nak menyumbangkan menjerebukan lagi udara Malaysia ni.
Sampaikan Menara TM tu dah tak nampak rupa.
Sebelum ni aku duk tercongok nengok skrin layar besar yang dipancar ke bangunan TM tu tapi semalam dan dua tiga hari lepas memang nampak asap je.
Saje je nengok iklan TM tu sebab TV pinjam hosmet punya.
Lagipun takde beza, tengok program TV pun lebih banyak iklan. Lebih baik tengok iklan terus.
At least, kita tahu iklan TM tu ialah iklan TM.
Daripada iklan yang takde motif dan tak faham langsung idea dan konsep yang nak diketengahkan.
Apakah motif entri ini?
Jerebukah. TMkah. Iklankah. TVkah.



Motif gambar ini ialah-
Dua-dua ni adik-beradik. 
Bezanya tahi lalat dia besar bas kat dagu. 
Tahi hidung lalat kat hidungku takdelah besar macam lalat dia.
Errr, hidung besar tu trademark.
Jangan plak tanya mana satu tuan blog.

Tuesday, June 18, 2013

Disebalik Kebebelan

Baca elok-elok naaa... bukan kebebalan atau kekebalan atau lain-lain ayat. Kebebelan yang benar. Sebenarnya kan, bebel-bebel tu bukan nak menunjukkan kita ni jenis yang emo giler, sikit-sikit emo, sikit-sikit ngadu, sikit-sikit komplen. Bukan camtu. Adala sikit, sikit. Tapi kan, setengah orang dia mentafsir kita ni memang jenis emo sangat-sangat, lorat yang amat. Tak, tak.

Kadang-kadang apa yang kita rasa, kita tulis bukan untuk diterjemah atau diberi penghakiman atau solusi. Bukan. Kadang-kadang hanya untuk meluahkan apa yang terbuku dan terbeku dihati je. Saja nak melepaskan apa yang dirasa. Macam pepatah pepatih; diluah mati mak ditelan mati bapak. Kasar sungguh pepatah ke bedalan bedilan bidalan (eh? tembakan). 

Setiap yang terjadi bukan semua untuk diberikan keputusan. Saya ni sejenis perempuan yang suka nak show off emosi. Kalau berlaku apa-apa, mesti tak sabar nak cerita. Contohnya kan, kejadian dipinggirkan dalam LRT, sakit hati sangat. Tapi hanya untuk mengadu sahaja. Tapi saya tak perasan saya dah wujudkan empati kepada sebahagian kawan-kawan saya.

Jarang-jarang pula, apa yang kita luahkan dah reverse. Orang terfaham lain. Termaksudkan lain.

Tapi tengok gak situasi dan cerita, bukan semua boleh dicerita, ada yang off record. Kadang-kadang saya jenis yang introvert (jenis tutup pintu), sampaikan sesetengah perkara waima BFF pun tak tahu.

Kebanyakan cerita saya telah di overshadow oleh nama blog ni. Mesti apa-apa cerita emo je manjang ye dak. Benar, tak nafikan pun kesahihannya. Tapi itulah realiti dan ikhlasnya, apa-apa cerita pun sebenarnya hanya untuk perkongsian sahaja. Bukan niat untuk tunjukkan apa-apa yang negatif, apatah lagi mempalitkan polan-polan yang tiada kena mengena dalam kehidupan ini.

Sebahagian blog ni memang merupakan true color saya sendiri jugak. Tapi nak tekankan, [emphasis added] bebelan-bebelan tu hanya sekadar melepaskan satu beban yang terhempap sampaikan nak pusing kepala pun tak larat; ibarat senang faham ayatnya macam ni, hanya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Kadangnya, hanya nak cerita biasa-biasa je, tapi orang selalu cakap saya ni tak habis-habis nak komplen semua benda. Whaaaattt? Ya, disebabkan saya Ell Emo maka orang akan go thru to the cover. Senyum jelah.

Haruslah ada bunny~

Monday, June 17, 2013

Bebelan Manja



Laksa makcik stesen bas.
Dulu takde anak gadis mekap kening lukis
Dulu takde anak gadis mekap kening lukis pun laksa dan sup utara tetap habis.
Aritu order laksa kat makcik
Dia pass kat anak gadis
Biasalah gadis, control ayu control manis
Sudahnya laksa aku terkulai kat situ
Diberi pada aunty sebelah tu
Aunty pulak terkejut, order karipap dapat laksa
Aku pulak buat-buat malas nak bersuara
Laksa, laksa, makcik tu cakap
Aku angkat tangan lambat-lambat
Hai, anak gadis, salah bagi satu hal
Kira duit pun terkial-kial
Apa motif makcik tu letak anak gadis dia
Makcik dengan pakcik ada pun dah okay apa
Sayang, laksa sedap tapi service dah jadi lambat
Adik manis,
Jangan terpedaya dengan abang beger sebelah
Tahulah selalu kena ngorat, kena ngejas
Tapi bisnes kena jadi dik
Kang akak merajuk kang, akak jugak yang rugi
Jadi baik adik hati-hati.

Dah jadi pantun berirama ke apa ke ni?
Cepatlah cuti, cepatlah bersalin, tak tahan dah nak melayan bos aku ni
Masuk hari ni dah 4 hari kena ganti mamat partner ni cuti.
Hari ni pulak dia cuti emergency. 
Akulah yang buat segala-galanya hari ni, daripada ambik paper kat budak pagi tadi, beli breakfast, bancuh kopi, hidang roti. Beli lunch pulak tengahari nanti, ke hulur hilir kalau ada arahan terkini, wey bengkak dah kaki.

Ada ke yang bersalin on 34 minggu ni? Kalau ada, aku nak join sekali. Cepatlahhh. Stress, stress. Lantaklah kerja, aku letak tepi dulu. Hilangkan stress kejap. Bos diam-diam je kat dalam, Kalau banyak sangat cekodok pisang dia, aku buat-buat baring atas lantai tu, biar dia rasa, stress tu macamana. Leganya dapat rest kejap ni ha...

Taktau apa motif bergambar kat sebelah bunga ni. Kononnya nak lagi attractive daripada bunga ni kot.

Tuesday, June 11, 2013

CV

Alahai. Bukan LV (louis vuitton)
Ingatkan 2 minggu dapat CV (court vacation); bermaksud tiada kes berlangsung, dapatlah kita ni vacation. Tapi warghhh lagi teruk tak cukup masa nak menaip. Time ni pulak bos (tiada kes berlangsung), bermaksud bos berjaya melangsungkan kuasa vetonya mengerahkan aku menaip setiap masa. Bos pulak suka-suki je order. Itu, ini. Eh bos, saya bukan squidward. Tangan ada kiri dan kanan saja dong~

Dia pulak main interkam intercom je. Kita ni memboyot ha berjalan ke hulu-hilir, keluar masuk bilik dia. Kata dia supaya senang bersalin. Kalau senang sangat, bukanlah saya nak bersalin dalam bilik bos dibidankan oleh bos pun. Tolonglah cepatlah habis minggu ni, CV ni diperuntukkan untuk bos-bos cuti daripada melangsungkan kes sambil bercuti keluar negeri atau negara. Nampak gayanya bos aku ni berjaya untuk menghalang kami daripada bercuti adanya juga.

11 Jun 2012 - 11 Jun 2013 genap setahun di tempat baru ni~ katanya sementara je, tapi setahun tu sementara ke?

(Warghhh~~~sambil sempat BW dan tekan publish!)

kaichou-wa-maid-sama

Dah lama tak vacation melayan anime~

Friday, June 7, 2013

Hormones


Duhhh. Tak pasal-pasal emo sejak dua menjak disebabkan sedikit keletihan. Macam biasa berjalan balik rumah, lalu kat laluan pejalan kaki. Macam biasa jugak ada budak-budak jual nasi kerabu/nasi kukus/nasi lemak/nasi minyak dan nasi lain-lain kat kaki lima pejalan kaki berbumbung tu.

(i)
Macam biasa jugak, ramainya manusia pada peak hour kat lorong tu, yang balik kerja, balik kelas, keluar makan, pegi stesen bas, stesen LRT, tunggu teksi. Campur-campur orang Malaysia, Indonesia, ahhh ramai lagi foreigner lain yang time tu aku nak je terbang, kalau boleh.

Sebab tolonglah bagi laluan kat ehem aku yang berbadan besar ni. Eh marah sangat aku kat gerai budak ni, menjadikan lorong tu semakin sempit dengan pelanggan yang que, dengan orang yang tengah nak ke hulu hilir ke sana sini lagi, yang sesaja gatal kaki dan mulut berborak kat tengah jalan lagi, yang jalan lenggang kangkung macamlah masuk Pavi. Hoih. Sekali dunggg!

Aku terhantuk kat besi iklan tepi lorong pejalan kaki oleh kerana situ je space yang aku boleh lalu tanpa lihat apekebendamakneneknya ada kat depan. Mata duk melilau nengok orang a.k.a menepis orang supaya aku tak tersengaja tersiku etc, tapi tak perasan pulak besi iklan tu paras-paras mata (eye level). Nasib baik la pulak bucu tak tersepuk dalam mata, cuma terhentam kat kepala.

Spontan dan sakit hati plus sakit terhantuk tu dah hilang, aku cakap "adoiii". Tuje. Lega sebab berjaya marah semua orang kat situ secara halus (kalau dorang fahamla~) hanya dengan satu ayat. Ada dorang kesah mak buyung terhantuk?

(ii)
Dah banyak kali jugak lepas turun LRT, aku skip first trip of elevator. Mak aihhh ramainya manusia kurus kering naik dan turun lif. Then aku yang memboyot ni pandang terkelip-kelip putih mata, biarkan mereka-mereka yang kurus-murus tu loading masuk lif dan berjaya turun akhirnya. Tinggallah aku terkulat-kulat tunggu trip kedua, yay exclusive untuk aku sorang-sorang~Ada dorang kesah mak buyung tak muat masuk lif?

(iii)
Then, malas ahhhh nak cakap pasal priority seat untuk golongan kami (boleh rujuk gambar-gambar yang ditampal kat cermin coach). Ada dorang kesah mak buyung tak dapat duduk? Nay. Kau akan sakit hati sendiri. Lebih baik sakit kaki berdiri daripada sakit hati tengok hipokritnya mereka yang duduk dengan purak-purak tak nampak perut I yang tersondol di muka dorang. Mostly, dorang yang ignore golongan kami ni ialah perempuan.

"Boleh saya nak mintak duduk?" Tak ke malu aku kalau dorang berkeras tak nak bangun? Thanks a lot kepada mereka yang offer seat kat aku. Yang offer tu pun mostly perempuan. Yang pria-pria gagah tu erm, dorang belum jadi ayah lagi so tak tahu pasal oedema or leg cramping etc, so buat donno je, tak malu pulak dengan awek yang bangun offer seat tadi.

Yah, pastu kau berjaya dapat seat. Cuba tengok mereka-mereka tadi, terus angkat kepala, no more slide or belek-belek smartphone atau pejam mata tidur, terus mata dorang melilau cari aku. Nak tahu kat mana aku duduk. Btw, korang akan lalui jugak pengalaman ini. Honestly, aku orang aktif semasa aku tak pregnant dulu, tak duduk pun walaupun tempuh 7 stesen. Orang lain lebih memerlukan. Tapi sekarang aku lebih memerlukan untuk beberapa minggu akan datang ini sahaja. Erm, mungkin aku kurang bernasib baik untuk dapat priority itu.


No offense, blame the hormones. Flushhh. Dah lama tak emo. Ahhh lega.

Macam tupai terbang tu kan.

Thursday, June 6, 2013

No Pain No Gain

32weeks, 8 bulan dah minggu ni. Lagi 4 minggu atau 6 minggu? Sungguh mencabar. Paling mencabar sekali tulang punggung sakit, hanya sebelah kiri. Bila berjalan, rasa ngilu-ngilu dan terpaksa stop kejap. Rasa bestnya dapat urut-urut atau uli-uli kat bahagian tu dengan minyak angin kan. Tapi tak boleh... usap-usap je dengan minyak zaitun.

Selera makan bertambah-tambah-tambah. Naik 2.5kgs dalam masa 2 minggu. Hb pulak turun, turun asyik turun. Erm, mungkin banyak minum teh tarik? Hoi sedap betul pagi-pagi minum teh tarik, setiap hari bekerja pulak tu. Hari minggu takde pulak rasa nak. Saje je. Apa kena mengena ngn teh dan Hb? Ikut pemahaman la, teh menghalang penyerapan zat besi, yakni daripada vitamin 4 serangkai yang diberi oleh KK tu kan. Tapi aku minum pun lepas 2 jam telan ubat. Selalunya telan ubat pukul 6pagi. So, pukul 8pagi atau 8 lebih-lebih sikit tu baru breakfast. Kehkehkeh, lepas makan ubat sebenarnya dah kenyang makan buah.

Bab sakit tulang punggung tu rilek lagi. Bab angin-angin kat bahagian bawah dada (ulu hati (?)) ni pulak tak reti nak buat macamana. Dulu pun ada angin-angin setakat sepoi-sepoi biasa je, tapi sekarang amboi kemain dia. Erm, agaknya teh jugak penyebabnya kan? Teh lagi... Yelah, teh kan sejuk. Banyak nau 'beragak'. Atau makan buah-buahan yang telah disejukkan daripada frizer? Pagi-pagi, petang-petang asal ada kat rumah je korek buah dalam frizer. Benda alah tu kan sejukkk. Aih. Mungkin la kot kan?

Persiapan ada la sikit-sikit lagi yang tak beli. Kebanyakan barang-barang sendiri, macam jamu, bengkung, losyen Mustajab dan apa lagi daaa. Barang anak syukur dah complete setakat ni. Kalau ikut nafsu memang takkan complete. Dan boleh packing barang dalam beg untuk ke hospital.

Oh, teringin nak pergi kelas antenatal. Tapi nak kena check kat mana yang ada service ni. Kelas penyusuan pun kena pergi. Kelas apa lagi yang patut pergi? Eh, perineal massage (PM) tu macam kena buat je, ada kelas gak ke PM ni? Ayok, masa kursus kahwin 3 tahun lepas pun menangis tengok video orang bersalin, ini kan pula nak laluinya sendiri. Tapi, insya allah, yes, Allah is always by my side.

 So long Stokin aka Lembek. Tak panjang umur. Disebalik ke-lembekannya, rupanya ia satu penyakit...